Thursday 27 February 2014

Pernah kau rasa?


Memaknai erti sebenar sebuah ikhlas.

Pernah kau rasa?

Buat baik sini sana.
Tanpa langsung ucapan terima kasih kau tak terima.
Apatah lagi senyuman mesra.


Pernah kau rasa?

Semuanya serba tak kena.
Hati jiwa kacau sentiasa.
Ibadah pon jadi tak semangatnya.


Pernah kau rasa?

Kau dah usaha sehabisnya.
Tenang dan yakin jawab periksa.
Tiba tiba markah periksa tak macam kau usaha.


Pernah kau rasa?

Dah penat buat baik kat semua.
Rasa tak dihargai walau sikit cuma.
Dan terfikir untuk menjadi sejahat manusia.


Pernah kau rasa?

Rasa nak putus asa.
Dengan dunia punya cerita.
Seakan tak ada baiknya hidup di dunia.

_________

Pernah kau rasa?


Dibaling batu sampai berdarah kepala.
Diletak najis di depan rumah sentiasa.
Digergaji sampai terbelah dua.
Dikutuk walau di mana kau berada.
Dikecam buruk masyarakat semua.
Dikurung dan dihumban ke dalam penjara.
Ditampar di muka dan kepala hanya kerna kau bawa kisah benar sentiasa.
Dikhianati dengan orang yang kau percaya.
Diherdik gila tika mana kau melaksanakan arahan Dia yang Maha Esa.
Tiada seorang pon terima apa kau bawa setelah lama kau berusaha.
Dipanggil orang gila sini sana.
.......
....
..
.

Jadi,

Kenapa kau nak putus asa?
Kerna kau belum lagi diuji sehabisnya.
Mana mungkin bisa kalah sebelum kau jumpa syahidnya.

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Yusuf :12)

Peringatan untuk aku terutamanya.
Kerna sejak dua menjak.

Rasa jauh dengan tujuan sebenar aku dicipta.

Seakan. Sebuah robot yang menjadi permainan dunia!

__________

"Macam mana study kat sana?"

"Entah. Penat. Rasa tak boleh bawak."

"Biasalah tu. Belom lagi pergi berjihad."

*Tembakan jarak dekat!*

KERNA SUPERSAIYA ITU
TAK AKAN PUTUS ASA
SAMPAI DIA BISA
KETEMU SYURGA! 

Sunday 23 February 2014

'buku' itu punya KUASA!

Satu muka. Seribu makna! Hoyeah! 

" Ummi nak kamu jadi seorang AlHafiz. Jaga quran elok elok. "

" Erm... InsyaAllah, saya cuba. "

" Ummi nak kamu yang boleh tarik ummi abah nanti masuk syurga. "

" Erk, ummi. Beratnya. "

" InsyaAllah. Kamu boleh. Ummi yakin! "

__________________________________________

Perbualan yang digubah. Oleh aku.

Beberapa tahun lalu, aku pernah terjebak menjadi mangsa. Mangsa kepada sebuah pertubuhan tahfiz di sekolah lama aku. Bayangkan. Menjadi seorang mangsa kepada benda yang aku tak pernah sangka aku akan terjebak ke dalamnya. 

Semuanya bermula waktu aku tingkatan 1. Dengan gatal tangannya, aku ambil borang yang entah aku jumpa kat mana. Dan tak semena mena aku isi dengan semangatnya. Seingat aku, tak bagitahu ummi abah aku. Main isi seakan aku pulak jadi abahnya. Dengan semangat dan yakin, hantar surat yang telah diisi.

Tak berapa lama, permohonan aku diterima. 
Dipendekkan cerita. 
Aku lulus ujiannya. 

Terus. Menjadi salah satu mangsa kepada sebuah pertubuhan tahfiz di sekolah aku. 
Tahu kenapa menjadi mangsa?

Kerna dalam 5 tahun aku bersama pertubuhan tahfiz ini, aku menjadi mangsa keadaan. 

Dikerahkan untuk menghafaz sehari sekurangnya satu muka. Lepas tu aku dibasuh tentang kepentingan menjadi seorang hamlatul quran. Dikerahkan lagi untuk murajaah sekurang satu minggu satu juzuk. Diselitkan lagi dengan program program yang membina motivasi.

Memang. Aku menjadi mangsa yang dikerjakan.
Supaya aku bisa menjadi seorang hamlatul quran. 

___________________________________________________

Sekolah lama aku kecil saja. Kalau sekali pandang, memang tak nampak sekolah aku. Sebab dikeliling dengan sekolah yang gah dan universiti yang indah. Belakang sekolah aku boleh kata hutan lah. Tapi, kalau kau tanya aku, apa benda yang paling manis waktu sekolah dulu. 

Aku akan jawab.

" Manisnya berjuang menjadi hamlatul quran. "

Sekolah aku bukan sekolah tahfiz. Hanya sekolah harian biasa. Kelas tahfiz yang diadakan hanyalah tiga hari seminggu. Dan hampir setiap hari tika cuti panjang dan beberapa malam pada hari jumaat. 

Kau tahu kenapa alquran ini jugak punya kuasa?

Meh aku buktikan kepada alam semesta!

____________________________________________________

KISAH 1.

Pernah satu hari tu,

Aku rasa susah sangat nak menghafal muka surat baru. Bukan setakat setengah muka, beberapa ayat pon aku rasa susah nak masuk. Menangis nangis aku cuba untuk hafal. Tetap tak dapat jugak. Akhir sekali, aku putus asa jugak. Aku cuma hafal secara dasar je. Maksudnya, secara sepintas lalu. 

Esoknya, pergi ke kelas tahfiz. Memang tak bersedia apa apa. Sebelum pergi tasmik (dengarkan) hafalan muka surat yang aku baca semalam, aku cuma ulang beberapa kali muka surat tu. Baca yee, bukan secara tutup quran kemudian baca. Aku BACA muka surat tu. 

Tak sangka. Lepas beberapa kali aku baca, perasaan yakin datang tiba tiba. Aku tutup quran nya. Dan cuba baca ayat yang aku hafal. Secara tak sangka, aku habiskan jugak satu muka surat. Pergi tasmik depan ustaz. Dan alhamdulillah, aku lancar tasmiknya!

___________________________________________________

KISAH 2.

Dulu, aku pernah dibebankan untuk menjawat satu jawatan yang aku rasa sangat besar lah untuk insan kerdil macam aku ni. Biasalah, bila dah ada bebanan. Memang ada masa kita akan jatuh kerna rasa kita tak mampu buat yang sebaiknya.

Dan pernah jugak satu hari tu. Aku stress tahap giga. Tak turun rehat. Tak makan. Tak bergaul dengan siapa siapa.

Pergi surau. Solat sunat dua rakaat. Tetap tak bagi apa apa kesan buat aku.

Betapa. Aku rasa kerasnya hati aku waktu tu.

Habis rehat, naik ke kelas. Tengok kelas masih kosong. Aku baca quran.

Tak semena mena. 
Air mata laju turun. 

Rasa kerdil sangat.
Dalam masa yang sama dapat 'recharge' semangat balik. 

______________________________________________________

Cerita ini bukan aku reka semata mata. 

Perkara yang pernah berlaku depan mata dan dirasai sendiri dengan jiwa. 

Pernah tak. 

Kau baca cerita superman ke spiderman ke batman ke.

Atau mana mana cerita fantasi lah.

Dan satu hari tu, 

Kau memang tengah perlukan pertolongan ke apa. 

Sangat sangat perlukan.

Dan waktu tu kau sendiri.

Kau rasa dah nak mati.

Tiba tiba, datang lah superman selamatkan kau.

Secara REALITI. 

_________________________________________

Heh, senyum manis.

Maksud superman tu, bukanlah superman yang pakai seluar dalam kat luar.

Dan pakai kain terbang kat belakang tu yee.

Superman tu maksud aku adalah penyelamat.

Tak kisah lah siapa dia.

Dan bila dia selamatkan kita waktu tu,

Kita rasa dia adalah superhero mahupun supersaiya *flip hair tetiba* buat kita. 

______________________________________

Macam tu lah jugak, quran.

Bukanlah maksud aku,

Quran itu yang beri kita kuasa.

Dalam tajuk kat atas, aku dah tulis.

Yang quran pon ada kuasa.

Kuasa yang bila mana tika kita resah,

Ayat ayat yang terkandung di dalamnya buatkan hati kita tenang.

Tika mana kita berada dalam keadaan serabut.

Kalam kalam yang tersurat di dalamnya buatkan minda kita kosong. 

Tika mana kita rasa satu dunia mengecam kita.

FirmanNya menceritakan bahawa kita punya Allah di sisi sentiasa.

_______________________________________

Inilah maksud aku kuasa kuasanya. 

Aku ingat lagi.

Perbualan aku dengan ustaz tahfiz aku tika mana aku sendiri rasa nak putus asa. 

" Ustaz, ana rasa down. Banyak sangat hafal. Tapi tak banyak pon ingat qurannya. Tambah tambah lagi banyak buat dosa. "

" Nta kena terus mencuba. Kalau tak murajaah (mengulang) memang lah tak ingat. Kalau tak cuba untuk buang atau kurangkan dosa, memang lah rasa terbeban. "

Aku tertunduk. Ustaz tambah lagi.

" Nak menghafal, hati kena bersih. Nta tak nak ke jadi keluarga Allah. Atau pon jadi seorang yang boleh tarik orang lain masuk syurga. Dan jugak. Pakaikan mahkota untuk ummi abah nta kat akhirat sana. Bila lagi nta nak buktikan yang nta boleh. "

______________________________________

Kerna bagi aku,

Quran adalah salah satu benda yang paling mudah.

Untuk kita dapatkan kembali 'kuasa' kita.

Untuk kita kuat kembali seperti mana dulu.

Dan jugak.

Untuk kita rasakan bagaimana bicara Allah sama kita.

Tak perlu pon aku rasa.

Pergi jauh jauh semata nak tenangkan fikiran.

Memanglah perlu untuk secara ala kadarnya.

Tapi ketahuilah.

Alquran ini pon punya kuasa sendiri.

Nak tahu macam mana?

____________________________________

Untuk mereka yang dah lama tak baca quran,

Cuba sekali kamu baca quran dan maknanya,

Tengok apa yang akan kamu rasa.

Dan jugak.

Untuk mereka yang setiap hari baca quran.

Cuba sehari kau tinggalkan.

Tengok pulak apa yang akan kita rasa.

____________________________________

Percayalah.

Quran ini punya kuasa.

Kena kau sendiri membaca dan mentadabbur maknanya.

Baru kau akan tahu apa itu sebuah 'kuasa'.

Wallahi.

Mana mungkin seorang supersaiya itu bisa menipu alam semesta!

Dan aku.

Rindu tika mana semua orang sibuk membaca quran walau di mana mana.

Kejar mengejar dalam membaca dan menghafal quran.

Serta saling mengingatkan tika mana ada yang lupa membacanya.

Semoga.

Di akhirat nanti,

Quran ini bisa juga menjadi salah satu penyelamat kita.

JOM.

SATU HARI SEKURANGNYA SATU MUKA! :)

 “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Al Isra : 9)

Wednesday 19 February 2014

JAUH!

Bismillah..

Malam itu,
11.53 malam.

Jalan yang pada siang harinya penuh. Bertukar suram pada malamnya. Aku. Baru selesai liqa (pertemuan) bersama sahabat sahabat sekolah lama. Memang kebiasaannya bila diadakan liqa, Bukan sekadar sejam dua yang diambil. Memang biasanya akan habis lewat malam. Cuma malam ini, liqa habis awal. Kerna murobbi (pembimbing) aku ada periksa pada esok harinya.

Motor kesayangan aku selamat diparkir di perkarangan rumah. Pelik aku rasa malam ini. Biasanya, akan ada satu lampu yang dibiarkan menyala di dalam rumah sekiranya semua ahli sudah tidur. Tapi malam ni, gelap. Seakan tak ada penghuni.

Pintu rumah dibuka. Segera aku meraba raba mencari suis lampu ruang tamu. Dibuka suis ruang tamu. Kelihatan perabot kesayangan ummi dan susur atur ruang tamu yang cantik dan kemas. Haus aku rasa malam itu. Segera aku ke dapur setelah aku selak pintu rumahnya.

Lampu dapur dibuka. Tiba tiba.. aku terkedu. Rasa pening. Tak percaya.

Tompok tompok darah merata atas lantai dapur. Bagi aku, ini adalah kali pertama aku lihat darah sebegitu banyak secara langsung depan mata! Pekat. Banyak. Cukup membuatkan jantung aku berdegup kencang.

Aku mencari dari mana datangnya. Lampu bilik air terbuka. Aku tolak pintunya.

Kelu. Diam tak berkata.

" Woi. Apa kau buat ni? " Aku jerit sekuatnya.

" Hahahahahahahaha. " Gelaknya seakan dia suka dengan apa yang dia buat.

Tampak puas dengan apa yang dia lakukan.

Darah penuh di badan abah.

Seakan ditikam beberapa kali.

Darah terpancut sana sini.

Seakan warna putih dinding bilik air.

Dicat warna merah pekat.

" Apahal kau bunuh abah?!! "

****

2.43 pagi.

" Astaghfirullah. Mimpi rupanya. "

________________________________________________

Antara nikmat bahagia. Ada mereka di sisi sentiasa!
Jujurnya,

Tak pernah aku sangka.

Peristiwa ini benar benar hadir dalam mimpi aku.

Seakan aku rasa.

Ada sesuatu yang ingin disampaikan.

____________________________________________

Mungkin. Benar apa orang kata,

" Korang tak kan tahu macam mana nilainya seseorang tu melainkan korang dah berpisah jauh dengan diaorang"

Ada benar kalam ini.

Belajar jauh dari keluarga.

Buatkan aku menghargai nilai sebenar sebuah keluarga bahagia.

____________________________________________

" Okay tak belajar kat sana? "

" Erm. Entah lah kadang kadang rasa nak putus asa. Nak balik Malaysia. "

" Kenapa? "

" Penat belajar. Banyak benda nak kena fikir. "

" Abah Ummi doakan agar kamu berjaya. Jadi orang yang berguna untuk masyarakat. "

___________________________________________

Selama ini, jujurnya.

Lebih banyak masa aku diperuntukkan untuk kawan kawan.

Ke sini ke sana. Sibuk berfoya.

Hinggakan kadang kadang lupa hak kepada mereka.

Sampai sini.

Baru aku belajar.

Erti sebenar nilai kenapa ibubapa wajar sentiasa di sisi.

Kenapa perlunya doa daripada mereka walau jauh mana kau pergi.

Pastinya.

Kau akan merasai benda ini.

Bila mana kau dah pergi jauh dari mereka.

________________________________________________

Akhirnya, aku belajar lagi dari kehidupan.

Betapa sebenarnya.

Kita terlalu nakkan kasih sayang dari semua orang.

Hinggakan kita lupa.

Kasih sayang tu dah lama kita dapat.

Dengan orang yang paling kita dekat.

Tapi, kita tak pernah ingat.

________________________________________________

Kenapa tiba tiba?

Kerna seorang supersaiya itu tak akan pernah lupa.

Di sebalik jauh nya dia pergi.

Hebat mana pon dia memberi.

Semua ini tak akan terjadi.

Tanpa ummi abah yang menjadi pendorong sampai mati!

________________________________________________

Konklusinya?

Ingat.

Jangan pernah lupakan hak kita.

Walau jauh mana pon kita mengembara.

Kerna kat akhirat sana.

Akan dipersoalkan oleh Allah juga.

Tentang.

Tanggungjawab kita terhadap ibubapa :)

_____________________________________________

Ummi Abah,

Terima kasih!

Kerna lahirkan seorang bakal supersaiya.

Yang bakal menggegar dunia!

Monday 17 February 2014

Berubah. Jatuh. Bangun. Tersadung.

Psst. Nak cakap awal awal. Kata ganti diri pertama yang akan digunakan sepanjang penulisan adalah AKU yee. Mohon jangan terpedaya dengan post pertama. Itu sekadar permulaan. Jadi, kena lah skema sikit. Macam tuuuh!

Berubahlah. Walau selangkah!
Bismillahirrahmanirrahim.

Kata orang, nak berubah kena mujahadah.

Kata orang lagi, nak berubah kena istiqamah.

Orang pon berkata jugak, nak berubah kena ada biah solehah (suasana yang baik)

Mereka pon berkata, nak berubah kena lah mula dengan diri sendiri yang melangkah.

________________________________________________________

Betollah kot apa yang orang orang kat atas ni berkata. Mana mungkin, seseorang tu mampu untuk berubah bila mana dia sendiri tak tekad untuk berubah. Apatah lagi, tak pernah rasa untuk berubah.

Mana mungkin seorang yang dulunya tudung tiga segi jarangnya menembusi badan mampu untuk berubah kalau masih berkawan dengan mereka yang pakai tudung ada bonggol atas kepala.

Mana lah boleh seorang yang tekad nak bangun subuh berjemaah kat masjid boleh bangun selagi mana duduk dengan mereka mereka yang subuhnya bukan gajah saja. Tapi dah jadi dinasour.

Apatah lagi. Seseorang yang tak pandai baca quran, nak pandai baca quran dengan bergurukan seorang yang tak pernah tahu apa itu quran.

Aku selalu teringat mahupun tersemat dalam jiwa lapang aku akan kata kata seorang yang rapat dengan aku.

Kata dia,

" Kalau kita nak berubah. Tok sah lah duk pikiaq apa orang nak kata pasai kita. Biaq pi je lah apa depa nak kata. Yang penting, kita nak cari redha siapa. Allah ke manusia? "

Dush Dush Dush!

Dan, aku sangat setuju lah dengan apa yang dia kata. Kalau kita asyik fikir apa orang kata, memang sampai bila langkah tu tak bermula.

" Kalau aku pakai tudung labuh, nanti orang panggil aku ustazah. "

" Kalau aku semangat bangun pagi pagi nak pergi subuh, nanti diaorang cakap aku ni bajet alim nak tunjuk hebat depan semua orang. "

" Kalau aku pandai baca quran, nanti orang kata nak tunjuk pandai kat depan pak mertua lah tu. "

Erk. Sudah cukup sudah *lirik lagu*.

Berhenti lah jadi orang yang terlalu fikirkan apa orang kata.

Mahupun. Menjadi seorang yang sibuk berkata pasal perubahan orang lain.

Macam mana pengajaran dalam surah al masad bercerita tentang abu lahab dan isterinya, cukup buatkan kita semua ambil pengajaran bahawa KALAU KITA TAK NAK KEBAIKAN, JANGAN HALANG ORANG LAIN NAK BUAT KEBAIKAN!

Makanya,
Buat kalian dan anda yang tengah membaca. Selamat bermujahadah menempuh mehnah!

Benar. Nak berubah tu memang perit. Kadang kadang, kita tetap akan kembali kepada diri yang lama. Apatah lagi dalam kita dulu kala nak belajar naik basikal pon mula mula pakai tiga tayar kat belakang.

Lagi lah untuk kita belajar dari kehidupan kan. Bukannya perlukan masa yang singkat.

Dan ketahuilah.
Bak kata orang ramai,
Mujahadah itu benar benar rasa perit.
Kerna syurga itu manis!


Mereka duduk di dalam syurga itu di atas takhta takhta bertatahkan permata.
Sambil berbaring di atasnya berhadapan.
Mereka dilayani oleh anak anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) yang sentiasa beredar di sekitar mereka.
Dengan membawa piala piala minuman serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir.
Mereka tidak pening kepala dan tidak pula mabuk kerana menikmatinya.
Dan juga dibawakan kepada mereka buah buahan dari jenis jenis yang mereka pilih.
Serta daging burung dari jenis yang mereka ingini.
Dan mereka dilayani bidadari yang cantik paras rupanya.
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik baiknya.
- Surah waqiah : ayat 15 sampai 24 -

Cukuplah.
Ayat ayat ini menjadi bukti.
Bahwa syurga itu punya nikmat tak terperi.
Dan kita.
Dua pilihan diberi.
Nak ikut kata mereka mereka yang sibuk mengata sana sini.
Atau pon.
Berubah untuk menggapai redha Ilhahi.
Agar di Syurga tempat kita kembali!

Wallahualam.

Saturday 15 February 2014

Kenapa SUPERSAIYA?

Oh, maaf! Buncit bukan penghalang untuk saya jadi supersaiya. Wallaweh!
Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah. Kalam mulia pembuka bicara. Semoga Allah terima setiap satu yang saya nak lakarkan atas blog ini.

Post pertama saya di sini. Terasa agak kekok jugak yee. Ye lah. Kali pertama muncul dengan gelaran yang entah apa apa. Tapi, maaf. Ada kisah di sebaliknya. Nak tunggu apa? Mohon sabar kita habiskan cerita dulu yee :D

Ini bukanlah blog pertama saya. Blog yang ketiga jugak lah kot. Blog pertama saya dah buat, lepas tu delete. Blog sejak saya tingkatan 3. Tika mana boleh kata satu batch lah jugak ada blog nya. Riang ria musim blog waktu tu. Komen sini sana sampai dah jadi tempat chat dan komen tu. *haa. boleh bayang tak dahsyatnya macam mana.*

Dan. Setelah beberapa kali buat percubaan untuk menulis secara serius. Makanya, insyaAllah. Ini adalah jawapannya. Bukan sekadar suka suka melakar cerita. Tapi, punya misi untuk kita sebarkan pada semua yang sudi membaca hasil tulisan insan yang tak seberapa.

Jadi, terus kepada persoalan.

" Abang Supersaiya oh abang Supersaiya. Kenapa dipanggilnya diri abang supersaiya. Perasan bagus sangat ke apa. "

Pergh Pergh Pergh.

Pening jugak sebenarnya kepala nak fikir nama apa yang sesuai dengan sensitiviti masyarakat kini. *gitu seriusnya. ohoi!*

Tapi alhamdulillah. Dia hadirkan jugak ilhamnya.

Jadi, lagi sekali. Kenapa supersaiya?

Kerna saya bercita cita untuk menjadi 'penyelamat' untuk mereka mereka kat luar sana. Mutakhir ini, semakin menjadi jadi kes sini sana sampai menggegarkan media kita.

Anda rasa sebab apa?

Bagi saya, kerna tak ada penyelamat penyelamat yang mampu menyelamatkan mereka. Dengan erti kata lain, membawa mereka keluar menuju ke syurga.

" Hamboi, abang supersaiya! Dah layak masuk syurga ke? "

Okay terima kasih untuk soalannya T.T

Memang. Memang saya sendiri pon tak layak lagi nak membawa anda semua masuk syurga kerna saya pon tak tahu dapat merasai nikmatnya ke tidak.

Tapi sekurangnya kan, kita mencuba. Mencuba. Untuk membawa diri kita ke sana. Mana ada orang nak masuk neraka kan? *kenyit kenyit mata*

Jadinya, insyaAllah. Bukanlah dengan tulisan tulisan saya ini nanti mampu mengubah terus masyarakat. Sekurangnya dengan harapan. Dapatlah berkongsi apa yang dah berlaku di sekeliling saya. Supaya dapat kita berkongsi bersama. Dan sebarkan pada alam semesta! :)

Dua tiga kucing berlari.
Mohon tunjuk ajar saudara saudari.

Ewah!

Doakan untuk saya!
Semoga dapat terus istiqamah.

Serta dapat berjinak dan tetapkan diri dengan jalan serba panjang ini!