Sunday 23 February 2014

'buku' itu punya KUASA!

Satu muka. Seribu makna! Hoyeah! 

" Ummi nak kamu jadi seorang AlHafiz. Jaga quran elok elok. "

" Erm... InsyaAllah, saya cuba. "

" Ummi nak kamu yang boleh tarik ummi abah nanti masuk syurga. "

" Erk, ummi. Beratnya. "

" InsyaAllah. Kamu boleh. Ummi yakin! "

__________________________________________

Perbualan yang digubah. Oleh aku.

Beberapa tahun lalu, aku pernah terjebak menjadi mangsa. Mangsa kepada sebuah pertubuhan tahfiz di sekolah lama aku. Bayangkan. Menjadi seorang mangsa kepada benda yang aku tak pernah sangka aku akan terjebak ke dalamnya. 

Semuanya bermula waktu aku tingkatan 1. Dengan gatal tangannya, aku ambil borang yang entah aku jumpa kat mana. Dan tak semena mena aku isi dengan semangatnya. Seingat aku, tak bagitahu ummi abah aku. Main isi seakan aku pulak jadi abahnya. Dengan semangat dan yakin, hantar surat yang telah diisi.

Tak berapa lama, permohonan aku diterima. 
Dipendekkan cerita. 
Aku lulus ujiannya. 

Terus. Menjadi salah satu mangsa kepada sebuah pertubuhan tahfiz di sekolah aku. 
Tahu kenapa menjadi mangsa?

Kerna dalam 5 tahun aku bersama pertubuhan tahfiz ini, aku menjadi mangsa keadaan. 

Dikerahkan untuk menghafaz sehari sekurangnya satu muka. Lepas tu aku dibasuh tentang kepentingan menjadi seorang hamlatul quran. Dikerahkan lagi untuk murajaah sekurang satu minggu satu juzuk. Diselitkan lagi dengan program program yang membina motivasi.

Memang. Aku menjadi mangsa yang dikerjakan.
Supaya aku bisa menjadi seorang hamlatul quran. 

___________________________________________________

Sekolah lama aku kecil saja. Kalau sekali pandang, memang tak nampak sekolah aku. Sebab dikeliling dengan sekolah yang gah dan universiti yang indah. Belakang sekolah aku boleh kata hutan lah. Tapi, kalau kau tanya aku, apa benda yang paling manis waktu sekolah dulu. 

Aku akan jawab.

" Manisnya berjuang menjadi hamlatul quran. "

Sekolah aku bukan sekolah tahfiz. Hanya sekolah harian biasa. Kelas tahfiz yang diadakan hanyalah tiga hari seminggu. Dan hampir setiap hari tika cuti panjang dan beberapa malam pada hari jumaat. 

Kau tahu kenapa alquran ini jugak punya kuasa?

Meh aku buktikan kepada alam semesta!

____________________________________________________

KISAH 1.

Pernah satu hari tu,

Aku rasa susah sangat nak menghafal muka surat baru. Bukan setakat setengah muka, beberapa ayat pon aku rasa susah nak masuk. Menangis nangis aku cuba untuk hafal. Tetap tak dapat jugak. Akhir sekali, aku putus asa jugak. Aku cuma hafal secara dasar je. Maksudnya, secara sepintas lalu. 

Esoknya, pergi ke kelas tahfiz. Memang tak bersedia apa apa. Sebelum pergi tasmik (dengarkan) hafalan muka surat yang aku baca semalam, aku cuma ulang beberapa kali muka surat tu. Baca yee, bukan secara tutup quran kemudian baca. Aku BACA muka surat tu. 

Tak sangka. Lepas beberapa kali aku baca, perasaan yakin datang tiba tiba. Aku tutup quran nya. Dan cuba baca ayat yang aku hafal. Secara tak sangka, aku habiskan jugak satu muka surat. Pergi tasmik depan ustaz. Dan alhamdulillah, aku lancar tasmiknya!

___________________________________________________

KISAH 2.

Dulu, aku pernah dibebankan untuk menjawat satu jawatan yang aku rasa sangat besar lah untuk insan kerdil macam aku ni. Biasalah, bila dah ada bebanan. Memang ada masa kita akan jatuh kerna rasa kita tak mampu buat yang sebaiknya.

Dan pernah jugak satu hari tu. Aku stress tahap giga. Tak turun rehat. Tak makan. Tak bergaul dengan siapa siapa.

Pergi surau. Solat sunat dua rakaat. Tetap tak bagi apa apa kesan buat aku.

Betapa. Aku rasa kerasnya hati aku waktu tu.

Habis rehat, naik ke kelas. Tengok kelas masih kosong. Aku baca quran.

Tak semena mena. 
Air mata laju turun. 

Rasa kerdil sangat.
Dalam masa yang sama dapat 'recharge' semangat balik. 

______________________________________________________

Cerita ini bukan aku reka semata mata. 

Perkara yang pernah berlaku depan mata dan dirasai sendiri dengan jiwa. 

Pernah tak. 

Kau baca cerita superman ke spiderman ke batman ke.

Atau mana mana cerita fantasi lah.

Dan satu hari tu, 

Kau memang tengah perlukan pertolongan ke apa. 

Sangat sangat perlukan.

Dan waktu tu kau sendiri.

Kau rasa dah nak mati.

Tiba tiba, datang lah superman selamatkan kau.

Secara REALITI. 

_________________________________________

Heh, senyum manis.

Maksud superman tu, bukanlah superman yang pakai seluar dalam kat luar.

Dan pakai kain terbang kat belakang tu yee.

Superman tu maksud aku adalah penyelamat.

Tak kisah lah siapa dia.

Dan bila dia selamatkan kita waktu tu,

Kita rasa dia adalah superhero mahupun supersaiya *flip hair tetiba* buat kita. 

______________________________________

Macam tu lah jugak, quran.

Bukanlah maksud aku,

Quran itu yang beri kita kuasa.

Dalam tajuk kat atas, aku dah tulis.

Yang quran pon ada kuasa.

Kuasa yang bila mana tika kita resah,

Ayat ayat yang terkandung di dalamnya buatkan hati kita tenang.

Tika mana kita berada dalam keadaan serabut.

Kalam kalam yang tersurat di dalamnya buatkan minda kita kosong. 

Tika mana kita rasa satu dunia mengecam kita.

FirmanNya menceritakan bahawa kita punya Allah di sisi sentiasa.

_______________________________________

Inilah maksud aku kuasa kuasanya. 

Aku ingat lagi.

Perbualan aku dengan ustaz tahfiz aku tika mana aku sendiri rasa nak putus asa. 

" Ustaz, ana rasa down. Banyak sangat hafal. Tapi tak banyak pon ingat qurannya. Tambah tambah lagi banyak buat dosa. "

" Nta kena terus mencuba. Kalau tak murajaah (mengulang) memang lah tak ingat. Kalau tak cuba untuk buang atau kurangkan dosa, memang lah rasa terbeban. "

Aku tertunduk. Ustaz tambah lagi.

" Nak menghafal, hati kena bersih. Nta tak nak ke jadi keluarga Allah. Atau pon jadi seorang yang boleh tarik orang lain masuk syurga. Dan jugak. Pakaikan mahkota untuk ummi abah nta kat akhirat sana. Bila lagi nta nak buktikan yang nta boleh. "

______________________________________

Kerna bagi aku,

Quran adalah salah satu benda yang paling mudah.

Untuk kita dapatkan kembali 'kuasa' kita.

Untuk kita kuat kembali seperti mana dulu.

Dan jugak.

Untuk kita rasakan bagaimana bicara Allah sama kita.

Tak perlu pon aku rasa.

Pergi jauh jauh semata nak tenangkan fikiran.

Memanglah perlu untuk secara ala kadarnya.

Tapi ketahuilah.

Alquran ini pon punya kuasa sendiri.

Nak tahu macam mana?

____________________________________

Untuk mereka yang dah lama tak baca quran,

Cuba sekali kamu baca quran dan maknanya,

Tengok apa yang akan kamu rasa.

Dan jugak.

Untuk mereka yang setiap hari baca quran.

Cuba sehari kau tinggalkan.

Tengok pulak apa yang akan kita rasa.

____________________________________

Percayalah.

Quran ini punya kuasa.

Kena kau sendiri membaca dan mentadabbur maknanya.

Baru kau akan tahu apa itu sebuah 'kuasa'.

Wallahi.

Mana mungkin seorang supersaiya itu bisa menipu alam semesta!

Dan aku.

Rindu tika mana semua orang sibuk membaca quran walau di mana mana.

Kejar mengejar dalam membaca dan menghafal quran.

Serta saling mengingatkan tika mana ada yang lupa membacanya.

Semoga.

Di akhirat nanti,

Quran ini bisa juga menjadi salah satu penyelamat kita.

JOM.

SATU HARI SEKURANGNYA SATU MUKA! :)

 “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Al Isra : 9)

2 comments:

Ammar said...

Ouch. jazakallah Mr Supersaiya!

Anonymous said...

haa burn dengan post ini..
teringin na jadi hafiz quran mcm supersaiya. doakanla ya..