Wednesday 30 April 2014

Burung berkicau di pagi hari,


Di sana.

Aku melihat.
Umat islam sedang berjuang hebat.
Ditindas dibunuh hingga badan disiat siat.
Tak cukup dengan berjuang hingga penat.
Tidur panjang bukannya ubat.

Kanak kanak, orang tua mahupun perempuan.
Dibunuh tanpa belas kasihan.
Peluru dilepaskan.
Pisau ditusuk terus ke badan.
Bom dicampak bertaburan.
Apakah ini makna kemanusiaan?

Pagi petang siang malam berjuang.
Seakan tidur tiada dalam kamus seorang pejuang.
Terus menerus mempertahan bumi yang tak pernah lekang.
Dengan bakal syuhada yang tak pernah henti berjuang.

Di sini.

Kisahnya jauh sekali
Dengan umat yang sedang sibuk sekali.
Dengan urusan duniawi.

Nyawa nyawa diragut dengan kehidupan dunia.
Maksiat. Jahiliyyah. Dosa.
Terpampang bangga sini sana. 

Kemalasan berada tahap maksima.
Saf saf penuh dengan orang tua.
Ke mana perginya para pemuda? 

" Ketika kami bakar masjid Al Aqsa, aku tak dapat tidur sepanjang malam kerna takut bangsa arab datang berduyun menyerang kami dari pelbagai pelusuk. Tapi apabila terbit mentari berikutnya, tahulah aku kami mampu untuk lakukan apa saja yang kami mahu. Kerna kami berada di hadapan umat yang lena. "
- Golda Meir, Perdana Menteri keempat Israel-

Umat yang lena.
Umat yang lena.
Umat yang lena.

Kadang.

Jauh di sudut hati.
Aku ingin melihat islam itu bangkit sempurna kembali.
Menghidupkan kembali hati hati yang mati.
Menyemarakkan lagi semangat pemuda yang tak takut mati.
Menjadikan islam kembali tertinggi.

Namun.

Melihat aku pada hari ini.

Solat jemaah lompong sana sini.
Dalam kelas berkhayal tak ingat siapa diri.
Putus asa sentiasa menguasai hati.
Dosa Jahiliyyah Maksiat bersarang penuh dalam diri.

Apakah layak sebenarnya?

Untuk aku pohon minta kepada ilahi.
Menjadi ahli syurga hakiki.
Dalam keadaan tak ingin mengubah diri.

Bukannya kita tak pernah hayati.

Kisah sahabat para nabi.
Berjuang hingga ketemu mati.
Supaya islam bisa masuk ke setiap hati.

Pernah sedar?

Seakan sekelip mata cuma.
Berbekal diri kita tak seberapa.
Menghancurkan perjuangan mereka.

Dengan permainan dunia kita.
Dengan sikap malas kita.
Dengan sifat tak ambil kisah kita.

Sekelip mata.
Sekelip mata.

Islam hancur sepenuhnya.
Hanya kerna ragutan dunia.
Oleh tangan tangan kita.

Ohoi.

Apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa mereka di sana.
Ditentang hebat tak kira masa.
Hingga ke tali gantung akhirnya.

Enam Lapan Tiga.
Menjadi saksi buat kita.
Bakal bertambah lagi ahli syurga.
Makin bertambah yang bisa merasai nikmat sebenarnya.

Apakah.
Punya ruang di syurga untuk orang macam kita?
Yang berjuang pon naik turun semangatnya.

Allah.
Entah kenapa.

Sejak dua menjak.
Bersalah datang menerpa.
Kepada dakwah, islam dan sejagatnya.
Seakan terasa aku adalah bebanan mereka.

Wahai.

Bila lagi kita nak duduk di takuk yang lama?
Bila lagi kita nak ubah jiwa dan hati kita?
Bila lagi kita nak siapkan diri hadapi mati yang entah bila bakal kunjung tiba?

"Tak best sebenarnya ikut jalan dakwah ni. Kita akan rasa terkongkong. Kita akan rasa banyak benda kita tak boleh buat. Tapi, kita kena yakin. Dengan apa yang kita buat ni, syurga adalah ganjarannya. Tapi susah kan nak luruskan niat sentiasa?"
-Saudara XYZ-

Syurga.
Syurga.
Syurga.

Semoga bisa kita ketemu.

"Allah menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaanya ; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar"
(Surah Taubah : Ayat 72)

Menolak segala alhawa.
Melepaskan segala gari gari dunia.
Membebaskan dari jahiliyyah yang bersarang lamanya.
Membersih diri dari maksiat penuh noda.

Jujur.
Tak mudah seperti apa yang disangka!

Benarlah.
Syurga itu untuk mereka yang tak kenal putus asa!

No comments: