Wednesday 30 April 2014

Burung berkicau di pagi hari,


Di sana.

Aku melihat.
Umat islam sedang berjuang hebat.
Ditindas dibunuh hingga badan disiat siat.
Tak cukup dengan berjuang hingga penat.
Tidur panjang bukannya ubat.

Kanak kanak, orang tua mahupun perempuan.
Dibunuh tanpa belas kasihan.
Peluru dilepaskan.
Pisau ditusuk terus ke badan.
Bom dicampak bertaburan.
Apakah ini makna kemanusiaan?

Pagi petang siang malam berjuang.
Seakan tidur tiada dalam kamus seorang pejuang.
Terus menerus mempertahan bumi yang tak pernah lekang.
Dengan bakal syuhada yang tak pernah henti berjuang.

Di sini.

Kisahnya jauh sekali
Dengan umat yang sedang sibuk sekali.
Dengan urusan duniawi.

Nyawa nyawa diragut dengan kehidupan dunia.
Maksiat. Jahiliyyah. Dosa.
Terpampang bangga sini sana. 

Kemalasan berada tahap maksima.
Saf saf penuh dengan orang tua.
Ke mana perginya para pemuda? 

" Ketika kami bakar masjid Al Aqsa, aku tak dapat tidur sepanjang malam kerna takut bangsa arab datang berduyun menyerang kami dari pelbagai pelusuk. Tapi apabila terbit mentari berikutnya, tahulah aku kami mampu untuk lakukan apa saja yang kami mahu. Kerna kami berada di hadapan umat yang lena. "
- Golda Meir, Perdana Menteri keempat Israel-

Umat yang lena.
Umat yang lena.
Umat yang lena.

Kadang.

Jauh di sudut hati.
Aku ingin melihat islam itu bangkit sempurna kembali.
Menghidupkan kembali hati hati yang mati.
Menyemarakkan lagi semangat pemuda yang tak takut mati.
Menjadikan islam kembali tertinggi.

Namun.

Melihat aku pada hari ini.

Solat jemaah lompong sana sini.
Dalam kelas berkhayal tak ingat siapa diri.
Putus asa sentiasa menguasai hati.
Dosa Jahiliyyah Maksiat bersarang penuh dalam diri.

Apakah layak sebenarnya?

Untuk aku pohon minta kepada ilahi.
Menjadi ahli syurga hakiki.
Dalam keadaan tak ingin mengubah diri.

Bukannya kita tak pernah hayati.

Kisah sahabat para nabi.
Berjuang hingga ketemu mati.
Supaya islam bisa masuk ke setiap hati.

Pernah sedar?

Seakan sekelip mata cuma.
Berbekal diri kita tak seberapa.
Menghancurkan perjuangan mereka.

Dengan permainan dunia kita.
Dengan sikap malas kita.
Dengan sifat tak ambil kisah kita.

Sekelip mata.
Sekelip mata.

Islam hancur sepenuhnya.
Hanya kerna ragutan dunia.
Oleh tangan tangan kita.

Ohoi.

Apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa mereka di sana.
Ditentang hebat tak kira masa.
Hingga ke tali gantung akhirnya.

Enam Lapan Tiga.
Menjadi saksi buat kita.
Bakal bertambah lagi ahli syurga.
Makin bertambah yang bisa merasai nikmat sebenarnya.

Apakah.
Punya ruang di syurga untuk orang macam kita?
Yang berjuang pon naik turun semangatnya.

Allah.
Entah kenapa.

Sejak dua menjak.
Bersalah datang menerpa.
Kepada dakwah, islam dan sejagatnya.
Seakan terasa aku adalah bebanan mereka.

Wahai.

Bila lagi kita nak duduk di takuk yang lama?
Bila lagi kita nak ubah jiwa dan hati kita?
Bila lagi kita nak siapkan diri hadapi mati yang entah bila bakal kunjung tiba?

"Tak best sebenarnya ikut jalan dakwah ni. Kita akan rasa terkongkong. Kita akan rasa banyak benda kita tak boleh buat. Tapi, kita kena yakin. Dengan apa yang kita buat ni, syurga adalah ganjarannya. Tapi susah kan nak luruskan niat sentiasa?"
-Saudara XYZ-

Syurga.
Syurga.
Syurga.

Semoga bisa kita ketemu.

"Allah menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaanya ; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar"
(Surah Taubah : Ayat 72)

Menolak segala alhawa.
Melepaskan segala gari gari dunia.
Membebaskan dari jahiliyyah yang bersarang lamanya.
Membersih diri dari maksiat penuh noda.

Jujur.
Tak mudah seperti apa yang disangka!

Benarlah.
Syurga itu untuk mereka yang tak kenal putus asa!

Sunday 27 April 2014

Hatilog

Disklaimer :
 Ini adalah post campuran manis masin garam gula. Jadi, kalau dah rasa loya dan alergik, aku nasihatkan tak payah baca. Takut nanti gatal kesan alergiknya, tak sembuh pulak nanti. bila jumpa doktor =)






Secara jujurnya, aku bukanlah orang yang pandai dalam menasihat. Apatah lagi dalam bagi orang semangat. Tapi bila mana orang luah masalah dekat aku, aku cuba. Cuba untuk letakkan diri aku dalam tempat dia yang sedang merasa peritnya.

Part paling 'lemah' bagi aku adalah bila mana, tengah sibuk sibuk berborak, tiba tiba ada yang menangis tak tentu pasal. Waktu tuuu, kau akan rasa seakan.... Apa yang kau cakap ni betol ke salah sampai buat orang lain menangis -_-

Tapi..

Itu bahagian aku dalam beri nasihat. 

Orang kata,

" Kita ni cakap senang. Bila nak kena beramal, bukan main sorok sorok belakang. "

Ada jugak orang lain cakap lagi,

" Kita ni ramai sangat dah orang pandai berkata kata, tapi kurang sangat orang beramal dengan apa dia kata. Kalaulah semua orang beramal dengan apa dia kata, mesti dah tenteram kan dunia? "

Terbakar?

Heh itu lah aku, kau, dia dan mereka. 

Aku bukannya jenis yang bersemangat sentiasa. Apatah lagi nak fokus dalam sesuatu perkara. Buktinya, kalau dalam kelas tu, tak sampai lima minit mula lah fikir benda luar kelas. Bukan setakat kelas, tapi dah terbang aku rasa imaginasi aku sampai Malaysia.

Sedar sedar, dah habis masa kelas -_-

Nampak tak sebenarnya kita ni macam mana. Kalau part memberi, bukan kita mudah nak tawarkan diri dalam buat sesuatu perkara. Tapi bila kena beramal dengan apa yang ada, bukan susah tak terkata. Ohoi manusia nya kita!

" Sesungguhnya yang paling takut antara kamu adalah mereka yang berilmu. "
(Fatir : 28)

Akhirnya, aku mula mengerti makna di sebalik ayat quran atas ni.

Kadang kadang, aku sendiri terfikir.

Akan berguna ke selama ni ilmu yang aku belajar dari kecil sampai sekarang. Kalau nak hitung ikut umur, dah 19 tahun lebih aku menuntut ilmu. Secara langsung mahupun tak langsung. Secara dalam kelas pembelajaran. Mahupun melalui kehidupan.

Tapi kadang kadang aku pon tertanya dan buatkan aku terduduk seketika,

Makin banyak ilmu aku miliki, makin banyak persoalan Allah kat akhirat nanti.

" Kau ni pelajar syariah, tapi kenapa nak solat berjemaah pon susah? Maka, pergi lah kau ke neraka! Kerna ilmu penuh di dada, tapi tak amalkan langsung apa yang kau ada! "

Nauzubillah. Cuba bayangkan. Cuba bayangkan. Cuba bayangkan. 

Kata kata ini Allah lemparkan sendiri kat kita di akhirat nanti. 

" Bukannya susah nak masuk syurga kan? "

" Erm senang jugak sebenarnya nak masuk neraka. "

" Tak boleh ke kalau kita tak masuk mana mana. Serius takut je rasa. "

" T.T "

Perbualan aku dengan dia tika dulu. 

Kalau ditanya,

Layak ke sebenarnya aku masuk syurga. Dengan lafaz yang sering aku ungkapkan buat mereka,

" InsyaAllah. Kalau tak kat sini, kita jumpa kat syurga. "

Tapi hakikatnya,

Seakan aku rasa jauh sebenarnya aku dari syurga. 

" Perumpamaan orang yang dapat masuk syurga tu, ibarat kita cabut bulu biri biri dari badan dia guna satu tangan. Bulu yang dicabut yang ada kat tangan kita tu lah ibaratnya ahli syurga. "

Perumpamaan yang ustaz aku pernah bagi satu tika dulu.

Kalau tolak dengan nabi, sahabat, rasul, syuhada, bayi, dan siapa entah lagi yang aku tak kenal jasanya, muat ke sebenarnya syurga untuk orang macam aku?

________________________________________________

Waktu tu, aku tengah syok baring kat surau.

Tiba tiba datang dia baring kat sebelah aku.

" Muaz, kau jangan putus asa. Hidup tetap kena teruskan. Memang dalam berjuang kita kena berkorban. "

Seakan. Dia tahu apa yang sedang aku fikir dan rasa.

" Pergh. Tu lah. Cakap senang kan. Susah gila nak berkorban kau tahu. Lagi lagi nak ikhlas. "

" Ikhlas tu datang lepas kita berkorban. Kena lah berkorban dulu kalau nak ikhlas. "

" Erk. Apahal pulak. Kalau tak ikhlas, lagi lah tak dapat pahala. "

" Sebab tu kena buat jugak. Mana lah tahu tengah berkorban tu datang rasa suka buat benda tu. Kan dah jadi ikhlas secara tak sengaja. "

" ..... "

_________________________________________________

Heh. 

Apapon, hidup tetap kena teruskan.

Walau apa yang datang menimpa.

Selagi mata tak kunjung tiba.

Tetapkan lah jiwa hati kalian semua.

Agar layak untuk dinobatkan anugerah syurga.


Selamat tinggal, April.

Selamat datang, Mei.

Selamat mendekati aku, mati.

Monday 21 April 2014

Kau nak jadi apa?

Acah acah motivasi.

" Muaz, kalau dah besar nak jadi apa? "

Bagi aku, antara soalan paling susah bila nak jawab. Selain daripada " Muaz bila lagi? " -_-

Dulu kecik cili api dan padi, aku pernah berfikir nak jadi seorang Cikgu. Entah kenapa. Mungkin waktu tu suka tengok ummi ke sini sana kot.

Lepas tu, bila dah makin besar dan matang *semoga*, mula pasang cita cita secara serius. Ingat lagi, tika mana Ustaz Isharuddin mintak masing masing tulis cita cita dan gelaran yang setiap dari kitaorang inginkan, untuk nak tampal kat pintu masuk. Jadi, setiap kali nak masuk. Kita akan baca dan jadi semangat nak kejar cita tu. 

Maka, dengan muka tebalnya, aku tulis lah. 

Cita Cita : CEO
Gelaran : YAB Tan Sri Dato Dr Haji Muhammad Mu'az bin Omar.

Pergh, bila ustaz keluarkan senarainya, nama aku jadi paling panjang :3 Mula mula semangat lah baca setiap kali sebelum nak masuk kelas. Tapi bila dah lama tu, rasa segan pon ada. Mana taknya, letak kat luar kelas. Setiap kali orang lalu, mesti baca. Dan tetiba nama aku panjang berjela. Mana tak bajetnya?

Tapi itu lah impian kan. Kalau ikut apa yang aku nak, aku sedang usaha ke arah tu lah. Memang dah lama pasang niat. Nak bina sebuah syarikat. Spesifik lagi, Syarikan Islam yang dalam dia punya sistem DnT. Huh. Kononnya lah. 

Bila lama dah lama belajar kat sini, minat tu seakan naik turun. Kejap rasa nak jadi cikgu kat AlAmin. Kejap nak jadi itu ini. Sebab melihat kat aku sendiri, yang kadang kadang malas nak menelaah ilmu pasal ekonomi ni. Dalam kelas pon boleh menerawang tempat lain -_-

Pernah je tanya ummi *seingat aku lah*,

" Ummi nak Muaz jadi apa? "

" Jadi anak yang soleh, yang boleh infaqkan diri untuk ummah. "

" Lagi? "

*saja cari pasal lagi kan aku ni*

Kelu. Diam. Sampai sekarang kalau tanya abah ummi. Memang tak akan lari lah jawapan dia. Mungkin baru aku sedar. Perspektif aku dan mereka sangat berbeza. Kalau tengok latar belakang mereka, bagi aku tak ada lah tinggi mana jawatan mereka.

Tapi apa yang tinggi pada mereka, adalah nilai manusia. Menjadi anak yang soleh buat kedua ibubapa mereka. Bina persekitaran Islam dalam keluarga mereka sendiri dan banyak lagi lah.

Mungkin. Betollah kot aku kira. Kadang kadang, kita nak terlalu kejar sesuatu yang dunia kan. Sampai tak nampak benda yang lebih bermakna yang patut kita sumbangkan kat dunia. *okay ayat aku*

Tanpa menafikan penting punya cita cita berbentuk materialistik macam nak duit banyak, gaji besar dan sebagainya. Kerna aku tahu, benda tu pon penting sekarang.

Cuma entah lah. Kadang kadang takut jugak, bila dah kerja besar besar nanti, ke mana aku agaknya. 

" Ummi nak Muaz bawak masuk keluarga kita ke syurga. Tu cita cita dan harapan ummi. "

Tipulah kalau aku tak rasa beratnya. Tapi aku suka dengan gaya ummi. Selalu fikir dari perspektif berbeza. Benar lah kan. Kalau kita nampak islam yang utama, mesti yang lain akan menyusul tiba.

Kalau kita nak jadi seorang doktor, biarlah kita jadi seorang doktor yang merawat hati ummah jugak. Dengan manfaatkan masa yang ada dengan pesakit.

Aku pon masih cuba untuk kuatkan diri, tekadkan hati. Untuk teruskan apa yang aku dah mulakan. Walaupun aku agak lambat mula kalau nak dibandingkan dengan kawan kawan aku kat sini yang ilmu ekonomi mereka dah luas berjela.

Tapi, aku tahu kemampuan aku macam mana. Tetap akan cuba dapatkan apa yang aku mahukan. Kalau tak dapat pon apa aku nak jadi, asalkan cita cita aku nanti adalah benda yang bisa bagi manfaat kat orang terdekat.

Dan, semoga cita cita ummi abah buat aku pon terealisasi nanti. Amiiin.

Jadi, apa cita cita kau sebenarnya?

Semoga akhirnya, adalah syurga :)

Thursday 17 April 2014

Bersyukur.

Sentap habaq hang!

Mungkin selalu sangat kita.

Dalam berdoa.

Akan memohon agar segala hajat kita dimakbulkan oleh Dia.

Keputusan cemerlang, kahwin wanita solehah, Apatah lagi mahu kaya.

Tapi, pernah ke sebenarnya kita.

Dalam berdoa, kita berkata.

"Ya Allah, terima kasih untuk segala nikmat yang kau kurnia!"

Krik Krik Krik..

___________________________

Di satu hari yang tenang.
Tapi hati yang gundah gulana....

" Muaz, markah kau dapat berapa? "

" Erm sikit jee. "

" Konon. Cepatlah. Berapa! "

" Alhamdulillah ** "

" Sikit baq hang! Okay lah tu! Aku dapat atas ** pon kira bersyukur kau tahu? "

Tumbukan padu jarak dekat.

Serius waktu tu memang rasa kena tampar atas bawah kiri kanan laju laju.

Hebat Tarbiyyah (pendidikan) Allah beri.

Tak kira masa, tak tunggu siapa pemberinya.

****

Seperkara yang aku perasan bila mana aku dilanda periksa. Boleh kata sejak dulu kala, Ah! Tika mana misai yang masih ada di muka yang kecoh bila aku upload gambar lama di buku punya muka (baca : facebook), adalah periksa aku yang tak pernah sempurna.

Ini apa yang aku perasan. Tiap kali aku ambil lah apa ujian sekalipon, pasti ada silapnya. Pasti ada cuainya. Apatalah lagi kekosongan (blank) secara tiba tiba. Lepas keluar periksa, memang akan boleh jangka akan ada yang aku silap sekurangnya satu soalan cuma.

Mungkin. Cukup lah kot untuk aku kata, manusia itu memang tak sempurna. Mungkin ini dari bahagian aku. Tak sempurna dari segi yang macam ni. Dan memang aku rasa, tiap yang berlaku itu adalah atas dosa aku yang bertimbun banyaknya.

Kadang kadang salah kat soalan yang memang sebelum periksa, bahagian tu lah kita paling hafal. Tapi nak katanya, bila Allah kata kun fayakun! Maka, siapa bisa lawan kuasanya?

Dan, tipulah.

Bila mana aku keluar periksa, rasa menyesal. Apatah lagi tika dapat keputusan. Lihat markah yang tertera. Akan datang rasa sakit dia. Yang mana sebenarnya, aku boleh dapat jauh lebih baik daripada yang sepatutnya. 

Tapi itu lah manusia. Tak reti nak bersyukur bila mana natijah (hasil) kita terima. Bukannya tak biasa, tiap kali lepas doa, pasti akan ada ayatnya,

" Ya Allah, kau berilah apa yang terbaik untuk aku. "

Doa di amiiin kan tanpa ragu. Tapi bila mana tiba harinya, salah kan si Dia yang kata kita tak makbulkan doa kita.

Apakah ini sebenarnya?

**

Itulah kita.

Bila melihat yang banyak itu saja yang kononnya hebat semata.

Yang rendah itu lemah kata kita. 

Tapi padahal ramai lagi yang lebih rendah sebenarnya.

Sekurangnya, mereka bisa bersyukur dengan hasilnya.

Mereka dah bahagia.

Susah kan bersyukur sebenarnya?

Apatah lagi nak ikhlas sepanjang masa?

Bila diuji sedikit cuma.

Habis ke laut jadi niat awal kita kerana Dia.
_________________________

" Erk. Okay sorry. Aku tak ada niat. Cuma entah lah. Aku rasa aku sepatutnya boleh dapat jauh lebih baik dari ni. "

" Haha. Kau tak percaya kat Allah eh? "

" Woi! Agak agak lah. "

" Dah tu, kalau kau doa nak yang terbaik, takkan ni yang terburuk Allah nak bagi kot? "

" ..... "

Mungkin. Kat sini berfungsinya sebuah tawakkal.

Bila mana kau serahkan segalanya kepada Allah,

Tanda sepenuhnya kau berserah.

Pasti apa jua yang datang menimpa,

Kau tak akan mengalah!

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
( Surah Ibrahim : ayat 7 )

Baca dua tiga kali ayat terakhir tu.

Kalau kufur ingkar,

AzabKU amat keras!

Itulah. Dari periksa,

Terselit jua pengajaran buat kita.

Jangan butakan hati.

Dalam mengkoreksi diri.

Selamat,
Memaknai erti syukur!


_supersaiya_

Friday 11 April 2014

Ohoi JAHILIYYAH!

Oh jahiliyyah itu apa?
Segala apa yang bertentang dengan Islam.

Contoh?
Couple, minum arak, hasad dengki, cemburu daaaaan segala adik beradiknya!

Lari lah jauh mana sekalipon.
Tetap. Si BODOH itu akan terus mengejar sampai kau mengalah!
Thabbit qulubi, ya Allah! 


Maka, segalanya bermula....

" Muaz. Ana dah tekad. Ana nak pilih nta jadi muwajjih (penyampai) nanti. "

" Hahahaha. "

*dia buat muka serius*

" Erk. Nta yakin ke? "

" InsyaAllah. "

" Erm. Nanti lah ana bagi jawapan. "

******

Selang beberapa hari,

" Dengan lafaz bismillah, insyaAllah ana terima. Ana cuba mana yang ana mampu. Walaupun..... berat! "

______________________

Tak ada siapa sebenarnya pernah sangka.
Seorang insan penuh dosa.
Jahiliyyah melekat di sini sana.

Akhirnya,
Ditaklifkan (dibebankan) dengan menyampaikan tajuk yang berat aku rasa.
Buat alam semesta yang memahaminya!

Persediaan demi persediaan.
Aku cuba buat sebagaimana aku mampu.
Ke sini ke sana hadam sebaiknya bahan.
Supaya bisa tembus mereka punya kalbu.

Tiba pada hari nya...
" Muaz nta okay tak? "

*sambil dia letak tangan dia kat dada aku*

" Pergh. Laju sangat degupan dia. "

" Nta okay tak? "

" Entah. Doakan lah mana yang terbaik. Ana takut sebab dosa ana, diaorang tak dapat yang sepatutnya. "

__________________________________

" Kita ni masih kelabu. "

" Sahabat dulu bila dapat islam je, terus diaorang tinggalkan jahiliyyah! "

" Kita ni, jahiliyyah masih banyak sebab tu tak dapat rasa nikmat iman "

" Jahiliyyah ni macam chewing gum yang terlekat kat kasut kita. "

" Layak ke kita masuk syurga dengan jahiliyyah penuh kat dada? "

" Ibaratnya kita nak masuk syurga, tapi duduk kat depan pintu je tak nak masuk "

....................

......

..

Pum pang. Pum pang.
Sini sana aku lepaskan satu persatu tembakan. 
Cuma aku tak tahu.
Sama ada tembakannya kena tepat pada sasaran.
Ataupon tersasar jauh dari tujuan.

" Berat sangat ke sebenarnya nak bagi tajuk ni kat diaorang? "

Kalau kau tahu.
Betapa banyaknya jahiliyyah aku.
Pasti kau sendiri tak akan mampu.
Mendengar penyampaian aku.

Aku dulu.
Pernah juga ada kisah hitam sendiri. 
Yang pastinya akan terus dibayangi hingga kini. 

" Dulu dan kini tak sama, akhi. Kita jangan hidup dengan kisah lama. "

Ye betol.
Biarlah cerita yang lama itu terus pergi.
Hari berganti hari Dia beri.
Apakah ingat hanya suka suki?

Pernah sedar?
Seakan satu 'sarkastik' yang Allah beri buat kita.
Bila dia beri satu hari lagi bangun hadapi kehidupan kita.

Seakan. 

" Kau tak nak taubat ke? Aku bagi kau lagi satu hari untuk taubat! "

Mungkin.
Macam tu lah kot kata siratan yang Dia cuba beri.

Namun,
Tetap kita terus bermaharajalela.
Dengan jahiliyyah yang ada.

Terus.
Dia beri lagi satu hari buat kita.
Menanti bila sebenarnya.
Kita bisa taubat sepuasnya.

" Kalau kita nak tinggalkan jahiliyyah, kita kena tinggalkan semuanya. Tak boleh separuh separuh. Islam dengan Kafir tak akan bercantum sampai bila bila! Nak buat dakwah, kena cuba tinggalkan jahiliyyah."

Itulah sebetolnya.
Mana mungkin kita bisa nak bina sebuah bangunan.
Sedangkan yang lain sedang sibuk merobohkan.

Ibaratnya.
Orang lain sedang sibuk nak tegakkan Islam.

Kita pulak?
Sedang sibuk mem'bela' jahiliyyah sini sana.

Sekarang kita tahu?
Apa sebab Islam itu tak bangkit lagi?
Kerna mungkin jahiliyyah kita.
Lambatnya kita rasa kemenangan itu.

" Ana tak suruh antum tinggalkan sepenuhnya. Ana sendiri pon masih tak mampu. Biar sikit tapi berterusan. Allah tengok usaha kita. Bukan hasil kan? "

Jadi,
Sampai bila eh sebenarnya kita nak tunggu?

Mati itu tiba tak kira masa.
Jangan bila 'peluang' Allah beri hari demi hari.
Baru kita nak menyesal depan Ilahi.
Saat ditanya di akhirat nanti.

Ada dua saja penamatnya.
Antara syurga dan neraka. 
Tiada pertengahan antara keduanya.

Kalau kita tak jadi ahli syurga.
Makanya? 
Ke mana ye kita?
Tepuk dada, tanya iman kita.

Jom? Ucapkan selamat tinggal selamanya!

Akhirnya,
Jom sama sama.
Kita mulakan mana yang kita bisa.
Kerna mati itu kita tak tahu bila.
Tak ada masa untuk tangguhkan perubahan buat diri kita.

Realitinya,
Aku sendiri pon sedang mencuba.
Kerna aku pon tak sempurna.

"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu..." 
(Surah taghabun : ayat 16)


Kerna hakikatnya,
Aku mahu agar semua.
Bisa menjadi supersaiya.
Yang punya besar cita cita.
Untuk bawa seramai boleh ke syurga.

Melampau sangat ke cita cita aku sebenarnya?

Semoga.
Tetap terus jiwa raga kita.
Atas jalan sumpah panjang ini sentiasa!

Friday 4 April 2014

Aku nak kahwin!

"Okay tak sedar pon dah masuk 3 April!"

Reaksi pertama bila mana April datang menjelama. Jujurnya, entah apa aku buat. Sampai makin rasa masa ni berjalan dengan sangat sangat dan sangat cepat. Taklif (tanggungjawab) pon makin lama makin rasa berat. Imtihan thani (exam second) pon dah nak mula tunjuk dia punya hebat. Minggu depan dah start. 

" Muaz keputusan macam mana? "

" Erm awal awal hari tu jatuh sikit. Eh banyak. "

" Berapa markahnya "

" *aku bagitahu tiap satu markah* "

" Alah, tak ada lah rendah mana. Okay lah tu lebih setengah semua! "

" -_-' "

Betol. Sekurangnya aku sangat bersyukur. Punya ummi abah yang sentiasa menjadi pendorong semangat bila mana aku rasa aku tak kuat. Aku tak pernah belajar tentang benda ni, sampai lah aku rasa jauh betol betol dengan diaorang.

Dulu pergi jauh pon sebab tak banyak duduk rumah. Keluar sini sana sibuk lah kononnya. Balik rumah, duduk dalam bilik memanjang. Keluar sebab makan malam atau ummi abah nak bawak pergi jalan jalan satu family. Tak pernah aku rasa apa pentingnya sebuah institusi keluarga *kay ayat matang konon*

Tapi lama kelamaan. Sikit demi sikit. Hati aku Allah lembutkan. Sampai sini, paling buat aku terkesan adalah detik bila mana dapat skype dengan ummi abah. Aku rasa kalau kat rumah aku ni, yang paling rajin skype aku lah. Dalam seminggu, tiga empat kali lah jugak. 

Kerna aku tahu. Ada satu kemungkinan besar bila belajar jauh, adalah bila mana kita tak tahu adakah kita punya peluang untuk jumpa mereka kat sana. Mungkin ada lah suara hati kecil kalian berkata, 

" ceh. nak jadi supersaiya lah kononnya. Tapi manja! "

Heh senyum bangga! Biar lah nak jadi manja pon. Sebab kalau tak manja, macam mana nak rasa kasih sayang ibu ayah kita kan? *senyum lagi sekali sambil angkat kening lima puluh kali*

_________________________

April pon dah datang munculkan diri. Tahu apa maksudnya? Masa berjalan dengan cepat lagi! Dan makanya, lagi beberapa bulan berakhirlah tahun dua aku kat sini. Tup tap tup tap. Masuk tahun tiga. Hujung tahun depan, dah masuk tahun akhir aku belajar kat bumi anbiya ni.

Tapi entah lah. Dah sedia ke nak balik jumpa orang sana sini bila bicara pasal agama. Tak pernah terlintas pon sebelum ni, untuk jadi pelajar syariah. Tapi Allah sebaik baik perancang. Dan itu yang aku percaya apa yang Allah beri.

" Nanti Muaz balik, Muaz jadi imam terawih eh kat surau "

" Erk, abah. Muaz tahun ni tak balik tiga bulan lah eheh. "

Selamat lah kononnya. Tapi jauh di sudut hati abah. Aku dapat baca. Ayat yang sama selalu dia beri bila skype. Dan insyaAllah aku tak akan cuba hampakan harapan seorang supersaiya buat diri aku. Doakan. Agar aku bisa realisasikan apa yang ummi abah nakkan dari aku. Sebelum mereka atau pon aku 'pergi' dulu.

_________________________

Dan, hari ini. Dunia menjadi saksi lagi sekali. Perginya seorang tokoh yang sangat disegani. Pak Cik Muhammad Qutb, 95 tahun pergi menghadap Ilahi. Dunia menjadi saksi betapa pena penanya menjadi rujukan untuk mereka yang bergerak atas jalan dakwah ini.

Yee. Orang orang macam ni lah menjadi pemangkin semangat aku untuk cuba menulis selagi aku mampu. Kerna ini adalah antara medan aku. Dan semoga. Bila perginya aku nanti, tika mana mana tulisan tulisan aku dibaca lagi, dan ada yang beramal dengannya. Sekurangnya pahala aku terus menerus berterusan bila aku rehat selamanya!

Semoga. Allah perkenankan juga hati aku ini. Dan tetapkan diri aku atas jalan ni.

Dan macam biasa, suka aku tinggalkan cebisan kalamNya untuk kita hidupkan hati sentiasa,

"Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata; 'Ya Tuhan, kami telah saling mendapatkan kesenangan, dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang.' Allah berfirman.'Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain.' Sesungguhnya, Tuhanmu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Dan demikianlah Kami jadikan sebagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan”. 
(Surah al-An’aam  ayat 128-129).

Oh lupa pulak, apa kaitan tajuk dengan post?

Eheh. Tak ada kena mengena pon, saja nak pancing suka suka. :)

Jangan lupa. Titipkan doa untuk aku sentiasa yee. Semoga terus Allah beri keteguhan hati atas jalan ini!