Wednesday 4 January 2017

2016.

Bismillah.

Untuk aku, 2016 adalah tahun aku tau sebenarnya aku tak pernah kuat macam aku sangka. Tahun betapa aku rasa yang aku tak sabarnya nak balik Malaysia dengan penat paksa diri untuk terus belajar belajar dan belajar cukup ala kadar untuk aku dapat sijil graduasi.

Tahun yang aku mula rasa aku sebenarnya tak tahu nak jadi apa. Minta saja semua kerja, mana yang datang itu lah rezeki yang akan aku terima. Katanya. Tapi siapa tahu, Allah itu lebih hebat mengatur untuk apa yang tak pernah aku mahu.

Aku teringat saat aku menangis gila gila macam apa sebab 3 tahun berturut aku struggle semata nak naikkan muaddal. Boleh bayang tak macam mana sakitnya bila kau dah struggle gila gila, tapi markah kau tetap tak naik naik. Malah turun mendadak macam apa. 

Ya. Aku menangis. Dan aku mula putus asa. Tapi aku tahu. Kalau aku putus asa, aku akan end up tak bekerja duduk rumah menyusahkan abah umi saja. Dah berjuta diaorang habiskan duit untuk aku, maka senang senang je aku nak putus asa?

So alhamdulillah. Pendek cerita, untuk tahun yang terakhir aku berjaya naikkan markah purata aku dengan grad dengan jayyid jiddan ( walaupun first year markah aku tinggi dan aku mumtaz. Erm ). Still, bersyukur.

So aku balik Malaysia mula proses cari kerja, dan aku mula tak tahu nak jadi apa.5 kali aku pergi interview kurang lebih satu pon tak ada apa. Siap otw balik dari HLISB aku menangis lagi rasanya bodohnya aku. 4 tahun belajar last last time interview bila tanya apa beza bank conventional dengan islamic dan riba tu apa, terkaku aku.

Memang, aku rasa sangat bodohnya aku waktu tu. So mula dari situ, aku macam putus harapan nak kerja dengan bank under shariah department. Dan aku rasa tu bukan tempat aku. Tengok kawan lain makin hebat, aku gembira. Walaupun aku belum capai cita yang aku nak, sekurangnya diaorang makin hebat, aku tetap bangga untuk diaorang.

Last last, aku dapat masuk SL1M MAYBANK yang entah bila nak start pon aku tak tahu. Aku  mula tekad. Anggap lah SL1M ni kau macam belajar balik dari awal. Ye lah. Siapa suruh tak hebat macam orang lain, takkan nak ada hati dapat kerja hebat hebat kan.

Walaupun banyak tentangan aku dapat untuk SL1M ni, gaji sikit lah, kerja belum confirm serap lah. Tapi aku buat bodoh je. Sebab tak tau, untuk diri aku nak mula terus jadi hebat tu bukan aku, Biarlah aku lambat sekali pon, bukannya ada apa nak kejar pon.

Nak kejar jadi kaya sebab nak kahwin pon tak. Tak ada dalam plan hidup aku pon lagi. Lol. 

Kesimpulannya?

Untuk 2016, aku belajar. Jangan samakan diri dengan orang lain. Ukur baju di badan sendiri. Jangan nak dengki dengan apa orang lain terima. Setiap orang ada gaya cara dan jalan tersendiri.

Kalau kau kena mula dari bawah, mula lah. Nanti lama lama kau akan improve juga. Just. Kena banyak bersabar. 

2017,

Aku harap aku lebih kuat dan matang. Dan aku harap aku berjaya jumpa passion aku sebenarnya. Walaupun bukan kerja bank dan bukan apa yang aku nak sebelum ni, tak kisahlah. Asalkan aku gembira dengan apa yang aku.

Harapnya aku boleh jumpa benda gembira tu. Harapnya.

Doakan.

K. Assalamualaikum~

Friday 2 September 2016

Kerna rezeki rahsia Ilahi

Aku selalu terfikir.

Best ke sebenarnya jadi orang kaya? Best ke jadi orang berjaya? Best ke cemerlang dalam periksa? Ada orang aku tengok semua benda dia dapat. Tapi dia tak bahagia.

Ada orang miskin papa kedana. Tapi hidup seakan bahagia tak rasa apa apa. Mungkin penat fikir nak cari duit macam mana je lah kot. Dapat seringgit dua pon dah bahagia. Siap boleh sedekah lagi kat siapa yang memerlukan walau diri masih terasa himpitnya dunia.

Mungkin hidup kita atas dunia ni kuncinya adalah keberkatan. As long as you are doing right, kau akan rasa hidup kau bahagia dan cukup dengan apa yang Allah beri. Ada orang kerjanya tinggi, tapi gaji berselirat dengan perkara haram, hutang dan sebagainya. Dan akhirnya hidup tak rasa bahagia.

Aku serius lah jugak sebenarnya mengimpikan hidup yang bahagia. Yang duitnya mudah dicapai kat mana saja. Memberi tanpa berkira. Nak infaq pon mudahlah orang kata.

Tapi kadang aku fikir balik. Kadang ada hikmah kerja pon susah nak dapat. Sebab nak cari kerja kerja yang betol betol tak terlibat dengan benda benda haram pon mungkin susah zaman sekarang. Mungkinlah.

Dah nak masuk bulan ketiga aku menganggur buatkan aku rasa masa sangat sangat dan sangat banyak. Bukan setakat masa je habis. Duit pon turut sama habis. Menangis beb. Tapi tu lah. Kat mana kita belanja pon ada keberkatannya kan.

Ada orang belanja nya banyak tapi rezeki tetap melimpah ruah.

Aku tak tahu nak bebel apa sebenarnya. Mungkin just aku nak kata. Apa apa kita hidup kat atas muka bumi ni. Keberkatan tu penting. Tak kisah lah dalam apa benda kita buat sekalipon, kena pastikan selari dengan apa yang Allah mahukan.

Semoga. Kita tak bercampur antara perkara halal dan haram. Dan semoga. Kerja yang aku dapat nanti pon adalah kerja yang ada keberkatannya. Amiin.

Kbai~

Tuesday 2 August 2016

Dan. Aku kembali.

*ambil nafas* dan....
Fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Haa. Bersawang sangat sangat dan teramat kan blog aku nih. Tahu je.
K dah. Cukup tu untuk muqaddimah.

_____________________________________

Maka bismillah.

Rindu ke? Entah lah.
Buat yang mengikuti perkembangan aku (ceh bajet ada), alhamdulillah sudah boleh masuk dalam kumpulan graduan mahasiswa timur tengah. Luls. Alhamdulillah berkat doa kalian. Berjaya lalui satu lagi fasa fasa besar dalam kehidupan. Bergelar seorang graduan.

Dan tiba. Aku teringat. Saat menunggu semua keputusan masuk. Dekat 100 kali refresh web tu untuk tahu sama ada result dah keluar belum. Dan bila dah keluar semua result. Rasa nya sangat sangat dan sangat tak dapat aku gambarkan.

Bukan lah sebab dapat habiskan dengan keputusan yang cemerlang (bahkan jauh). Tapi aku rasa sangat bersyukur habis dalam tempoh yang aku sendiri target. Iye lah. Mana tak nya. Aku pernah lalui fasa fasa untuk aku putus asa dengan belajar. Gara gara bahasa arab punya pasal.

Aku. Akan merindui air mata yang turun saat susahnya aku nak memahami term term dalam bahasa arab. Bahkan. Akan merindui saat aku betul betul rasa dah fed-up dengan study hinggakan rasa nak balik Malaysia.

Apa pon alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

So what is next?

Saat kali pertama pergi memunculkan diri pada semua orang,

"Hensemnya! (serius tak perasan) mana awek?"
Aku macam, "haa? Apa?"

Tak kurang juga,

"Ni makin kurus ni kenapa. Tak ada orang jaga ke?"

Ada juga,

"Kenapa nampak lebih muda"
Yang ni serius aku kembang tak hingat dunia!

Aku tetap gembira dapat kembali ke pangkuan keluarga. Antara benda paling aku takut bila kat Jordan adalah bila aku tak sempat tatap muka abah ummi sekiranya Allah tarik mereka dulu pergi. Alhamdulillah nikmat itu masih aku terasa hingga kini.

Untuk perancangan akan datang?

Aku apply je semua bank yang mana aku rasa sesuai dengan diri aku. Jenis bank apa pon, aku tak kisah asalkan aku ada pengalaman. UIA pon aku minta. Cuma jujurnya. Aku dah sedikit tawar untuk sambung belajar. Mungkin. Sebab rasa diri ni tak layak kot untuk nak sambung. Entah lah labu.

Sementara tengah menganggur. Aku pon tak tahu aku buat apa. Futur tu lahai mudahnya datang menyerpa. Bahkan kadang tak sedar pon. Astaghfirullah. Tapi bagi aku. Sementara tak sibuk biarlah muka aku selalu ada di rumah nih.

Nanti dah busy. Serius tak hingat dunia. Jadi why not kan nikmati selagi mana masih ada. Ceh.

Aku pon tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Ada apa apa. Boleh terus ke ruangan komen (bajet lagi). Aku kena mula balik ni asah kembali bakat menulis aku yang dah hilang entah ke mana.

Apapon. Doakan aku. Dapat ditempatkan di tempat yang terbaik.

Jumpa lagi~

Sunday 23 August 2015

bebelan..


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Atas nikmat peluang Allah beri. Untuk habiskan tahun yang ketiga di sini. Hanya Allah yang mengerti. Macam mana eksaited dan gembiranya bila tamatkan kertas ketiga tadi. Entah. Aku tak pasti. Kenapa aku eksaite sangat tak terperi. Sangat. Menghitung hari. Untuk balik ke Malaysia.

"Tapi. Kalau kau mati sebelum kau grad macam mana?"

Aduh!

Tempekan tepat kena kat muka. Kadang kita sibuk untuk siap sedia untuk sesuatu yang kita tak pasti. Ye lah. Kau tak pasti pon sebenarnya kau akan dapat grad ke tak. Sebab yang lebih pasti. Kau akan mati.

Ulang balik.

"Kalau datangnya mati sebelum kau grad macam mana?"

Pernah ke fikir persediaan? Padahal sebenarnya persediaan untuk kematian adalah satu persediaan yang lebih kita rapikan. Saat hari pertama kita dilahirkan. Saat tu kematian akan datang mengunjung.

Cuma untuk hari yang telah aku lalui kat sini. Sangat aku bersyukur. Habiskan semester ke 8 tadi. Seakan buatkan aku merenung kembali.

........

"Sebenarnya aku datang ke Jordan tanpa istikharah yang betol pon. Aku terburu buru."

"Okay. Kali ni kau memang pelik!"

Entah. Sampai kini perasaan menyesal memang menghantui. Bukan menyesal datang sini. Menyesal dengan diri aku sendiri saat aku buat keputusan untuk datang sini.

Impak sangat besar buat aku sendiri. Dan bila adik adik tahun satu datang sorang sorang jejakkan kaki kat sini. Perasaan senioriti mula datang hantui diri. Dah jauh sebenarnya aku bawak diri sampai sini.

Atas istikharah yang sebenarnya aku tak istikharah dengan sepenuh hati, dah jauh aku berjalan. Aku tahu. Saat menyesal datang bila mana kau dah buat keputusan. Jangan ingat kau boleh nak patah balik.

Walaupun bagi kau tu bukan istikharah yang kau sendiri nak atas dasar kau buat keputusan atas ego sendiri. Tapi kau kena yakin. Itu padan muka kau sendiri. Dan apa yang Allah dah beri. Which is jalan yang kau sedang lalui sekarang ni.

Selalu aku ingatkan buat yang hadapi situasi sama macam aku. Sebab inferior tengok adalah ramai jugak batch aku kat sini last last balik Malaysia terus tak mai sini. Aku rasa keputusan yang paling gagah dan kuat diaorang buat.

Bayangkan. Tiga tahun dah habis kat sini. Seakan tak ada apa apa. Kena berhenti macam mulakan balik kehidupan kat Malaysia. Allah. 

.....

Cukuplah sebenarnya aku kena rasa bersyukur bersyukur dan bersyukur dengan apa yang Allah beri. Walau aku tak merasa grad nanti. Sekurangnya Allah dah bagi aku banyak pengajaran bila mana aku dicampakkan ke sini.

Dan lebih aku tahu sisi diri aku yang macam mana bila mana aku merantau sangat sangat jauh dari abah ummi. Dan aku bersyukur macam mana bertambahnya rasa kekeluargaan antara aku dengan diaorang. 

Sampai masa. Kita kena tahu. Apa yang kita sedang lalui. Ini adalah laluannya. Pandang bawah. Tengok tanah mana kita sedang jejak, Ini adalah realiti kita! Kita sedang pijak kat tanah yang sedang kita rasa ni.

Setiap orang punya rezeki sendiri. Jadi cukuplah banding bandingkan dengan orang lain. Mungkin nampak seakan Allah lebihkan diaorang dari kita. Tapi kasih sayang Allah tu bukan diukur bahagianya orang tu macam mana. Cukuplah tengok sejauh mana kebergantungan kita kat dia.

Entah. Terasa nak bebel pulak. Kalau ada orang baca, baca lah. Kalau tak ada sekurangnya bila aku down. Aku boleh bukak balik blog ni baca untuk diri sendiri.

Astaghfirullah.

Wednesday 12 August 2015

Menjadi Guru

Saat 'gemilang'. Bersama muallimah paling dekat di hati di kiri hujung sekali.
Dan cikgu cikgu setia di belakang gambar.

Kecil kecil dulu,

" Nak jadi apa? "

" Cikgu "

" Kenapa? "

" Nak jadi macam ummi. "

..........

" Kau ambil apa kat sini? "

" Ekonomi islam "

" Ye ke? Susahkan course tu? "

" Untuk orang macam aku susah la kot. "

" Macam mana belajar? "

" Lebih baik lah dari awal sampai dulu. "

Antara dukturah yang aku terkesan soifi ni (semua dukturah sebenarnya) dan aku rasa paling dekat adalah dukturah maharat hasub aku.

" Dukturah, ulang dukturah tolong ulang. "

Sempat dia selawat. Entah kali ke berapa dia ulang benda sama. Nampak kesabaran dia. Aku cuba memahami. Mengajar 3 jam terus menerus tanpa rehat. Seakan satu cabaran. Dengan sikap arabnya yang kadang acuh tak acuh.

Sampaikan. Sebelum dia nak mengulang. Dukturah akan selawat. Mengambil nafas. Dan pegang kepalanya. Berat barangkali.

.....

Kalau ditanya banyak banyak profesion. Profesion apa bagi aku paling mulia. Aku akan jawab. Menjadi seorang guru. Aku. Sangat terkesan dan sangat sangat dan sangat menghargai tiap keringat peluh pengorbanan yang mereka beri.

Dari aku kecil sampai kini. Aku tetap hargai apa yang mereka telah beri. Lagi lagi jasa cikgu cikgu ustaz ustaz muallim muallimah di sekolah dulu.

Antara orang yang paling aku terkesan di sekolah adalah guru guru dan ustaz ustaznya. Bukan sekadar mengajar semat. Qudwah adalah yang utama.

Ditambah.

Aku seorang anak muallimah jadikan aku lebih hargai bagaimana perjalanan profesion seorang guru. Menyelami sendiri kehidupan ummi yang bekerja bukan sekadar muallimah. Bahkan memenuhi permintaan ummah di luar waktu sekolah lagi buatkan aku rasa kesian dengan mereka mereka yang masih menunding jari menyalahkan guru dalam mendidik generasi kini.

Wallah.

Kalau kita tahu bagaiman sikitnya gaji seorang guru. Sedangkan. Hasil didikan mereka membuatkan terlahirnya mereka mereka yang bergaji jutaan ringgit. Maka di mana sebenarnya kedudukan seorang guru?

Entah kenapa.

Aku pasti setiap profesion ada cabarannya. Tapi mendidik seseorang pasti lain cabarannya. Tak tahu. Sejak dua menjak sensitif sikit hati memikirkan apa sebenarnya diri aku boleh jadi. Nak menjadi seorang guru tapi,

" Mutarobbi nta semua kat mana? "

Entah. Betol ke layak untuk terus mendidik sedangkan diri tak terdidik?

Aku. Yang tercelaru identiti.

Semoga Allah ampuni dosa mereka mereka yang pernah mengajar aku. Tak kira siapa. Tak kisah bila. Tak kira di mana.

Terima kasih semuanya!