Tuesday 17 February 2015

Sahabat. Biar berpada.


"Kalau kau nak pilih seorang kawan yang akan kau nak bersama sama betol dengan dia, siapa?"

"Entah. Kalau orang tanya aku soalan macam ni, mesti paling susah aku nak jawab."

"Kenapa?"

"Sebab semua orang sahabat aku. Kot."

"Kenapa kot?"

"Entah."

"Sedangkan nabi pon mengaku depan sahabat lain yang Baginda paling sayang Abu Bakr. Takkan kau tak ada?"

*Terdiam*

"Tapi, tu lah. Kan sahabat tu sedih sebab bukan dia paling nabi sayang."

"Jadi? Kau takut kau silap sayang orang?"

............

Perbualan. Dulu kala yang diubah suka rasa. 

Tapi. Masih kekal zaman itu.

.........

"Kau tahu apa paling susah bila berkawan?"

"Nak tahan dari sayang sangat sangat."

"Kenapa?"

"Takut jadi benci."

"Jadi? Kau akan benci aku lah nanti."

"Erm. Betol ke kita boleh jumpa kat syurga?"

........

Bukannya aku tak bersyukur. Betapa sebenarnya. Aku dikelilingi oleh pelbagai manusia. Yang siapa saja aku ketemu, pasti mereka akan bantu aku tanpa segan silu. Banyak. Sangat banyak hidup aku dikelilingi oleh sahabat sahabat yang soleh belaka.

Tapi.

Bila mana ada ukhuwah, pasti akan ada mehnah. Saat bila mana seseorang ditimpa musibah. Pasti benda paling susah adalah lapang dada. Lapang dada. Lapang dada.

Aku pernah kena marah. Selalu lah jugak.

"Kau ni baik sangat. Asyik asyik lapang dada. Cuba lah marah sikit."

Huh. Entah lah. Mungkin. Walaupun aku seorang lelaki yang katanya biasanya dipenuhi ego. Tapi kalau bab bab berkaitan dengan hati. Mungkin aku ambil berat sikit.

Aku tak kisah jujurnya kalau aku disakiti. Apatah lagi orang tu tak sedar pon aku sedang disakiti. Sebab kalau siapa yang kenal aku, aku memang akan pendam.

Tapi.

Prinsip aku. Aku tak akan buat balik kat orang lain apa yang orang lain buat dekat aku. Bila mana disakiti, benda paling susah sekali? Senyum seakan kita bahagia.

"Tak bermakna orang tengok aku dengan dia rapat. Hati aku senang dengan dia."

Fuh. Serius mendalam!

Hinggakan kadang kadang. Jujurnya dalam bersahabat. Aku ambil langkah jaga jaga. Supaya layan semua orang sama rata. Bila mana buat sesuatu yang berkait dengan hati, Pastinya akan ada senang mahupun sebaliknya. 

Pernah terfikir?

Kenapa bila sahabat dengan orang soleh. Yakni orang yang jaga subuhnya, jaga waktu solatnya, jaga mutabaah amalnya adalah lebih kita selesa berbanding orang biasa?

Kerna aku sendiri pernah merasa. Aku boleh kata. Kerna mungkin. Kesan ibadahnya beri kesan kepada hati dia. Buatkan dia bersih. Dan akhirnya. Peribadi saat bergaul dengan orang akan teraplikasilah jernihnya hati.

Tak percaya?
Tengok diri kau. Berapa ramai sahabat kau ada? Oh. Kau ada sahabat? Berapa ramai senang dengan diri kau? Kau selalu tak sakitkan hati orang? Kau selalu sangka buruk ke baik dekat orang?

Kau rasa?

Subuh kau pukul berapa? Qiyam kau boleh dikira ke tak? Solat sunat buat? Quran baca setiap hari ke macam mana? Nangis dalam sujud. Pernah? Selalu ke jarang?

Kau = aku.

Noktah.

..........

Kadang, ambil keputusan berdiam diri itu lebih baik dari kita menyakiti. Bukannya kita tak sedar zaman kini. Kerna semuanya di hujung jari. Jari yang tak ada mulut, bisa menyakiti. Entah entah. Aku menulis ini pon ada yang terasa hati. Astaghfirullah.

Aku pon tak tahu kenapa aku tulis entri kali ni macam ni. Bukan. Aku tak ada pon masalah ukhuwwah ke sekarang. Tapi mungkin. Aku ada masalah dengan diri aku sendiri. Mungkin. Dengan hati aku sendiri. Buatkan aku takut nak bergaul dengan orang sana sini.

Dan memang. Aku rindukan ukhuwah kat sekolah lama aku. Entah kenapa. Tetap. Beri kesan sampai ke hari ni.


"Ana rindukan ukhuwah Al-Amin. Tak ada ganti."

"Oh. Ada ke ukhuwah Al-Amin. Ukhuwah Islami ada lah."

"Maka, tunjukkan ana ukhuwah islami tu macam mana. Ana masih tak mengerti."


Semester ke 7 aku di sini,
Tolong lah rajinkan diri,
Untuk naikkan muaddal tarakumi,
Buat pertama kali.

Erm.

Sunday 8 February 2015

Pendosa.


Bukan kau tak tahu,

Allah itu sifatnya pemaaf selalu.

Hinggakan,

Saat dosa tergalas di bahu.

"Takpe, ada masa lagi nak taubat. Allah kan Maha Pengampun."



Bukan kau tak pernah tahu.

Mati itu tak kira waktu.

Hinggakan.

Saat maksiat sedang kau buat.

"Aku tahu tak mati waktu ni. Lepas buat ni, taubatlah."



Bukannya kau lagi tak tahu.

Sekali dosa kau buat.

Selamanya akan terus terlekat.

Melainkan dengan taubat.

................

Apa kau rasa.

Saat kau baru saja lepas buat dosa.

Kau terus saja solat menghadap Yang Esa.


Apa kau rasa.

Seakan solatnya dalam gelisah semata.

Langsung tak rasa semangatnya. 

Sekadar buat hanya kerna keperluannya.


Pernah kau rasa?

......

Apatah lagi.

Malu itu rasa saat melakukan dosa.

Bila solat, malu itu berada di puncaknya.


Apa kau berani?

Menghadap sang raja dengan baju penuh compang campingnya?


Apatah bertemu Ilahi.

Dalam keadaan dosa maksiat penuh di sisi.

Allahu T.T

.......

Kerna pandangan manusia.

Bukannya mudah sebenarnya untuk praktik sebuah taubat. Nak melepaskan betol betol maksiat yang pernah kita buat. Nak hilangkan sehabisnya dosa yang pernah terlekat. 

Bila mana kita tahu Allah itu Maha menerima taubat. Makanya, menjadi dalil untuk terus kita bermaksiat,

" Ala, nanti kan boleh istighfar dan taubat. Allah Maha Menerima taubat."

Seakan satu bisikan syaitan di telinga. Saat kau sedang melawan nafsu. Saat itu bisikan ini datang pada kalbu. Menjadi penguat untuk kau terus melakukan maksiat. Dan akhirnya, kau jatuh. Kau kalah. Dengan maksiat yang makin hebat.

Allah Allah Allah.

Saat aku menulis entri ini. Aku sendiri tak pasti. Bagaimana keadaan aku sebenarnya selama ini.

Kadang kadang aku sendiri tak puas hati dengan diri sendiri.

Kerna pandangan dan nilai manusia, Diangkat seseorang sehabisnya. Dipuji seseorang semahunya. Dibelai dan disayangi hebat sehabisnya. 

Kerna pandangan manusia itu buta, yang nampak hanya zahirnya. Yang dinilai hanya peribadi luaran saja. 

Sedangkan.

Entah yang diangkat sehabisnya itu lah paling hina di hadapan Dia. Yang dibelai dipuji disayangi hebat oleh seantero dunia itu lah yang paling dicela oleh Dia.

" Aku takut. Kerna pandangan manusia seakan aku pasti menjadi penghuni syurga. Sedangkan pada Dia, seakan jauh jaraknya antara aku dan syurga."


Taubat Nasuha.

Pernah kau berhadapan. Situasi kau rasakan. Itu adalah taubat nasuha kau. Kau menangis sehabisnya. Badan kau bergetar seakan menginsafi dosa dosa yang lama. Diri kau dah bersih dari segala dosa dan noda.

Tak sampai berapa ketika.

Kau kembali buat maksiat lama. Hanya kerna kau rasa kau tak kuat sebenarnya..

Allah, Ampuni dosa dosa kami.

Bukannya mudah untuk kita sebenarnya mendirikan taubat nasuha. Taubat yang benar benar menginsafi diri. Taubat yang benar benar membawakan diri kita rasa sangat dekat dengan ilahi.

Taubat yang bila mana saat kau rasa kau malu untuk berhadapan dengan Dia. Kau tetap gagahkan diri juga. Untuk mohon ampun dan taubat kepada dia. 

Apatah lagi.

Saat kau bertaubat. Hati kau masih tak serik dengan bisikan syaitan laknat. Seakan berazam. Taubat yang sedang kau lakukan, sekadar bersihkan dosa lama. Dan dosa yang akan kau perbuat, nanti kau buat lagi taubat.

Allah. Kau ampunkan lagi dosa kami.


Sirah sebagai renungan.

Bukannya kita tak tahu.

Kisah bagaimana seorang pelacur yang boleh menjadi ahli syurga hanya kerna beri minum pada anjing.

Bukannya kita tak tahu lagi.

Seorang sahabat yang datang berjumpa Nabi, mengaku berzina. Beberapa kali nabi katakan pada dia, kemungkinan dia tidak berzina dengan berikan beberapa andaian.

Apatah lagi.

Kisah seorang 'abid yang akhirnya mati dalam keadaan tak diredhai Ilahi hanya kerna kalah kepada syaitan durjana.

Dan banyak lagi.


Makanya, sampai bila?

Untuk terus kita rasa ada masa untuk taubat sehabisnya?

Dosa itu tetap tersimpan aib pada tempatnya.

Pengakuan saat kita melakukan dosa bukan solusinya. 

Apatah lagi nak bercerita ke seluruh dunia menagih simpati sang media sini sana.

Yang penting,

Adalah kesedaran.

Maaf. Kesedaran yang hakiki akhirnya!

Aku sendiri malu untuk menulis entri ini. Kerna masih banyak dosa yang bergelumang di hati. Tapi. Semoga. Dengan aku yang menulis entri ini. Dan anda yang membaca. Andai terkesan dengan tulisannya.

Moga menjadi asbab untuk dipermudahkan lagi, diringankan kaki, dibersihkan hati untuk taubat kepadaNya. Doakan aku, wahai kalian yang dikasihi kerna Dia semata!

Semoga, kita makin gagah,
Membuang jahiliyyah!


Penutup : Untuk mereka yang masih rasa ada masa untuk bertaubat..

(11) 
Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang

(12) 
Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

(13)
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).

(14)
(Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya).

(15)
Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. 

(Surah Al-Furqaan)

"Ya Allah, ringankanlah langkah kami untuk bertaubat sentiasa."