Saturday 27 September 2014

Random bebelan.

"Dunia ni kejam kan?"

"...."

"Kenapa benda yang kita semangat nak buat awal awal akhirnya buatkan kita jatuh."

"Contoh?"

"Benda yang kau citakan."

"Kau nak cakap kau tengah putus asa ke?"

"Tak lah. Rasa nak habiskan kat sini je."

"Kau tahu?"

"Apa?"

"Hidup ni bukan kita punya. Jangan nak ego sangat bajet boleh dapat semua benda yang kau nak."

"..."

"Allah kata dalam quran. Kalau manusia dapat apa yang diaorang nak. Mesti bumi hancur."

"Tapi sekarang dah hancur pon."

"Lepas tu? Kau nak jadi salah sorang penghancur?"

"..."


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Tahun ketiga jejakkan kaki timba pengalaman di bumi gersang ni. Berat tak berat. Nak putus asa ke apa. Tetap kena manfaatkan tiap masa kat sini. Orang kata, dah ada kat tengah jalan jangan mengada nak patah balik pergi permulaan.

Bila subjek makin susah. Bila baru sibuk nak ke sana sini penuhkan jadual yang ada. Baru tahu pentingnya manfaatkan tiap masa kat negara orang. Kerna bila kau belajar. Kau bukan hanya belajar untuk diri kau sendiri. Kau belajar untuk umat kat luar sana.

Cuba bayangkan.

Empat tahun belajar kat negara orang arab tapi tak mampu berbahasa arab. Mahu terkedek kedek segan nanti bila orang pertikai ijazah yang kita ada. Teringat. Pesan ummi bila hari terakhir aku kat Malaysia.

"Dua tahun je lagi kat Malaysia. Belajar arab betol betol. Jangan balik Malaysia sampai grad!"

"Kalau kakak atau zubeir kahwin?"

"Tu lain cerita."

Haa nampak tak boleh je nak balik sebenarnya. Tetiba.


Ada kawan aku yang dah mula benci belajar kat sini. Ada pulak yang makin sayang dengan negara ni. Aku? Entahlah. Antara sayang dan benci. Akhirnya terhimpit antara dua hati. Pergh!




Dan balik Malaysia hari tu,

"Balik berapa lama?"

"Sebulan je."

"Mak aih kejapnya. Baik tak payah balik."

"-_-"

****

Sampai satu masa. Kau akan rasa. Antara duit dan semangat yang kau tak tahu nak cari kat mana, antara dua tu mana lebih berharga. Kalau aku. Lagi sanggup bazirkan duit untuk balik Malaysia jumpa keluarga terutamanya. Tak perlu cakap apa. Duduk dengan mereka. Kau akan rasa bahagia.

Kau tengok muka mak ayah aku setiap hari. Kau akan rasa antara nikmat yang jarang sekali kau dapat bila kau belajar jauh dengan diaorang. Duduk makan satu meja. Makan luar sama sama. Antara waktu yang kalau boleh kau nak berhentikan seketika.

Jadi apa kaitannya?

Kadang kadang orang tak memahami. Melihat hanya kepada luaran punya peribadi. Mula membuat anggapan sendiri. Sedangkan tak cuba menyelami. Apa sebenarnya si kawan rasa di dalam hati.

Betapa sebenarnya aku jumpa ramai manusia. Yang sibuk cari bahagia. Maka pergilah entah ke mana mana habiskan masa dengan kawan tercinta. Dapat lah bahagia tu seketika. Lepas tu datang balik kisah seksa.

Cuba kalau kita pergi kepada orang yang betol betol ikhlas bersama kita. Tak kisah dalam kita berdakwah ke. Berjuang ke. Hatta belajar sekali pon. Dengan orang yang ikhlas, serius kita akan rasa tenang tanpa kita kena paksa.

Faham ke?

Tak pastilah sampai ke tak apa yang aku nak cerita. Kalau siapa yang merasa. Mungkin. Dia akan fahamilah kot apa yang sebenarnya kita dapat rasa bahagia dengan orang yang betol betol ikhlas sayang kita macam ahli keluarga kita.

******

Makin lama. Kita akan mula belajar. Macam mana sebenarnya. Kehidupan itu berjaya membentuk peribadi kita. Dalam tak sangka. Kita mula menjadi matang. Sikit sikit perubahan mula terasa. Hingga tak sedar. Ego makin berjinak suka.

Bila mana kehidupan makin lama kita teroka. Hanya terbahagi kepada dua. Sama ada. Makin dekat. Atau jauh. Antara kau dengan pencipta. Betapa atas jalan kehidupan ini. Aku melihat. Mereka yang dulunya pengawas, pembimbing, pentazkirah akhirnya berubah seluruhnya. Dan aku juga melihat. Mereka yang dulunya tika sekolah pendiam, nakal, digelar perosak nama sekolah akhirnya berubah menjadi mereka yang akhirnya menjadi penyeru sini sana.

Jadi apa nak bangga?

Dengan hidup yang kita ada sekarang. Dengan ibadah yang kita peruntukkan masa. Dengan iman yang masih sekarang tercicip kemas di dada. Dengan sekelip mata. Segalanya berubah. Hanya kerna sekeping hati.

.....

"Macam mana nak pastikan kita terus berada dalam golongan yang baik?"

"Ikhlas."

"Tapi kalau buat amal sini sana tak ikhlas jugak?"

"Buat benda tu dulu, ikhlas tak ikhlas antara kau dengan Tuhan."

"Tapi putus asa lah. Setiap kali buat rasa kosong."

"Kalau tak buat? Apa lagi yang mampu bawak kau masuk syurga?"

"...."

"Akhi..."

"..."

"Selamat berjuang untuk syurga hakiki."

"Ermm tapi kejap."

"Apa?"

"Bagi kau ikhlas tu apa?"

"Oh bila mana orang kopi pasta ayat kau ke apa. Atau terkesan dengan apa apa yang kau ada. Lepas tu bila dia share kat mana mana tanpa sebut dari kau kesannya, hati kau tak memberontak kata, 'ni dapat dari aku ni'. Faham ke?"

"..."

"Nak lagi?"

"Apa?"

"Selamat menjadi syuhada' sejati!"

.....

Maka,

Untuk tahun ketiga ini.
Untuk umur kedua puluh ini.

Andai takdirnya nyawa aku setakat umur ini.
Ke arah nyawa ditarik ilahi.
Tetap bisa belajar untuk memberi.
Sampai ke nafas terakhir sekali.

Kalian,
Selamat berjuang.
Selamat mengejar syurga.

Bebelan yang sangat random.
Moga dapat ibrahnya.