Monday 17 February 2014

Berubah. Jatuh. Bangun. Tersadung.

Psst. Nak cakap awal awal. Kata ganti diri pertama yang akan digunakan sepanjang penulisan adalah AKU yee. Mohon jangan terpedaya dengan post pertama. Itu sekadar permulaan. Jadi, kena lah skema sikit. Macam tuuuh!

Berubahlah. Walau selangkah!
Bismillahirrahmanirrahim.

Kata orang, nak berubah kena mujahadah.

Kata orang lagi, nak berubah kena istiqamah.

Orang pon berkata jugak, nak berubah kena ada biah solehah (suasana yang baik)

Mereka pon berkata, nak berubah kena lah mula dengan diri sendiri yang melangkah.

________________________________________________________

Betollah kot apa yang orang orang kat atas ni berkata. Mana mungkin, seseorang tu mampu untuk berubah bila mana dia sendiri tak tekad untuk berubah. Apatah lagi, tak pernah rasa untuk berubah.

Mana mungkin seorang yang dulunya tudung tiga segi jarangnya menembusi badan mampu untuk berubah kalau masih berkawan dengan mereka yang pakai tudung ada bonggol atas kepala.

Mana lah boleh seorang yang tekad nak bangun subuh berjemaah kat masjid boleh bangun selagi mana duduk dengan mereka mereka yang subuhnya bukan gajah saja. Tapi dah jadi dinasour.

Apatah lagi. Seseorang yang tak pandai baca quran, nak pandai baca quran dengan bergurukan seorang yang tak pernah tahu apa itu quran.

Aku selalu teringat mahupun tersemat dalam jiwa lapang aku akan kata kata seorang yang rapat dengan aku.

Kata dia,

" Kalau kita nak berubah. Tok sah lah duk pikiaq apa orang nak kata pasai kita. Biaq pi je lah apa depa nak kata. Yang penting, kita nak cari redha siapa. Allah ke manusia? "

Dush Dush Dush!

Dan, aku sangat setuju lah dengan apa yang dia kata. Kalau kita asyik fikir apa orang kata, memang sampai bila langkah tu tak bermula.

" Kalau aku pakai tudung labuh, nanti orang panggil aku ustazah. "

" Kalau aku semangat bangun pagi pagi nak pergi subuh, nanti diaorang cakap aku ni bajet alim nak tunjuk hebat depan semua orang. "

" Kalau aku pandai baca quran, nanti orang kata nak tunjuk pandai kat depan pak mertua lah tu. "

Erk. Sudah cukup sudah *lirik lagu*.

Berhenti lah jadi orang yang terlalu fikirkan apa orang kata.

Mahupun. Menjadi seorang yang sibuk berkata pasal perubahan orang lain.

Macam mana pengajaran dalam surah al masad bercerita tentang abu lahab dan isterinya, cukup buatkan kita semua ambil pengajaran bahawa KALAU KITA TAK NAK KEBAIKAN, JANGAN HALANG ORANG LAIN NAK BUAT KEBAIKAN!

Makanya,
Buat kalian dan anda yang tengah membaca. Selamat bermujahadah menempuh mehnah!

Benar. Nak berubah tu memang perit. Kadang kadang, kita tetap akan kembali kepada diri yang lama. Apatah lagi dalam kita dulu kala nak belajar naik basikal pon mula mula pakai tiga tayar kat belakang.

Lagi lah untuk kita belajar dari kehidupan kan. Bukannya perlukan masa yang singkat.

Dan ketahuilah.
Bak kata orang ramai,
Mujahadah itu benar benar rasa perit.
Kerna syurga itu manis!


Mereka duduk di dalam syurga itu di atas takhta takhta bertatahkan permata.
Sambil berbaring di atasnya berhadapan.
Mereka dilayani oleh anak anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) yang sentiasa beredar di sekitar mereka.
Dengan membawa piala piala minuman serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir.
Mereka tidak pening kepala dan tidak pula mabuk kerana menikmatinya.
Dan juga dibawakan kepada mereka buah buahan dari jenis jenis yang mereka pilih.
Serta daging burung dari jenis yang mereka ingini.
Dan mereka dilayani bidadari yang cantik paras rupanya.
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik baiknya.
- Surah waqiah : ayat 15 sampai 24 -

Cukuplah.
Ayat ayat ini menjadi bukti.
Bahwa syurga itu punya nikmat tak terperi.
Dan kita.
Dua pilihan diberi.
Nak ikut kata mereka mereka yang sibuk mengata sana sini.
Atau pon.
Berubah untuk menggapai redha Ilhahi.
Agar di Syurga tempat kita kembali!

Wallahualam.

4 comments:

Anonymous said...

Manthapp. (y)

Unknown said...

Anonymous,
Syukran! :)

Anonymous said...

aku ta setuju dgn yg ni
Mana mungkin seorang yang dulunya tudung tiga segi jarangnya menembusi badan mampu untuk berubah kalau masih berkawan dengan mereka yang pakai tudung ada bonggol atas kepala.

dgn sapa pown kau berkawan kalau kau nak berubah tak da sapa yang boleh halang. :D

Supersaiya said...

Anonymous,

Heh terima kasih atas kritikannya.

Baiklah, kita tak nafikan yang kita boleh berubah sekiranya kita berkawan dengan mereka. Saya tak maksudkan kena jauhkan diri kita dari mereka. Sama sekali tidak.

Cumanya, apa kata kita tambah kawan. Cari kawan yang bertudung labuh litup penuh. KErna, environment is the best teacher ever kan? :)

Makanya, perlu kepada biah (suasana) tu untuk jadi pendorong kita berubah.

Jelas ke? Maaf kalau lambat responnya. Kalau tak setuju, boleh bincang di medan lain.

Fb saya : Muhammad Mu'az gambar pakai baju sekolah.

Syukran walau siapa pon anda, anonymous :)