Monday 21 April 2014

Kau nak jadi apa?

Acah acah motivasi.

" Muaz, kalau dah besar nak jadi apa? "

Bagi aku, antara soalan paling susah bila nak jawab. Selain daripada " Muaz bila lagi? " -_-

Dulu kecik cili api dan padi, aku pernah berfikir nak jadi seorang Cikgu. Entah kenapa. Mungkin waktu tu suka tengok ummi ke sini sana kot.

Lepas tu, bila dah makin besar dan matang *semoga*, mula pasang cita cita secara serius. Ingat lagi, tika mana Ustaz Isharuddin mintak masing masing tulis cita cita dan gelaran yang setiap dari kitaorang inginkan, untuk nak tampal kat pintu masuk. Jadi, setiap kali nak masuk. Kita akan baca dan jadi semangat nak kejar cita tu. 

Maka, dengan muka tebalnya, aku tulis lah. 

Cita Cita : CEO
Gelaran : YAB Tan Sri Dato Dr Haji Muhammad Mu'az bin Omar.

Pergh, bila ustaz keluarkan senarainya, nama aku jadi paling panjang :3 Mula mula semangat lah baca setiap kali sebelum nak masuk kelas. Tapi bila dah lama tu, rasa segan pon ada. Mana taknya, letak kat luar kelas. Setiap kali orang lalu, mesti baca. Dan tetiba nama aku panjang berjela. Mana tak bajetnya?

Tapi itu lah impian kan. Kalau ikut apa yang aku nak, aku sedang usaha ke arah tu lah. Memang dah lama pasang niat. Nak bina sebuah syarikat. Spesifik lagi, Syarikan Islam yang dalam dia punya sistem DnT. Huh. Kononnya lah. 

Bila lama dah lama belajar kat sini, minat tu seakan naik turun. Kejap rasa nak jadi cikgu kat AlAmin. Kejap nak jadi itu ini. Sebab melihat kat aku sendiri, yang kadang kadang malas nak menelaah ilmu pasal ekonomi ni. Dalam kelas pon boleh menerawang tempat lain -_-

Pernah je tanya ummi *seingat aku lah*,

" Ummi nak Muaz jadi apa? "

" Jadi anak yang soleh, yang boleh infaqkan diri untuk ummah. "

" Lagi? "

*saja cari pasal lagi kan aku ni*

Kelu. Diam. Sampai sekarang kalau tanya abah ummi. Memang tak akan lari lah jawapan dia. Mungkin baru aku sedar. Perspektif aku dan mereka sangat berbeza. Kalau tengok latar belakang mereka, bagi aku tak ada lah tinggi mana jawatan mereka.

Tapi apa yang tinggi pada mereka, adalah nilai manusia. Menjadi anak yang soleh buat kedua ibubapa mereka. Bina persekitaran Islam dalam keluarga mereka sendiri dan banyak lagi lah.

Mungkin. Betollah kot aku kira. Kadang kadang, kita nak terlalu kejar sesuatu yang dunia kan. Sampai tak nampak benda yang lebih bermakna yang patut kita sumbangkan kat dunia. *okay ayat aku*

Tanpa menafikan penting punya cita cita berbentuk materialistik macam nak duit banyak, gaji besar dan sebagainya. Kerna aku tahu, benda tu pon penting sekarang.

Cuma entah lah. Kadang kadang takut jugak, bila dah kerja besar besar nanti, ke mana aku agaknya. 

" Ummi nak Muaz bawak masuk keluarga kita ke syurga. Tu cita cita dan harapan ummi. "

Tipulah kalau aku tak rasa beratnya. Tapi aku suka dengan gaya ummi. Selalu fikir dari perspektif berbeza. Benar lah kan. Kalau kita nampak islam yang utama, mesti yang lain akan menyusul tiba.

Kalau kita nak jadi seorang doktor, biarlah kita jadi seorang doktor yang merawat hati ummah jugak. Dengan manfaatkan masa yang ada dengan pesakit.

Aku pon masih cuba untuk kuatkan diri, tekadkan hati. Untuk teruskan apa yang aku dah mulakan. Walaupun aku agak lambat mula kalau nak dibandingkan dengan kawan kawan aku kat sini yang ilmu ekonomi mereka dah luas berjela.

Tapi, aku tahu kemampuan aku macam mana. Tetap akan cuba dapatkan apa yang aku mahukan. Kalau tak dapat pon apa aku nak jadi, asalkan cita cita aku nanti adalah benda yang bisa bagi manfaat kat orang terdekat.

Dan, semoga cita cita ummi abah buat aku pon terealisasi nanti. Amiiin.

Jadi, apa cita cita kau sebenarnya?

Semoga akhirnya, adalah syurga :)

No comments: