Sunday 23 November 2014

Be'rehat'lah dalam berjuang.




"Makin lama 'rasa' aku kat ekonomi makin kurang. Semangat makin hilang."

"Kenapa?"

"Entah. Kadang kadang rasa nak pulang. Balik Malaysia. Dah malas belajar."

"Erm biasa lah tu. Kadang kita sibuk sangat berjuang. Sampai lupa kita ni orang. Kita ada juga lebih kurang. Jadi bila dah rasa penat berjuang. Rehatlah sebentar. Tapi jangan terus menghilang."

"So boleh la eh aku hilang?"

Dia senyum....

"Boleh. Tapi....."

"...?"

"Jangan sampai terus hilang. Nanti dunia tak dapat. Akhirat lagi lah lambat. Takut tak sempat taubat!"

"..."

_______________________________________

Kadang kadang.

Aku rindukan diri aku yang dulu kala. Buat kerja tak pernah tangguh. Sibuk macam mana pon, akan cuba cari masa. Langsaikan kerja. Study walau kejap cuma. Masa penuh diisi sentiasa. Walau apa pon berlaku, tetap kena belajar. Study last minute bukan aku punya jenis diri manusia.

Tapi sekarang.

Seakan aku dulunya menghilang. Semua benda tak boleh nak fokus. Tu yang kekadang. Semangat belajar tu mula hilang. Sampai sekarang. Aku masih mencari. Kat mana sebenarnya silap dan salah aku selama mana aku belajar jauh dari family.

Tapi ummi abah tetap ada.

Aku tak sangka. Abah ni memang jenis romantik jugak dengan anak bujang dia. Bila mana aku mengadu sikit. Mesti ada je mesej panjang berjela yang dia akan bagi. Lagi panjang dari ummi pulak tuh! Diam diam ubi berisi rupanya abah aku ni 8-)

Keputusan exam pertama.

Heh macam biasa. Mesti turun serendahnya. Bila aku cerita kat ummi abah keputusan aku. Pastinya tak akan dimarahi atau dileterinya anak bongsu diaorang ni.

"Takpe. Exam kedua nanti tingkatkan lagi. Asalkan tak fail."

"Susah? Biasa lah tu exam." Haha ayat ni aku paling suka. Dari abah semestinya! :D

"Jangan tinggal qiyam, solat subuh dengan benda sunat." Ummi. Sentiasa dengan tembakan tepatnya --"

___________

Akhirnya aku mengerti.

Seperti mana tika nabi dulu pernah juga rasa jatuh saat wahyu tak turun lamanya. Saat nabi para sahabat dulu kala sering tertanya bila islam itu akan menang sebenarnya.

Akhirnya aku merenung kembali.

Kadang aku sibuk berlagak kuat. Sibuk berlagak semua benda boleh buat. Sibuk senyum sentiasa kononnya nak kata masalah yang kau hadapi ni sebenarnya picisan cuma. Depan adik adik, kau berlagak tenang kononnya tak boleh tunjuk kau lemah depan diaorang.

Dan akhirnya aku memahami.

Dalam jalan juang ini. Pastinya akan ada masa kau akan jatuh sehabisnya. Nak putus asa dari segalanya. Nak menjauhkan diri dari ramai manusia. Sehinggakan kau rasa. Tak akan ada sesiapa memahami kau punya cerita!

Namun kau tahu sebab apa?

Kerna kau ego! Kononnya kau rasa mereka ni tak bisa membantu kau apa apa. Belajarlah. Untuk turunkan ego saat mana kita hadapi masalah. Kita adalah manusia. Sampai bila kita nak merasa kononnya kita lah paling kuat dalam kalangan kita semua.

Apa guna.

Berlagak kuat dan tenang. Sedangkan dalam kelas. Fokusnya menghilang. Saat bersendirian, maksiat sini sana dibuat hanya kerna tak rasa tenang. Fahamilah. Diri yang kita sedang dipakaikan ini. Adalah sebuah jiwa nurani seorang manusia!

Bukan niat aku.

Nak katakan, maka boleh lah sentiasa untuk down. Bukan itu yang aku nak kalian fahami. Cuma kadang kadang. Aku penat. Dengan manusia yang berlagak hebat dan kuat. Pendam rasa contohnya dia boleh selesaikan masalah ini secara sendiri.

Tapi saat mana masalah itu makin memberat. Maka mula lah. Dia orang pertama yang menghilangkan diri entah ke mana. Akhirnya, tak dapat dijejaki seantero dunia.

Fahamilah.

Kita adalah manusia. Yang memang Dia beri ujian sentiasa. Maka. Fahamilah. Hak diri kalian.

Tak salah.

Kita berhenti sebentar. Berehat. Koreksi diri saat kita lelah dalam berjuang.

Tapi janganlah.

Sampai terus menghilang.

Belajarlah.

Memahami diri sendiri.

Turunkan ego yang mencanang tinggi.




Ikhlas dari aku,
Yang pernah dan juga sedang ego dengan diri sendiri

Monday 3 November 2014

Oh refleksi?


Kadang terasa lelah dalam berjuang.
Kau tahu saja.
Kau tak punya banyak masa.
Kau punya banyak taklifannya.
Kerna tak akan henti juangnya sampai ketemu syurga. 

Namun kau tahu.

Sedihnya bila mana.
Kau masih mampu membuang masa.
Mengumpul dosa tak kira masa.
Jahiliyyah berterabur sebaran sini sana,

Dan akhirnya,
Kau kata kau tak ada masa.

Bahkan.
Kau kata tak pandai mengurus masa,

Alangkah sebenarnya,
Antara kau dan masa,
Kau ingat ada belas kasihan antara keduanya?

Terus berjalan tanpa menanti.
Sampai kau ketemu mati.

...................

Sunnah orang berjuang. Pasti akan ada masa masanya dia akan terasa lemah. Dia akan terasa tak kuat. Akan terasa ingin pergi jauh dalam lingkaran kebiasaan yang dilalui hari harinya. 

Betapa sebenarnya.

Atas jalan ini. Aku menyaksikan berapa ramai mereka mereka yang terus berjuang berkorban segalanya. Tak kurang juga yang hilang entah ke mana.

Lantas aku bertanya,

Pada diri aku yang sekarang. Jahiliyyah bersarang. Mampu ke untuk terus berjuang. Atas jalan ini. Yang dengan nama Allah, sangat panjang!

Walau.

Baru setahun jagung aku bertatih. Aku cuba. Belajar untuk berjuang.

.........

Tadi,

" Walau apa pon yang terjadi, ana nak antum sendiri rasa yang antum sendiri pilih jalan ni. Bukan sebab ana. Bukan sebab sesiapa. Sebab, tak tahu kalau satu hari nanti. Ana tiba tiba hilang entah ke mana. Ana jatuh ke apa. Nauzubillah. Sekurangnya antum masih ada. Meneruskan rantai dakwah dan tarbiyyah walau kat mana mana. Antum kena rasa. Antum adalah aset berharga. Untuk ummah kat luar sana! "

Wallah. Beratnya aku rasa,

Agak agak lah kan. 

Macam mana eh sebenarnya tika Nabi dulu dapat wahyu?
Saat dipeluk Jibril hingga menggigil.

" sekurangnya, bila kita mati nanti. Mereka bisa menjadi saksi. Atas tiap apa yang telah kita lakukan kat muka bumi ni. Sepanjang kita hidup kat sini. "

Thabbit qulubana. 

Saturday 1 November 2014

Khusus buat mereka yang ke 20.

Satu persatu muka mereka tunduk,

" Jangan AlAmin hancur sebab antum! "

" Antum tinggal beberapa bulan je lagi. Apa antum dah sumbang? "

" Apa antum nak buat dalam masa yang berbaki? Ana nak sorang sorang cakap. "

" Antum kena rasa AlAmin ni aset berharga. "

" Yang penting, apa apa jadi lepas ni jangan tinggalkan tarbiyah. "

" Ana tak tahu bila lagi ana dapat jumpa antum. Yang penting. Jaga diri masing masing kat mana pon antum lepas ni. "



Amanat terakhir aku beri kepada sebahagian besar dari mereka beberapa hari sebelum aku pulang. Ambil keputusan jugak untuk jumpa mereka. Kerna mungkin. Lepas ni dah tak ada peluang untuk jumpa. Melainkan. Aku bisa jumpa mereka di syurga. Hakikatnya, masih jauh syurga dengan aku jaraknya.

Orang pernah tanya,
" Nta memang jadi mentor batch diaorang eh? "

Kerna Allah yang memberi rasa sayang itu. Makanya aku pon tak tahu apa istimewanya mereka. Pastinya. Antara aku dan mereka. Banyak jugak sedikit sebanyak mereka membentuk aku tanpa mereka sedar.

Tika mereka.
Tingkatan 1, ditaklifkan jadi AJK Aktiviti kem Asas mereka.
Tingkatan 2, AJK Aktiviti dan Kem Komanden XPDC
Tingkatan 3, Menjadi naqib kepada sebahagian kecil dari mereka. Serta Pengarah kem Smart Study
Tingkatan 4, Pengarah kem WAFA dan IKTIKAF
Tingkatan 5, Sekadar sempat beri motivasi 10 minit lamanya. 

Kalau dihitung masa aku dengan junior. Aku rasa dengan mereka paling banyak aku habiskan masa. Paling banyak aku bercerita. Paling aku tak kisah untuk berkongsi apa aku rasa.

Mungkin sebenarnya. Banyak lagi aku nak bercerita. Tapi takpelah. Biarlah Allah yang menjaga mereka semua sentiasa.

...........



Makanya bismillah.

Di entri khusus ini, suka sebenarnya. Untuk tinggalkan sesuatu buat mereka. Sebelum dilepaskan sehabisnya entah ke mana aset ummah berharga ini.

Aku pernah kata, 
Berjaya itu bukan pada apa keputusannya. Tapi sejauh mana usaha kita.

Kalian mengerti bahkan mengetahui.
Perjalanan yang bakal kalian tempuh lepas ini. Kita sendiri tak mengerti. Apakah penyudahan keputusan kita nanti.

Apa yang pasti.
Mungkin. Ia adalah sesuatu. Yang bakal mencorakkan kalian di kemudian hari.

Nasihat aku buat kalian.
Ada dua kunci utama.

Hubungan dengan Allah.
Hubungan dengan manusia.

Perjuangan dalam belajar tak cukup sekadar kejar straight A penuh berjela.
Tapi amalan fardinya langsung tak terjaga.

Makanya,

Selamat menempuh sebulan lamanya.
Mungkin ia bukan segalanya.
Tapi ketahuilah.
Kadang, keputusan yang baik itu bisa mengukir senyum orang terdekat dengan kita.

Kena rasa.
Akademik adalah salah satu aset.
Yang sangat berharga.

Akhir kata,

Salam juang.
Semoga dijauhkan dari putus asa.
Semoga tak termakan dengan enaknya dunia.
Semoga jauh dari alpa hidup senangnya kita.

Betapa ramai sebenarnya.
Doakan buat kalian sentiasa.
Maka jangan kecewakan mereka.

Tak terlambat aku rasa.
Untuk kalian berubah sehabisnya.

Perjuangan kalian dalam SPM.
Menjadi peluang untuk kalian buktikan.
Dengan dorongan yang banyak dari semua pihak.
Dari perhatian yang kalian peroleh dari guru semua. 
Yang kalian boleh peroleh yang terbaik buat mereka.

Dan untuk Allah pastinya.

Bittaufiq wannajah buat semua.
Semoga kejayaan milik semua.
Semoga syurga tempat kita berjumpa semula.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa dosa mereka. Lapangkanlah dada mereka. Kuatkan lah ingatan mereka. Jauhkan mereka daripada cuai tika jawab periksa. Berikan yang terbaik buat mereka. Permudahkan urusan mereka. Jadikan mereka aset berharga untuk ummah di luar sana. Berikan yang terbaik buat tiap satu dari mereka. Semoga kejayaan di dunia dan akhirat menjadi milik mereka."

Irbid, Jordan.