Tuesday 19 May 2015

Menjadi Murobbi.

Gambar tika bergelar sanfur (tahun 1)
"Kenapa kau suka main delete delete gambar?"

"Sebab aku malu."

"Malu kenapa?"

"Sebab nanti orang nampak luaran. Padahal orang dalam gambar tu (aku) banyak dosa."

__________________

Andai aku tahu....

"Salam Muaz. Ana minta izin nak keluar."

Lama aku terdiam. Dengan berat hati.

"Takpelah. Ana redha. Asalkan nta ada baik saja. Ana tak suka paksa (: "


Menjadi murobbi.

Sepanjang perjalanan aku menjadi seorang murobbi. Jujur. Tak ada rasa. Selain rasa diri penuh dosa. Sangat. Melihat naik turun mutarobbi yang kejap buka kejap tutup. Kejap serius kejap mainnya. Kejap suka kejap duka.

"Ana tak faham kenapa kita kena buat benda ni."

Astaghfirullah. Saat itu terus diri bermuhasabah. Apakah benar aku beri fikrah? Atau sekadar mengejar nikmantnya ukhuwah.

"Ana tak nak keluar dari liqa nta lah. Nanti naqib lain tak pandai masak macam nta."

Sekali lagi. Panahan tepat kena pada hati. Apa sebenarnya yang aku buat selama ni. Apakah benar bahan bahan dilalui. Atau. Sekadar mengejar silibus supaya tak ada yang berbaki?

"Eh minggu ni nta tak mintak mutabaah ke?"

Jujur. Tak mampu kerna aku pon sendiri mutabaahnya tergantung untuk satu minggu. Berdosa kiranya aku minta sedangkan aku sendiri tak penuhnya selalu.

"Ana tak nak bawak usrah."

Bukannya mudah. Nak beri faham apa itu makna al fahmu.

"Ana tak pernah tengok nta marah."

Apa lagi yang aku boleh buat. Perlu ke aku marah. Sedangkan pada amatan aku. Mutarobbi itu tak pernah salah. Kerna dosa aku. Aku tahu. Kalian menjadi tak tentu arah.

Saat aku menegur.

"Ana minta maaf kalau antum terasa."

Apa kah benar. Ini ukhuwah kita. Bukan ukhuwah sebenar. Andai saat membuat teguran, perlu diakhiri dengan perkataan maaf. Kerna ukhuwah itu butuhkan teguran!





Maka,

Kau lihat.

Apa kau ingat.

Menjadi murobbi itu mudah teramat?

Sekadar bawa usrah?

Sekadar kumpul mutabaah?

Sekadar pastikan setiap minggu ada halaqah?

Nescaya.

Tugas murobbi bukan semudah yang disangka.

Tugasnya adalah tugas sepenuh masa

Tak kira tika senang mahupun susahnya.

...,,

" Kenapa nta jarang datang lawat rumah kitaorang?"

Itu lah murobbi. Pada fikirannya, tak pernah lekang soal sang mutarobbi. Sepanjang masa. Tiap ketika. Apa lagi yang mahu difikarkannya? Melainkan ingin menjadikan mutarobbi itu jauh lebih hebat dari diri dia.

Aku juga.

Masih belajar. Kadang memang akan ada masa masanya termakan hati dengan mereka. Tapi lantas. Hati mengomel. Bukan salah mereka. Ini kerna dosa yang kau kumpul selama hidup di dunia.

Tuhan itu beri pelajaran.

Dalam keadaan kau tak percaya ia adalah sebuah pengajaran.

Berapa kali sebenarnya, dalam tiap kali lepas solat. Doa kau perkuat. Sebut satu persatu nama mereka agar mereka bisa thabat.

Berapa banyak sebenarnya. kau bisa bangun solat malam. Air mata tumpah satu malam. Semata kerna rasa sayangnya kau pada mereka yang bakal mewarisi tugas menjadi 'imam'.

Baru aku mengerti.

Kenapa seorang guru itu jasanya tak tertanding sekali.

Kenapa abah ummi tak pernah berhenti.

Hanya kerna ingin yang terbaik untuk dunia dan seisi.

..............

Murobbi.

Jiwa yang tak pernah gundah dengan maki.

Hati yang tak pernah terasa dengan caci.

Peribadi yang tak pernah terasa sakit sekali.

Senyum tak pernah lekang di bibir walau kepahitan dirasai.

Memang.

Murobbi itu sentiasa menipu.

Bila sakit katanya sihat selalu

Bila pahit katanya manisnya kalbu

Bila jatuh katanya bangkit itu perlu.

Tanpa murobbi.
Apa kau agak manusia itu punya hati?


...........
Nota lutut:

Jazakumullah khaira kathira buat semuaaa. Yang pernah hadir dalam hidup aku. Tak kisah lama atau kejap. Tak kisah bermakna atau tak bermakna. Yang penting, kehadiran kalian. Buatkan hidup aku lebih bermakna. 

Aku maksudkannya!

Selamat hari murobbi sedunia!