Saturday 27 June 2015

Travelog : C I N T A (?)

Disklaimer awalan : 
post ini panjang. Anda memang hebat kalau baca entrinya dalam satu kali cuma.



Bismillah

Antara nikmat Ramadhan yang pada tahun ini Allah beri aku peluang untuk berjumpa lagi.

Adalah nikmat mengenali apa itu erti sebuah CINTA.

Tak pernah sepanjang hidup aku mengenali mendalami apatah lagi menulis artikel tentang perkataan ni.

Sampailah.....

Rindu!
Allah beri aku peluang pertama kalinya dalam hidup aku untuk menjejakkan kaki ke sini!

.............

Makin dekat hari dengan nak bertolak, jujurnya aku tak dapat tidur dengan rancak. Hati bergelojak. Jiwa memberontak. Betol ke tempat yang bakal aku akan jejak?

Terfikir.

Dengan diri penuh dosa. Hati penuh sangka. Jiwa gelisahnya rasa. Doanya kurang tambah saja. Layak ke aku nak menjadi tetamu di Allah di antara dua bumi suci ini?

Alkisah.

Allah beri ujian tika mana semua dah siap siapa nak bertolak ke tempat nak kena berkumpul. Kurang lebih 30 minit sebelum azan asar, ada akh call,

" Muaz, nta dah gerak ke? Jangan gerak lagi. Trip kita mungkin tak gerak hari ni. Bukak whatsapp sentiasa. Apa apa akan diupdate dalam masa terdekat "

Saat itu, Memang aku rasa kelam kejap. 

" Bismillah. Memaklumkan trip kita ditangguh ke esok hari. "

Seperti dijangka. Lemah aku balas.

" Astaghfirullah. "

Seakan aku rasa waktu tu,

" Ya Allah andai kerna dosa aku yang masih tidak kau ampunkan lagi sampai waktu ini. Menyebabkan tertangguh nya musafir ini. Kau ampunkan lah ya Allah. "

Dan malam itu. Seakan tak tidur jadinya.

........

Tiba hari kejadian alhamdulillah Allah beri juga peluang akhirnya.

Beberapa minit sebelum nak bergerak sempat aku whatsapp abah.

" Muaz nak gerak dah ni. Doakan. Muaz rindu abah ummi semua... "

Abah balas,

" Nanti sampai sana terubatlah rindu tu. "

Jujurnya aku tak mengerti waktu ini. Apa makna tersirat di sebalik ayat penuh tanda tanya dari seorang abi. Tak teringat pulak waktu tu nak tanya apa. Sekadar baca. Dan terus gerak tempat berkumpul.

......

Sepanjang perjalanan terkumat kumit mulutnya. Masih takut andai kata apa apa terjadi sepanjang perjalanan menyebabkan aku tak sempat menjadi tetamu Allah.


Uhud. Menjadi sejarah.

Bukit menjadi saksi kalahnya mereka dengan harta.

Pertama kali turun dari bas.

" Ya Allah. Panasnya! "

Tak ada perkataan lain yang keluar dah. Memang waktu tu sangat terasa bahang dia. Terbayang macam mana kehidupan dulu kala di kawasan sebegini rupa. Berjuangnya sahabat dulu kala. Apatah lagi. Kelilingnya sekadar padang pasing sifatnya tandus sentiasa.

Di sini menjadi bukti mengambil ibrah pengajaran ulung peperang yang disertai nabi. Saat mana Allah uji mereka ini dengan harta. Apatah lagi. Kita yang bukan pangkatnya orang tinggi iman sentiasa.

Andai mereka pon boleh diuji dengan harta. Apatah lagi kita. Tapi sayangnya nabi kepada sahabat ni. Walau giginya tertusuk. Luka luka memenuhi seluruh sasa badannya.

Saat malaikat bertanya,

" Nak ke aku timpakan sesuatu buat mereka yang dah ingkar arahan engkau ni wahai Muhammad? "

Lantas balas Baginda,

" Tak apa lah. Aku maafkan. Mungkin mereka terlupa. "




Madinah. Bumi suci pertama aku jejakkan langkah!



Sampai je kat Madinah. Semua yang dalam trip yang kebanyakannya dah pernah pergi melaung laung perkataan rindu datang bertamu.

Tapi aku masih tak mengerti. Apa hebat sangat bumi suci ini sampai mampu memberikan penangan rasa buat sesiapa sahaja yang pernah datang ke sini?

Sujud pertama aku di masjid nabawi. Air mata tak henti henti. Akhirnya aku mula mengerti. Siapa yang tak rindu. Seakan semua orang fokusnya hanya satu. 

Membayangkan surah An Nasr,

" Apabila telah datang kepada kamu kemenangan. Dan kamu melihat masuk Islam secara berbondong bondong... "

Dan di sini, aku melihat berbondongnya manusia berarak dari segenap penjuru masuk melalui pintu yang ada. berbaju putih kebanyakannya. Tak azan lagi. 30 minit sebelum masuk waktu. Bondongnya manusia gerak nak solat kat masjid.

Ya Allah. Penangan apa yang ada di bumi ini hingga menyebabkan semua orang jadi begini sekali?

Menyampaikan salam kepada baginda. Berdoa sehabisnya di Raudhah yang perlu melalui asakan manusia tak henti henti mahu meminta. Masjid yang penuhnya sentiasa. Suasananya yang aman sentiasa. 

Apa lagi nikmat yang kau nak minta? Seakan menjadikan membuak rasa untuk menjadi ahli syurga.


Allah beri aku peluang. Ramadhan pertama di sini. Iftar pertama di sini. Solat jumaat pertama di sini.

Alhamdulillah!




Mekah. Cinta kedua bertamu kembali.

Hari ketiga meneruskan permusafiran ke Mekah. Setelah bermiqat memakai pakaian ihram. Bertalbiah hampir separuh perjalanan.

Allah sampaikan lagi kaki ini ke bumi suci yang kedua.

Sampai je ada bunyi suara,

" Alhamdulillah. Dah sampai! Tengok tu menara jam!!! "

Eksaitednya dia buat semua terjaga, Dijenguknya ke luar jendela. Semua tergamam. Alhamdulillah tak henti henti. Talbiah makin kuat bergema dalam bas tanpa henti.

Check in hotel. Siap siap terus mulakan umrah.

Alhamdulillah selesai botakkan kepala semua. Tak ada apa apa. Sahur buat pertama kali. Episod di bumi ni pon bermula.

Sampai sini selain daripada arab yang tak sabar suka main tolak tolak nak cepat entah ke mana, kau akan jumpa manusia yang baiknya tak terkira.

Budak botak sempat selfie waktu iftar.


Tiba je masa nak iftar, akan ada saja yang murah hati nak derma apa apa. Hingga kadang bila mana kau rasa kau nak roti, tiba tiba datang roti depan mata.

Masha Allah. Nikmatnya sangat terasa. Hinggakan ada satu masa. Nak terawih seorang pak cik ni sapu minyak atar dari depan saf sampai saf ketujuh *gigih tak gigih aku kira safnya*.

Cuba bayangkan. Kalau ada 30 orang satu saf. Dan tiap kali dia sapu atar, akan ada saja doa untuk dia.

" Semoga Allah ampunkan dosa kau. "

" Semoga Allah berkati kau. "

" Semoga Allah murahkan rezeki kau. "

Bayangkan. Dengan hanya sapu minyak atar saja kurang lebih 210 orang mendoakan untuk pak cik ni. Astaghfirullah. Berganda ganda pahala dia dapat.

Dan dari situ mula berputiknya cinta aku kat bumi ini.



Haramain dan Tarbiah.

Di bumi ini seakan aku rasa directnya tarbiah Allah bagi kat aku. Kalau nak cerita. Memang tak terceritanya banyak nya hikmah Allah bagi. Aku belajar erti nikmatnya sebuah ibadah. Nikmatnya khusyuknya hati tika solat. Nikmat tak henti mengalirnya air mata walau sebabnya sekadar sekecil cuma.

Aku mula mengerti. Apa sebenarnya erti rindu yang abah maksudkan bila mana aku dipilih menjadi tetamu Allah selama kurang lebih 8 hari aku di sini.

Memang bila sampai je di sini. Turki yang aku rindu tak terlintas langsung di fikiran. Abah Ummi yang aku kenang dan rindu sentiasa. Terubat rindunya dalam doa doa aku selalu. Malaysia yang tak sabar aku nak jejak balik kurang lebih 339 lagi seakan tak bermain langsung di fikiran aku.

Yang ada hanya waktu itu. Seakan. Allah. Allah dan Allah saja. Memang. sangat bertuah sebenarnya siapa yang Allah beri peluang setiap hari. Setiap waktu. Tinggal dan duduk di bumi haramain ni. 

Balik je sampai rumah terus aku skype dengan abah ummi.

Ummi nampak kepala aku botak. Tak sempat aku cakap apa,

" Mabruk. Mabruk. Mabruk ya Muhammad Muaz. Umrah maqbulah InsyaAllah. Ramadhan kareem. "

Tak pernah. Aku rasa sebahagia macam ni.



Tapi.

Kalau baliknya aku ke bumi Jordan ini. Kembali melakukan maksiat yang lama. Membazirkan masa dengan menghadap whatsapp, facebook dan skrin apa saja lamanya.

Seakan.

Tarbiah di bumi haramai itu. Semuanya sia sia!

Maka,

Thabbit qulubuna ya Allah!

Alhamdulillah untuk semuanya.



Bumi Haramain,

Terima kasih sanggup terima aku menjadi tetamunya.

Memang. Tiada tempat musafir terbaik melainkan haramainya jawapannya.

Di sini akan berputiknya cinta yang tak akan dapat dari mana mana.

Sampaikan aku lagi nanti, ya Allah.

Monday 8 June 2015

Melewati semester ke 7

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Secara tidak rasminya.
Menghabiskan semester ke 7 di sini.
Berbaki 3 semester.

Tak tergambar rasa gembira.

Bila semalam,
Roomate aku kemas beg kala mana aku sedang pulun nak habiskan subjek terakhir. Hati tak rasa apa apa. Sedangkan dia balik 3 bulan lamanya. Dan aku habiskan masa 3 bulan kat sini.

Dan bila mana tadi habisnya jawab kertas terakhir untuk semester ini. Hati seakan rasa lega. Entah kenapa. Mungkin bagi aku semester yang boleh aku kata aku puas dengan apa yang aku lalui selama 4 bulan lamanya.

Benar.

Kadang bila mana Allah bagi kita perasaan jatuh. Termasuk dalam lembak maksiat dan jahiliyah. Kadang kita perlu bersyukur. Allah pilih kita. Untuk betol betol menangis dengan silap yang telah kita buat.

Menginsafi sehabisnya dengan dosa yang ada. Mengalirkan air mata dengan sepenuh rasa. Tak ada rasa paling baik melainkan rasa sayangnya Allah dengan kita. Wallah. Satu nikmat yang jarang kita semua dapat rasa.

Bila mana aku jalan nak ke jamiah, aku akan jumpa dengan ramai orang. Dan buat aku terfikir. Dari luaran nampak orang ni macam tenang. Entah. Dalam hati dia kita tak tahu bagaimana bergolaknya dia rasa. Mungkin.

Macam itu lah aib dan dosa.

Allah simpan elok elok kemas kemas. Supaya Allah bagi kita betol betol peluang untuk buang aib yang kita ada. Allah bagi peluang sehabisnya. Kalau tak taubat, kat akhirat nanti Allah tayang besar punya wayang semua orang tengok apa kita buat selamat ni.

Alhamdulillah
Astaghfirullah.

..............

Antara nikmat yang buatkan aku lebih bersyukur bila mana belajar kat sini.
Nikmat punya ummi abah yang sentiasa ambil tahu pasal kita.
Baru kita tahu bagaimana sayangnya mereka kat kita.

" Muaz kalau nak exam jangan lah bagitahu sehari sebelum. Bagilah tahu awal awal. Boleh abah ummi nak buat solat hajat untuk Muaz selalu. "

Apa lagi kau nak kata?
Aku rasa malu tak terkira.

Sedangkan aku pon solat hajat pon entah berapa kali cuma.
Orang lain pulak yang semangat doakan untuk kita.
Sedangkan kita sendiri tak pernah betol betol doa sebaiknya untuk kita.

Dan whatsapp dengan someone,

" Hari tu pergi wedding. Jumpa mak ayah nta. "

" Oh. Diaorang cakap apa? "

" Ayah nta tanya ana, contact Muaz tak? "

" Oh yeke. "

" Lepas tu beberapa hari sebelum tu, mak nta tanya ana jugak. "

" Oh tanya apa? "

" Contact Muaz tak? "

" Erk.. "

" Baru ana tahu sayangnya mak ayah nta kat nta. "

Ah aku terdiam.

Aku selalu tulis pasal benda ni.
Bila sampai cerita pasal ummi dan abah.
Aku rasa adalah antara cerita yang tak akan pernah habis sampai bila bila. 

.......

Dan alhamdulillah soifi datang kembali.
Soifi kedua aku di sini.
Dan mungkin.
Yang terakhir sekali.

Irbid ini makin lama makin kurang warganya.
Tapi aku tak rasa apa apa.
Entah kenapa.
Redah saja soifi yang Allah berikan buat nikmat sementara.

Melewati hidup kat sini.
Banyak sangat benda aku pelajari.

Bukan sekadar mencari ibrah di sebalik bumi tanah gersang penuh tarbiah.
Tapi adalah tentang bagaiman aku mengenal diri aku yang sebenarnya.

Musafir itu.
Sifatnya cukup kompleks.

Kau berjalan seorang diri keluar rumah.
Pergi entah mana mana.
Boleh buatkan kau rasa bagaiman hinanya kau selama hidup di dunia.

Nasihat aku
Buat kau yang sudi bazirkan masa
Baca warkah yang aku tulis tanpa susun kata,

Selagi punya masa.
Bertaubatlah.
Kembali kepada Dia.

Pasti.
Kau tak akan rugi apa apa.
Hati akan lebih tenang tanpa syak wasangka.

Alhamdulillah.
Atas segala nikmat.

.......

4.00 petang
Ceruk bilik istighfar.