Tuesday 20 January 2015

Merdeka yang sementara.


Sifirnya mudah.
Menjadi penuntut ilmu.
Nikmatnya pabila.
Exam habis awal selalu.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Secara tak rasmi, menghabiskan semester ke 6 di sini, berbaki 4 semester sekiranya diizinkan Ilahi. Tiada apa melainkan perasaan gembira tak terkata. Syukur tak terhingga. Dalam ketidak sukaan aku, tetap hari hari yang ditempuhi berjalan seperti mana yang mahu.

Ceh gaya macam dah keluar result je bajet tahu semua lulus ke apa. Tawakkal insyaAllah :3

Tapi

Perasaan aku melalui imtihan kali ini tak macam biasa. Seakan tak kisah apa yang menjadi akhirnya. Jawab imtihan semuanya tanpa rasa. Sifirnya. Siap. Hantar. Boleh balik dengan tenang.

Aku mula pelajari.

Bagaimana ertinya jatuh bangun seseorang itu sebenarnya selama ini. Kenapa kadang kadang Allah bagi perasaan suka. Tapi adakala dia hadirkan juga perasaan benci sebagai lawannya.

Kadang aku pelik.

Dengan mereka yang semangat datang belajar kat sini sedangkan aku terkapai kapai nak habiskan cepat supaya dapat balik dengan selamat. Melalui hari hari di sini seakan bukan apa yang aku nakkan selama ini.

Bunyi macam tak reti bersyukur?

Erm mungkin. Tapi aku perasan. Apa erti kalau suka jangan keterlaluan, nanti benci jadi habuan. Dulu kala memang aku semangat untuk datang ke sini. Tapi silapnya aku. Kerna niat aku mari bukan semata untuk ilmu.

Mungkin itu angkaranya.

Menjadi penyebabab semangat aku makin lama makin luntur rasanya. Berbeza dengan mereka. Yang memang dari awal bumi ini sudah menjadi target untuk mereka melonjak sini sana memahami dunia.

Baru aku mengerti.

Kenapa niat itu merupakan suatu perkara yang penting dalam suatu yang kita mahu. Cuba fikirkan. Niat kau untuk menjadi jurutera tetiba tercampak menjadi guru entah di mana. Apatah jua. Bidang yang kau langsung tak suka (?)

Sampai tak sebenarnya apa aku nak kata.

Andai kata niat memang benda yang dah memang sentiasa menjadi benda pertama, dalam kita buat apa apa. Mesti tak akan timbul persoalan,

"eh kenapa aku buat benda ni eh?"

Mahupun.

"Serius aku menyesal datang sini!"

Kerna aku tahu. Bila mana kita punya apa yang ingin dicapai. Apa jua badai datang melanda kau akan rempuh jua.

Ala ala motivator tak berbayar (?)

........

Mudah kata.

Aku hanya nak sampaikan seperkara.

Setiap apa yang kita perbuat. Biar punya matlamat. Jangan bila berada di laluan, baru sibuk nak melakar kita punya tujuan.

Seperti mana Tuhan mengerti.

Sebelum penciptaan kita lagi, Dia sudah bicara untuk nak jadikan tugas kita kepada dua. Ibadah mahupun khalifah.

Seperti itu jua macam mana kita mengatur kehidupan kita.

Nasihat aku ini khusus untuk mereka yang sedang sibuk merancang kehidupan. Biar jelas matlamat dan tujuan.

Tak enak sebenarnya.

Kita melalui benda yang kita sendiri tak rasa nikmatnya.

Seperti mana kau mengerti.

Bubur itu tak bisa dikeraskan kembali menjadi nasi.

Seperti itu juga.

Kehidupan yang telah kita lalui tak akan bisa datang kembali.

Kecuali seperkara uniknya hidup kita.

Kau tahu apa?

Saat kau telah buat dosa, kau masih boleh minta ampun pada Dia supaya bersih jiwa.

Penyayangkan dia? :)