Kenapa SUPERSAIYA?

Oh, Maaf! Buncit bukan penghalang untuk saya jadi supersaiya. Wallaweh!


Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah. Kalam mulia pembuka bicara. Semoga Allah terima setiap satu yang saya nak lakarkan atas blog ini.

Post pertama saya di sini. Terasa agak kekok jugak yee. Ye lah. Kali pertama muncul dengan gelaran yang entah apa apa. Tapi, maaf. Ada kisah di sebaliknya. Nak tunggu apa? Mohon sabar kita habiskan cerita dulu yee :D

Ini bukanlah blog pertama saya. Blog yang ketiga jugak lah kot. Blog pertama saya dah buat, lepas tu delete. Blog sejak saya tingkatan 3. Tika mana boleh kata satu batch lah jugak ada blog nya. Riang ria musim blog waktu tu. Komen sini sana sampai dah jadi tempat chat dan komen tu. *haa. boleh bayang tak dahsyatnya macam mana.*

Dan. Setelah beberapa kali buat percubaan untuk menulis secara serius. Makanya, insyaAllah. Ini adalah jawapannya. Bukan sekadar suka suka melakar cerita. Tapi, punya misi untuk kita sebarkan pada semua yang sudi membaca hasil tulisan insan yang tak seberapa.

Jadi, terus kepada persoalan.

" Abang Supersaiya oh abang Supersaiya. Kenapa dipanggilnya diri abang supersaiya. Perasan bagus sangat ke apa. "

Pergh Pergh Pergh.

Pening jugak sebenarnya kepala nak fikir nama apa yang sesuai dengan sensitiviti masyarakat kini. *gitu seriusnya. ohoi!*

Tapi alhamdulillah. Dia hadirkan jugak ilhamnya.

Jadi, lagi sekali. Kenapa supersaiya?

Kerna saya bercita cita untuk menjadi 'penyelamat' untuk mereka mereka kat luar sana. Mutakhir ini, semakin menjadi jadi kes sini sana sampai menggegarkan media kita.

Anda rasa sebab apa?

Bagi saya, kerna tak ada penyelamat penyelamat yang mampu menyelamatkan mereka. Dengan erti kata lain, membawa mereka keluar menuju ke syurga.

" Hamboi, abang supersaiya! Dah layak masuk syurga ke? "

Okay terima kasih untuk soalannya T.T

Memang. Memang saya sendiri pon tak layak lagi nak membawa anda semua masuk syurga kerna saya pon tak tahu dapat merasai nikmatnya ke tidak.

Tapi sekurangnya kan, kita mencuba. Mencuba. Untuk membawa diri kita ke sana. Mana ada orang nak masuk neraka kan? *kenyit kenyit mata*

Jadinya, insyaAllah. Bukanlah dengan tulisan tulisan saya ini nanti mampu mengubah terus masyarakat. Sekurangnya dengan harapan. Dapatlah berkongsi apa yang dah berlaku di sekeliling saya. Supaya dapat kita berkongsi bersama. Dan sebarkan pada alam semesta! :)

Dua tiga kucing berlari.
Mohon tunjuk ajar saudara saudari.

Ewah!

Doakan untuk saya!
Semoga dapat terus istiqamah.

Serta dapat berjinak dan tetapkan diri dengan jalan serba panjang ini!

2 comments:

Aku Faizin said...

Moga Allah redha !
Teruska usaha Enta (:
Saya akan berikan sokongan Padu dan jitu !
InsyaAllah !
Semoga enta istiqamah !

Kita semua da'ie.
Yang membezakan da'ie itu adalah usaha dan pengorbanan.
Fi Hifzillah. Sekian.
Salam Ukhuwah Fillah !
*KenyitMata*

Supersaiya Ummah said...

Aku Faizin,

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Mohon terus sokongan dan doanya. Semoga Allah redha sentiasa. Bukan sekadar melakar kata di alam maya saja insyaAllah.

Syukran!