Sunday 27 April 2014

Hatilog

Disklaimer :
 Ini adalah post campuran manis masin garam gula. Jadi, kalau dah rasa loya dan alergik, aku nasihatkan tak payah baca. Takut nanti gatal kesan alergiknya, tak sembuh pulak nanti. bila jumpa doktor =)






Secara jujurnya, aku bukanlah orang yang pandai dalam menasihat. Apatah lagi dalam bagi orang semangat. Tapi bila mana orang luah masalah dekat aku, aku cuba. Cuba untuk letakkan diri aku dalam tempat dia yang sedang merasa peritnya.

Part paling 'lemah' bagi aku adalah bila mana, tengah sibuk sibuk berborak, tiba tiba ada yang menangis tak tentu pasal. Waktu tuuu, kau akan rasa seakan.... Apa yang kau cakap ni betol ke salah sampai buat orang lain menangis -_-

Tapi..

Itu bahagian aku dalam beri nasihat. 

Orang kata,

" Kita ni cakap senang. Bila nak kena beramal, bukan main sorok sorok belakang. "

Ada jugak orang lain cakap lagi,

" Kita ni ramai sangat dah orang pandai berkata kata, tapi kurang sangat orang beramal dengan apa dia kata. Kalaulah semua orang beramal dengan apa dia kata, mesti dah tenteram kan dunia? "

Terbakar?

Heh itu lah aku, kau, dia dan mereka. 

Aku bukannya jenis yang bersemangat sentiasa. Apatah lagi nak fokus dalam sesuatu perkara. Buktinya, kalau dalam kelas tu, tak sampai lima minit mula lah fikir benda luar kelas. Bukan setakat kelas, tapi dah terbang aku rasa imaginasi aku sampai Malaysia.

Sedar sedar, dah habis masa kelas -_-

Nampak tak sebenarnya kita ni macam mana. Kalau part memberi, bukan kita mudah nak tawarkan diri dalam buat sesuatu perkara. Tapi bila kena beramal dengan apa yang ada, bukan susah tak terkata. Ohoi manusia nya kita!

" Sesungguhnya yang paling takut antara kamu adalah mereka yang berilmu. "
(Fatir : 28)

Akhirnya, aku mula mengerti makna di sebalik ayat quran atas ni.

Kadang kadang, aku sendiri terfikir.

Akan berguna ke selama ni ilmu yang aku belajar dari kecil sampai sekarang. Kalau nak hitung ikut umur, dah 19 tahun lebih aku menuntut ilmu. Secara langsung mahupun tak langsung. Secara dalam kelas pembelajaran. Mahupun melalui kehidupan.

Tapi kadang kadang aku pon tertanya dan buatkan aku terduduk seketika,

Makin banyak ilmu aku miliki, makin banyak persoalan Allah kat akhirat nanti.

" Kau ni pelajar syariah, tapi kenapa nak solat berjemaah pon susah? Maka, pergi lah kau ke neraka! Kerna ilmu penuh di dada, tapi tak amalkan langsung apa yang kau ada! "

Nauzubillah. Cuba bayangkan. Cuba bayangkan. Cuba bayangkan. 

Kata kata ini Allah lemparkan sendiri kat kita di akhirat nanti. 

" Bukannya susah nak masuk syurga kan? "

" Erm senang jugak sebenarnya nak masuk neraka. "

" Tak boleh ke kalau kita tak masuk mana mana. Serius takut je rasa. "

" T.T "

Perbualan aku dengan dia tika dulu. 

Kalau ditanya,

Layak ke sebenarnya aku masuk syurga. Dengan lafaz yang sering aku ungkapkan buat mereka,

" InsyaAllah. Kalau tak kat sini, kita jumpa kat syurga. "

Tapi hakikatnya,

Seakan aku rasa jauh sebenarnya aku dari syurga. 

" Perumpamaan orang yang dapat masuk syurga tu, ibarat kita cabut bulu biri biri dari badan dia guna satu tangan. Bulu yang dicabut yang ada kat tangan kita tu lah ibaratnya ahli syurga. "

Perumpamaan yang ustaz aku pernah bagi satu tika dulu.

Kalau tolak dengan nabi, sahabat, rasul, syuhada, bayi, dan siapa entah lagi yang aku tak kenal jasanya, muat ke sebenarnya syurga untuk orang macam aku?

________________________________________________

Waktu tu, aku tengah syok baring kat surau.

Tiba tiba datang dia baring kat sebelah aku.

" Muaz, kau jangan putus asa. Hidup tetap kena teruskan. Memang dalam berjuang kita kena berkorban. "

Seakan. Dia tahu apa yang sedang aku fikir dan rasa.

" Pergh. Tu lah. Cakap senang kan. Susah gila nak berkorban kau tahu. Lagi lagi nak ikhlas. "

" Ikhlas tu datang lepas kita berkorban. Kena lah berkorban dulu kalau nak ikhlas. "

" Erk. Apahal pulak. Kalau tak ikhlas, lagi lah tak dapat pahala. "

" Sebab tu kena buat jugak. Mana lah tahu tengah berkorban tu datang rasa suka buat benda tu. Kan dah jadi ikhlas secara tak sengaja. "

" ..... "

_________________________________________________

Heh. 

Apapon, hidup tetap kena teruskan.

Walau apa yang datang menimpa.

Selagi mata tak kunjung tiba.

Tetapkan lah jiwa hati kalian semua.

Agar layak untuk dinobatkan anugerah syurga.


Selamat tinggal, April.

Selamat datang, Mei.

Selamat mendekati aku, mati.

2 comments:

Unknown said...

selagi mati atau selagi mata tak kunjung tiba?

Unknown said...

Suraya,

Erk. Terima kasih kerna selalu menjadi tukang pruf.