Sunday, 23 November 2014

Be'rehat'lah dalam berjuang.




"Makin lama 'rasa' aku kat ekonomi makin kurang. Semangat makin hilang."

"Kenapa?"

"Entah. Kadang kadang rasa nak pulang. Balik Malaysia. Dah malas belajar."

"Erm biasa lah tu. Kadang kita sibuk sangat berjuang. Sampai lupa kita ni orang. Kita ada juga lebih kurang. Jadi bila dah rasa penat berjuang. Rehatlah sebentar. Tapi jangan terus menghilang."

"So boleh la eh aku hilang?"

Dia senyum....

"Boleh. Tapi....."

"...?"

"Jangan sampai terus hilang. Nanti dunia tak dapat. Akhirat lagi lah lambat. Takut tak sempat taubat!"

"..."

_______________________________________

Kadang kadang.

Aku rindukan diri aku yang dulu kala. Buat kerja tak pernah tangguh. Sibuk macam mana pon, akan cuba cari masa. Langsaikan kerja. Study walau kejap cuma. Masa penuh diisi sentiasa. Walau apa pon berlaku, tetap kena belajar. Study last minute bukan aku punya jenis diri manusia.

Tapi sekarang.

Seakan aku dulunya menghilang. Semua benda tak boleh nak fokus. Tu yang kekadang. Semangat belajar tu mula hilang. Sampai sekarang. Aku masih mencari. Kat mana sebenarnya silap dan salah aku selama mana aku belajar jauh dari family.

Tapi ummi abah tetap ada.

Aku tak sangka. Abah ni memang jenis romantik jugak dengan anak bujang dia. Bila mana aku mengadu sikit. Mesti ada je mesej panjang berjela yang dia akan bagi. Lagi panjang dari ummi pulak tuh! Diam diam ubi berisi rupanya abah aku ni 8-)

Keputusan exam pertama.

Heh macam biasa. Mesti turun serendahnya. Bila aku cerita kat ummi abah keputusan aku. Pastinya tak akan dimarahi atau dileterinya anak bongsu diaorang ni.

"Takpe. Exam kedua nanti tingkatkan lagi. Asalkan tak fail."

"Susah? Biasa lah tu exam." Haha ayat ni aku paling suka. Dari abah semestinya! :D

"Jangan tinggal qiyam, solat subuh dengan benda sunat." Ummi. Sentiasa dengan tembakan tepatnya --"

___________

Akhirnya aku mengerti.

Seperti mana tika nabi dulu pernah juga rasa jatuh saat wahyu tak turun lamanya. Saat nabi para sahabat dulu kala sering tertanya bila islam itu akan menang sebenarnya.

Akhirnya aku merenung kembali.

Kadang aku sibuk berlagak kuat. Sibuk berlagak semua benda boleh buat. Sibuk senyum sentiasa kononnya nak kata masalah yang kau hadapi ni sebenarnya picisan cuma. Depan adik adik, kau berlagak tenang kononnya tak boleh tunjuk kau lemah depan diaorang.

Dan akhirnya aku memahami.

Dalam jalan juang ini. Pastinya akan ada masa kau akan jatuh sehabisnya. Nak putus asa dari segalanya. Nak menjauhkan diri dari ramai manusia. Sehinggakan kau rasa. Tak akan ada sesiapa memahami kau punya cerita!

Namun kau tahu sebab apa?

Kerna kau ego! Kononnya kau rasa mereka ni tak bisa membantu kau apa apa. Belajarlah. Untuk turunkan ego saat mana kita hadapi masalah. Kita adalah manusia. Sampai bila kita nak merasa kononnya kita lah paling kuat dalam kalangan kita semua.

Apa guna.

Berlagak kuat dan tenang. Sedangkan dalam kelas. Fokusnya menghilang. Saat bersendirian, maksiat sini sana dibuat hanya kerna tak rasa tenang. Fahamilah. Diri yang kita sedang dipakaikan ini. Adalah sebuah jiwa nurani seorang manusia!

Bukan niat aku.

Nak katakan, maka boleh lah sentiasa untuk down. Bukan itu yang aku nak kalian fahami. Cuma kadang kadang. Aku penat. Dengan manusia yang berlagak hebat dan kuat. Pendam rasa contohnya dia boleh selesaikan masalah ini secara sendiri.

Tapi saat mana masalah itu makin memberat. Maka mula lah. Dia orang pertama yang menghilangkan diri entah ke mana. Akhirnya, tak dapat dijejaki seantero dunia.

Fahamilah.

Kita adalah manusia. Yang memang Dia beri ujian sentiasa. Maka. Fahamilah. Hak diri kalian.

Tak salah.

Kita berhenti sebentar. Berehat. Koreksi diri saat kita lelah dalam berjuang.

Tapi janganlah.

Sampai terus menghilang.

Belajarlah.

Memahami diri sendiri.

Turunkan ego yang mencanang tinggi.




Ikhlas dari aku,
Yang pernah dan juga sedang ego dengan diri sendiri

2 comments:

Star Sky said...

fi amanillah muaz.

Anonymous said...

EGO. Perkataan paling payah nak describe. tapi belajar untuk turunkan ego itulah yang paling susah kita sebagai manusia nak buat.

lower your gaze, see surrounding, and fell the bless what Allah has given to you. Say ALHAMDULILLAH.

Keep smile. Be Grateful. ^_^

Moga Allah mudahkan urusan.