Sunday 14 December 2014

Menjadi yang tak dikenali.



"Kenapa banyak banyak post kau macam berperasaan sangat?"

"Perasaan apa?"

"Yang berkaitan dengan hati?"

"Ada ke perasaan yang tak datang dari hati?"

"Ada."

"Rasa apa?"

"Rasa nak lempang bila mana kau tak suka mengalah."

"Hiksss~"

..........

Adapun kini *hamboi*, Aku melihat sini sana manusia banyak sangat ceritanya. Melalui media sosial aku memerhati. Terlalu banyak updatenya sana sini. Itu ini semuanya dicerita di medan sosial. Kata orang, semuanya di hujung jari.

Antara salah satu sebab aku delete Instagram dan Twitter adalah kerana kesakitan secara dalam yang aku alami oleh manusia lain yang sentiasa update pelbagai cerita dan gambar gambar mereka. Mungkin. Perasaan sama mereka alami bila mana aku pon update dulu kala.

Bagi aku.

Medan sosial sekaran buatkan orang lebih suka menunjuk nunjuk apa yang ingin ditunjuk. Bayangkanlah. Saat aku ada akaun Insta dulu kala, bila mana pergi mana mana, aku akan fokus untuk tangkap gambar yang cantik cantik untuk di post ke insta. Sikit sikit update.

Hingga akhirnya aku sedar. Kalau macam ni hidup aku akan terus berlalu, di mana privasinya dalam hidup aku?

Eh terasa? Maaf. Ini aku cakap bagi pihak aku.

........

Yaa. Hinggakan di medan sosial kini aku melihat manusia nak menunjuk segala apa yang dia ada. Update sedang buat apa. Dan menceritakan apa yang mereka perbuat. Hinggakan lupa fikirkan perasaan mereka yang bakal baca kita punya cerita.

Contohnya mudah.

Bayangkan. Saat kita upload gambar makanan di kedai makan entah mana. Lepas tu tiba tiba kawan kita scroll gambar kita dan dia rasa makin lapar. Sedangkan. Dia sendiri tak punya wang untuk belanja sebegitu rupa. Maka kau tahu apa akan jadi seterusnya?

Mungkin ini sekadar contoh mudah. Tak cerita lagi yang bisa menggoyahkan ukhuwah dengan perasaan hasad dengki, iri hati dan segalanya yang bakal muncul dalam hati kita saat kita post gambar sesuka cuma.

Dan akhirnya, aku melihat.

Manusia ini. Dan kadang kadang aku sendiri. Suka sangat. Untuk dikenali.

Yee dikenali seantero dunia.

.......

"Pelikkan dunia. Hanya kerna pandangan manusia, kita diangkat setingginya."

"Kenapa?"

"Tengok lah tu."

"Apa?"

"Orang yang menjaringkan gol saja akan dipandang oleh banyak mata. Orang yang passing bola kat dia atau defend defend yang tahankan bola, kenapa tak dapat sorakan atau pon penghargaan macam tu eh?"

"Erm. Betol jugak kan."

"Akhirnya, yang dilihat manusia yang mendapat nama."

Hakikatnya benar. Bukan mudah untuk menjadi mereka yang tak dikenali. Yang boleh simpankan dalam diri sendiri tentang apa yang telah diberi selama ini. Sebenarnya aku pon sedang cuba untuk praktikkan dalam diri. Untuk mengelakkan diri. Dari menjadi seorang yang suka bercerita tentang diri sendiri.

Aku tahu. Dan aku pernah rasa.

Saat mana orang datang kat kita dan menceritakan masalah dia, kadang kadang ego kita terlalu meninggi sehabisnya. Kononnya kata dalam hati, masalah kita lebih tinggi dari dia. Apatah lagi kita sibuk nak bercerita kita pon pernah hadapi perkara yang sama tapi kenapa kita bisa boleh atasinya?

Pernah kau rasa? Tahniah kerna kau seorang manusia.

Tak masuk lagi cerita.

Bila mana orang sibuk cerita itu ini. Sedangkan yang usaha dari awalnya bukan dia. Hanya pada saat akhir orang itu muncul tiba, dan akhirnya. Manusia yang muncul sesaat cuma yang dilihat sebagai orang yang berusaha dari awalnya.

Maka, cliche kan dunia?

.......

"Kau tahu ikhlas tu macam mana?"

"Macam mana?"

"Macam surah AlIkhlas."

"....."

"Dalam surah AlIkhlas, ada ke perkataan Ikhlas dalam tu, cuba kau baca."

Memang.

Tak mudah menjadi seorang yang betol betol ikhlas. Hanya kerna niat yang lari sedikit. Kesannya bisa menyebabkan kita hilang satu ganjaran yang bisa mendekatkan kita dengan syurga.

Kadang kadang.

Kita juga ingin merasa dikenali macam yang lain dapat. Dan susah untuk pujuk hati kata semua ingin dunia. Mungkin bila nasihat orang untuk kata,

"Sabarlah. Bnda ni kan semua dunia. Akhirat juga yang kekal cuma."

Sedangkan, dalam hati aku sendiri. Perasaan nak menguasai dunia dan panggilan panggilan manusia juga terkadang membuak tinggi lagaknya. Kerna akhirnya kita juga seorang manusia.

Sebab itu antara sebab aku benci media sosial sekarang adalah kerna terlalu banyak untuk orang menceritakan semua benda.

Tapi.

Aku tak cakap ini salah sesiapa. Aku cuma lihat dari perspektif aku. Yang kadang kadang rasa sakit dengan dunia yang kian lama kian maju ini. Dengan manusia yang kian lama kian berteknologi. Aku tetap rindukan dunia yang dulu.

Yang bisa hidup dengan aman walau teknologi tiada sempadan.

Dan akhirnya,

Dengan medan sosial yang kini,

Kau sendiri mencorakkan diri kau yang bagaimana.

Sama ada ikhlas atau tak?

Hanya kau dan Allah saja yang tahu akhirnya.

........

Post ini hanya random cuma.

Nak bawak aku yang sedang menulis terutamanya dan kau yang sedang membaca entri ini supaya melihat kepada diri sendiri.

Dalam banyak banyak yang kau dah buat selama ni. Betol ke sebenarnya ikhlas tu yang kau cari selama ini?

Atau.

Sekadar nak pastikan diri makin lama makin dihargai. Makin ramai yang bisa puji. Akhirnya nampakkan kau yang sempurna sekali.

Ya Allah,
Mmpuni dosa dosa kami.

Makanya,
Fikirkanlah.

Bila mana kau buat sesuatu perkara. Apa tujuannya. Saat kau nak bercerita sini sana, apa yang kau inginkan orang yang mendengar dapat dari cerita kau sebenarnya. Saat kau post di mana mana saja, tengoklah kenapa perlu kau nak post untuk ceritakan kepada satu dunia.

Bukannya aku tak pernah jumpa.

Manusia yang tak pernah dikenali sesiapa,
Tapi saat pergi hilangnya dia,
Dikenali oleh seluruh dunia.

Mungkin itulah kata orang semua.

Biar tak dikenali penduduk bumi.
Asalkan dikenali penduduk langit.

Atau bagi aku.

Biar tak dikenali penduduk bumi.
Asalkan kau dekat dengan yang Maha Mendengari.

Sunday 7 December 2014

Teruuus berlariiii.


Saat kau melihata kalam atas ini,

Apa sebenarnya erti syukur pada kau yang punya hati?

............

Exam kedua dah nak habis. Berbaki satu lagi paper. Untuk semua exam yang aku lalui. Satu konklusi.  Markah aku kesemuanya menjunam sangat sangat dan sangat banyak sekali. Tipulah. Kalau aku kata aku tak 'Jatuh' dengan apa yang aku rasa. 

Sampai ada sekali. 

Aku sempat 'lari' rumah seketika. Bawak diri. Cuba cari. Sebenarnya apa punca dengan semua benda yang tarjadi. Aku rasa sepanjang sem ni, semangat aku tak menaik walau sedikit. Kegemaran aku kat ekonomi makin lama makin terhakis.

Semangat untuk belajar?

Tak payah cerita! Dah lama aku rasa hampir nak putus asa! 

"Muaz rasa nak balik Malaysia. Tak semangat dah nak sambung study."

"So whats your plan?"

Saat itu, aku terdiam. Dari gaya aku baca apa yang abah bagi. Seakan nada serius dia cuba beri. Abah yang aku kenal. Tak pernah kata tidak kepada anak anak dia. Sentiasa terbuka.

Maka untuk kali ini. Aku cuba sebenarnya. Entah entah permohonan aku nak balik Malaysia diterima. Tapi akhir sekali, aku sendiri diam tak bersuara. 

.......

Kita ini,

Cakap nya pumpang pumpang.

Saat kena kat diri,

Baru kau rasa macam mana sakitnya nak bertenang.

.......

Hampir dua tahun setengah aku kat sini. Memang gila. Kalau aku nak putus asa. Aku bukan jenis yang mengalah sebenarnya. Walaupun aku memang bukan orang yang pandai. Sejak dari sekolah lagi sebenarnya aku tak pernah rasa macam mana perasaan dapat semua A dalam satu slip periksa.

Aku hanya orang yang biasa. Yang bukan Allah kurniakan kepandaian macam mereka kat luar sana. Belajar minit akhir. Boleh skor hampir penuh markahnya. Belajar hanya fokus dalam kelas tak payah ulangkaji apa, tengok tengok markah penuh semuanya.

Aku adalah aku. 

Yang memang bukan jenis belajar di minit minit akhir. Apatah lagi. Hanya boleh fokus dalam kelas. Aku orang yang perlukan ulangkaji sendiri. Aku mencari semangat tika mana aku sekolah dulu. Tak pernah ada istilah buat kerja pada minit minit akhir. 

Maka untuk kali ini. Aku sebenarnya dah bazirkan dua exam sebenarnya, dengan markah yang aku kira. Sebagai gagal sebenarnya, dengan persediaan langsung tak pernah puas akhirnya. Pergi exam dalam keadaan tak bersedia.

Akhirnya, 

Aku tahu. Allah bagi kemampuan kat setiap dari kita adalah berbeza. Kalau memang mereka jenis boleh belajar minit akhir, itu adalah kelebihan yang Allah beri kepada mereka. Untuk aku. Aku hanya perlu terus usaha usaha dan usaha.

Dan aku mengerti kemampuan aku yang bagaimana sebenarnya, kalau tak dapat markah tinggi sekurangnya aku tak perlu berduka. Sebab itu adalah tertinggi buat aku. Untuk seorang yang biasa biasa. Tak perlu bandingkan diri mereka dengan yang luar biasa. 

Kerna aku cuba belajar.

Tinggi itu adalah subjektif buat semua

.......

Kadang aku rasa. 

Apa kata bagi aku satu peluang, untuk aku putus asa. Teringin nak rasa sebenarnya macam mana. Tapi kerna ada abah ummi yang support aku sentiasa.

Buatkan sampai kini.

Aku masih tak tahu macam mana sebenarnya rasa putus asa. Biarlah, keinginan aku untuk ekonomi makin lama makin hilang rasanya. Aku suka saja. Mungkin bukan ini sebenarnya bidang yang aku cari untuk hidup aku akan datang.

Mungkin. Doa ummi yang lebih Allah dengari.

......

Tapi aku tahu.

Putus asa atas jalan yang sedang ditempuhi. Bukanlah jalan penyelesaian terbaik buat masa ni. Banyak lagi benda lain yang menanti. Hanya satu kata kunci. Thabat kan hati!

Yang penting,

"Banyakkan berdoa. Jangan putus asa."

Baiklah.

Aku akan cuba untuk terus berusaha...