Friday 30 May 2014

Aku yang HIPOKRIT!

HIPOKRIT KE AKU?
Bangun qiyam seawal pagi.
Solat sunat penuh usai solat tiap kali.
Quran dibaca sejuzuk sehari.
Doa penuh khusyuk sana sini.
Namun.
Hanya tika periksa kunjung ke mari.

HIPOKRIT KE AKU?
Belajar sungguh sampai pagi menjelma.
Study group sampai ke hujung dunia.
Minta doa penuh dari semua.
Belek buku dari awal semula.
Namun.
Itu petanda periksa sudah tiba.

HIPOKRIT KE AKU?
Update status agama penuh di facebook.
Menulis entri penuh di blog.
Menyeru manusia buat baik di twitter.
Upload gambar keindahan Ilahi di instagram.
Namun.
Aku sendiri tak merasa apa aku tulis sebenarnya.

HIPOKRIT KE AKU?
Dulu aku sekolah agama.
Solat jamaah terjaga.
Tudung labuh tutup di kepala.
Ukhuwwah kian sampai syurga.
Bagi salam senior junior hatta cikgu tak kira masa.
Namun.
Tika di alam universiti hilang semuanya.

HIPOKRIT KE AKU?
Menguatkan manusia di luar sana.
Tika hati aku sendiri pon rasa sakitnya.
Bila mana orang tanya sihat ke?
Senyuman penuh terukir di bibir sentiasa.
Namun.
Itu semua hanya penipuan cuma.

HIPOKRIT KE AKU?
Tika duduk dengan mereka.
Mutabaah amal penuh terjaga.
Kalam manis keluar dari mulut sentiasa.
Agar bawa hati mereka terasa dekat dengan syurga.
Namun.
Tika aku menyendiri, jahiliyyah penuh di dada.

HIPOKRIT KE AKU?
Belajar semata kerana periksa.
Ibadah semata kerna terpaksa.
Mutabaah lengkap kerna Ramadhan kunjung tiba.
Qiyam terjaga kerna belajar ke siangnya.

Namun.
Tika mana
Periksa itu tamat ceritanya.
Ramadhan itu melabuhkan tirainya.
Ikhwah kian jauh jaraknya.
Sekolah itu sudah habis masanya.

Semuanya.
Habis terbengkalai Cuma.

Tudung labuh yang dulu dipakai di sekolah entah ke mana.
Solat jamaah yang dijaga tika ramadhan seakan terus dilupa.
Qiyam itu bisa bangun sekali sekala.
Quran itu bisa dibaca tika punya masa.

Buku belajar?
Lagi lah tak payah cerita.
Dah selamat disemadikan di rak buku tercinta.

Ohoi kita aku kau mereka.
Sebenarnya.
Hipokrit ke kita?
Buat baik ikut masa.
Ibadah ikut musimnya.

Andai.
Kita tahu betapa sebenarnya.
Dunia ini meragut nyawa kita.

Sedikit demi sedikit.
Cepat mahupun lambat.

Dan akhirnya.
Hidup ini jadi sia sia.

Hidup ini.
Bukan sekadar menjadi hamba.
Tika periksa, puasa mahupun tika sekolah agama.

Wahai.
Sampai bila sebenarnya.
Dunia ini akan terus bermaharajalela.
Dengan hati penuh dosa.

Jadi tak kisah lah.
Bila ibadah kita tak rasa khusyuknya.

Benarlah.
Dunia ini syurga.
Buat para kafir.
Dan penjara.
Buat para mukmin.


DAN HIPOKRIT KE AKU SEBENARNYA?
Tika mana tahu Islam itu harus disebar pada semua.
Hanya pandai mengupdate entri di blog Cuma.
Tanpa turun kepada masyarakat sana.
Terangkan kepada mereka tujuan hidup di dunia.

OHOI

HIPOKRIT KE AKU?
Hanya kerna aku pejuang papan kekunci semata.

Susah sebenarnya.
Ingin menjadi persis supersaiya dunia!

Thabbit qulubana ya Allah.

Saturday 24 May 2014

Aku mula jatuh cinta dengan periksa!


Tadi, pertama kali selama aku ambil periksa. Masa terasa sangat sangat dan sangat kejap! Angkat kepala. Tengok kiri kanan depan belakang, kelas dah kosong. Semua dah keluar awal. Padahal aku ada banyak lagi soalan tak berjawab.

Bila fikir balik, tak ada pulak aku menerawang fikir Malaysia ke, zaujah solehah ke *eh*, atau apa apa benda lain lah. Memang fokus pada kertas. Maka di saat saat akhir, mula lah adegan hentam kromo sini sana dalam 10 soalan jugak lah bagi aku.

Entah. Pertama kali dalam sejarah hidup aku. Keputusannya? Aku akan belajar untuk tawakkal dan redha apa jua yang bakal tertera di skrin komputer aku nanti.

_______________________

" Weh, Muaz. Aku tak sabar nak habis periksa. Kau tak gembira ke? "

" Entah. Tak ada perasaan. "

" Erk pelik! "

" Nak jadi supersaiya kan, kena lah unik. "


Dua dua diam.

" Entah lah. Aku dah mula jatuh cinta dengan periksa. "


Terbeliak mata dia pandang aku.

***********
Entahlah. Korang tak pernah rasa ke benda ni?

Okay memang aku sorang je suka rasa benda benda pelik ni -_-

Sebab bagi aku.

Bila lagi kau nak tengok ramai orang,

Dari rumah ke kelas sepanjang masa belek dan baca buku kat tangan. Sampai lintas jalan tak payah toleh kiri dan kanan dah. Jalan jee sambil baca buku. Tak kena langgar dengan kereta punya! Hebat bak hang tawakkal dia :3

Bangun awal pagi sokmo qiyam rumah bercahaya semata untuk menelaah buku yang biasanya pada hari lain dah sah mimpi naik sampai langit ke tujuh sana.

Tak tidur lepas subuh dengan gigih menelaah buku sengkang mata yang biasanya kalau lepas subuh bantai tidur sampai matahari tegak pon tak bangun bangun lagi (serius. orang macam ni korang jangan jadikan suami atau isteri -_-)

Doa makin diperkuat dan hebat sambil pejam mata minta doa pada Allah supaya doktor bagi soalan senang dan markah bonus.

Haa. Cuba bagitahu bila lagi korang akan jumpa momen momen macam ni?

Selain dari kalau bukan waktu periksa?

Yang mana malam malamnya tak akan dipenuhi di kedai kedai kopi dengan remaja yang sibuk bicara tentang dunia.

Yang mana malamnya juga di rumah rumah mahupun kamar tidur diterangi dengan cahaya bilik yang di bawahnya sedang punya orang ligat menonton movie mahupun bermain game dengan rancaknya.

Tapi,

Pada malamnya dihabiskan masa mereka dengan menelaah buku, study group sini sana sampai subuh kala.

Serius lagi.

Bila lagi kalian akan jumpa?

Tak lain tak bukan waktu periksa!

________________________________

Hebat tak hebat sebenarnya penangan periksa ni untuk kita.

Tapi,

Itu dunia.

Akhirat kita macam mana yee?

Ada ke sanggup kita baca quran dari rumah sampai kelas.

Qiyam tanpa perlu dikejut orang.

Baca tak kira masa walau di mana.

Tuhan, ampuni dosa kami.
_________________________________

Dan, jujurnya berlaku kat atas jiwa aku sendiri.

Dah lama tak bukak laptop habiskan masa berjam entah buat apa sebab siap sedia untuk periksa.

Jiwa tak dikacau dengan gangguan syaitan kerna sibukkan diri dengan menghafal apa yang tertulis di  buku buku.

Dan benda ni berlaku kat aku sendiri.

Bahkan, tak ada masa untuk buat maksiat sentiasa!

Wallah aku tak tipu!

_________________________________

Serius aku terasa dengan kunjungan dan kesan periksa ni kat hidup aku.

Sebab tu, kala orang suka habis periksa memang aku akan cakap aku tak ada perasaan.

Sebab aku takut. Bila habis je periksa, aku akan kembali kepada hidup aku yang lama.

Yang dihabiskan dengan lepak borak benda tak ada manfaaatnya.

Menghabiskan air mata melawan seksanya penangan syaitan durjana yang bisikkan kegelisahan kat hati manusia.

Duduk di hadapan laptop berjam lamanya yang buatkan kita tak sedar dah lama berkumandang azannya.

Tidur berpuluh jam lamanya hanya kerna pada siangnya sibuk berfoya sini sana.

Tuhan, ampuni lagi dosa dosa kami!

____________________________________

Walaupun jujurnya, semester ni keputusan aku jatuh sejatuhnya.

Seakan untuk periksa akhir ini, tak ada subjek yang boleh aku senyum mahupun bangga dengannya.

Aku akan bersedia dengan apa jua markah yang aku terima.

Sebab betapa sebenarnya.

Aku merasa sentuhan terus dari Allah tepat kena kat hati aku.

Buatkan aku rasa susahnya aku dalam menjawab adalah kerana dosa dosa aku yang melambung tinggi banyaknya.

Yang bersepah sini sana dalam diri yang masih aku tak sucikan lagi dengan istighfar sentiasa.

Kerna itu,

Aku katakan pada kalian.

Aku mula jatuh cinta dengan periksa!

Bila lagi eh kita nak berubah sebenarnya.

Jalan itu, Allah dah tunjuk caranya.

Cuma hati kita ni lembut atau tak je sebenarnya.

Fuh!

________________________________________

Sekiranya.

Lepas habis saja semester ini,

Aku kembali ke diri aku yang lama

Yang di mana jahiliyyahnya berleluasa.

Hipokrit ke aku?

Haa. Nantikan entri seterusnya.

Teaser Teaser...

Thursday 15 May 2014

Sebuah dedikasi : Semoga istiqamah tak berbelah bahagi.



Bila budak junior junior aku ni sibuk update sana sini masuk mana, buatkan aku teringat dulu punya cerita. Tika mana dapat pilihan pertama, memang gembira dia satu dunia lah rasa gegarnya -_-. Mungkin sebab dari sekolah rendah lagi dah selalu main main kat UIA, tu yang tak nampak dah bila nak sambung kat universiti lain.

Dekat dengan rumah pon dekat sangat. Tiap kali lepas solat jumaat, bawak motor terus cabut balik rumah. Datang balik hari Isnin, tu pon terus pergi kelas. Baik punya perangai kan?

Tapi itu aku yang dulu.
Tika mana masih kabur sebenarnya apa tujuan hidup aku.
Buat semua sekadar nak puaskan nafsu.
Tanpa fikir Allah punya seru.

Jadinya, ini sekadar dedikasi aku buat junior aku terutamanya,
Antara batch bawah yang paling aku rapat.

Bukan. Ini bukan post untuk memaksa ke apa.
Pilihan semua berada pada kalian sentiasa.
Cuma sekadar nasihat buat semua.

________________

Makanya, bismillah.

Mungkin. 
Kala mana ada yang sibuk isi borang berpuluh muka.
Cari kelengkapan sini sana.
Minta nasihat dari siapa saja.
Eksaited dia tak payah cerita.
Buatkan kita semua lupa.

Kehidupan seorang mahasiswa.
Adalah kehidupan berat tanggungjawabnya.
Semua benda berbalik kepada keputusan kita.
Nak buat apa kita suka.

Nak berada dalam suasana yang baik?
Atau nak balas dendam buat apa yang dulu kita tak boleh buat?

Ikutlah. Tak akan lagi siapa yang kisah :)

Tapi, nak bawak kalian semua ingat kembali.
Asal usul hidup kat dunia ni.
Bukan sekadar lepas SPM.
Bukan sekadar sambung belajar dapat ijazah.
Malah, bukan sekadar ikut suka apa kita nak.

Kat dunia lepas ni lah.
Kalian akan jumpa bermacam cerita.
Bermacam ragamnya
Pelbagai latar belakang kawan baru semua.

Nak cari kawan yang macam mana?
Itu pon ikutlah kalian punya suka.

Nak tukar dari tudung labuh ke 'free hair'.
Atau seluar panjang kepada seluar pendek.
Heh. Buatlah apa kalian mahukan.

Tapi, jauh di sudut hati.
Mesti akan ada yang terkesan.
Dengan kita punya perubahan.

Percayalah.
Usrah yang tiap minggu kita ikut dulu,
Mabit, Iftar, Iktikaf yang diadakan berkala.
Kawan kawan yang sentiasa ingatkan kita.
Cikgu Ustaz yang tak pernah lekang ada sentiasa.

Semuanya tak akan beri apa apa.
Kalau kita yang tak pandai pilih persekitarannya.
Dunia luar dan dunia dalam sekolah.
Pasti jauh bezanya.

Jangan ingat,
Yang dulu alim pendiam kat sekolah.
Akan terus istiqamah.
Dan yang paling bermasalah.
Tak akan join usrah.

Hidayah itu memang milik Allah.
Tapi kita lah yang kena berubah.

Jadinya,

Buat kalian bakal mahasiswa seluruh dunia.
Jangan lupa terus mencari persekitaran baik sentiasa.
Jangan tinggal quran yang dulu di tangan sentiasa.
Jangan lupa cari mereka mereka yang bisa bawak kita jauh dari dosa.

Oh yee.
Jangan ditukar tudung labuhnya.
Jangan disimpan seluar panjangnya.
Jangan pandai buka auratnya.

Semoga.
Walau kat mana kalian berada.
Tetap hati dan jiwa kalian ingat Allah sentiasa.

Andai berubahnya kalian nanti,
Moga bawa kalian ingat kembali.
Asal usul diri sendiri.
Dan buatkan anda ingat yang akhirnya kita akan mati.
Jadinya, bila nak langgar syariat Ilahi,
Fikirlah dua tiga kali :)

Selamat.
Mngistiqamahkan diri tak berbelah bagi.
Atas dunia yang pastinya banyak menipu ini!

Semoga.
Allah mudahkan langkahan kalian.
Dalam menggali ilmu seluas lautan.
Yang akhirnya, bawakan kalian kembali dekat dengan Tuhan.

Selamat datang ke dunia baru,
Bakal graduan kubur semua :)


Tuesday 13 May 2014

Titik Bertindih.

"Assalamualaikum semua?"

"Apa khabar?"

"Sihat?"

"Apa? Tak sihat?"

"Hahahahaha. Takpe. Aku suka orang yang tak sihat!"

"Haa? Siapa aku?"

"Nanti kau akan tahu!"

Aku bersahabat baik dengan ramai manusia. Sini sana? Atas bawah? Kiri kanan? Jauh dekat? Haha. Semua orang tahu siapa aku. Boleh kata, satu dunia lah tahu siapa aku! Aku ni senang je nak dikenali. Dan, senang lagi nak melekat dengan seluruh manusia seantaro dunia.

Aku. Bila mana dah mula melekat dekat mereka, susah nak ditanggalkan. Makin lama aku dekat dengan diaorang, makin rapat jadinya hubungan aku dengan mereka. Senang je nak rapat dengan aku, buat je apa yang korang suka, nescaya aku akan datang cepat perkenalkan diri aku kepada korang.

Hidup aku?

Heh. Entahlah. Aku hidup melata kot. Kat mana mana aku boleh hidup. Bila bila aku boleh ada. Persis superman lah. Bila tahu orang ada masalah, waktu tu dia datang. Aku macam tu lah! Best kot hidup aku macam tu. Manusia pon suka aku. Bertambah lagi best lah hidup aku.

Siapa kawan baik aku?

Kawan baik aku ada di serata dunia. Kau pergi lah kat mana mana, mesti ramai kawan baik aku. Aku rasa, aku dah boleh buat komuniti kot. Kau travel lah ke negara mana pon, mesti ada kawan baik aku. Mereka adalah orang yang hidupnya sentiasa gembira. Enjoy dengan hidup dia. ber'ibadah' sana sini tak kira masa.

Aku suka berkawan dengan diaorang. Lagi rapat aku dengan diaorang, lagi galak diaorang dalam menghambakan diri kat dunia ni. Aku senang nak dekat dengan diaorang. Tapi susah nak tinggal jauh dari diaorang. Bila aku dah pergi jauh, nanti diaorang panggil aku balik.

Haa. Best kan hidup aku?

Aku rasa aku adalah makhluk yang paling disayangi ramai umat sekarang. Dari dulu hingga sekarang, aku tak pernah hilang kat hati diaorang. Makin lama, makin ramai pengikut aku. Serius. Aku bangga dan aku suka dengan hasil usaha aku. 

Sebab aku, dunia jadi 'aman'. Tak ada peperangan, tak ada kacau bilau. Semua boleh buat ikut apa diaorang suka. Jadi, tak payah lah nak gaduh apa apa. Diaorang pon saling tolong menolong dalam buat apa yang diaorang suka supaya diaorang dapat kenalkan aku kat ramai lagi orang haha.

Famous kan aku?

Nak join aku?

"Siapa aku?"

"Hahahahahahahahaha."

"Nak tahu?"


"Aku lah..."

"DOSA DAN MAKSIAT! hahahahahahahahahaha!"

Tempat kerja aku?

Hati hati mereka yang sibuk dengan dunia. Dan lalai dengan tujuan hidup mereka.

Dan mungkin.

KAU JUGA ADALAH KAWAN BAIK AKU!

hahahahahahahaha.

Tuesday 6 May 2014

Ikhlas.



Hakikat seorang perantau itu,

Tak punya keluarga di sisi selalu.

Cukuplah orang sekeliling menjadi pengubat rindu.

Susah senang lebih mereka fahami dulu.

Ohoi tetiba.

_______________________

Tahu apa antara perkara paling susah bagi aku?

ISTIQAMAH!

Buktinya?

Last update blog ni entah bila. 

Kalau tengok balik masa lama,

Bukannya tak ada masa kosong.

Tapi entah ke mana waktu masa itu.

Teringat. 

Tulisan Fathi Yakan di dalam karyanya Generasi Pemuda dan Perubahan.

PEMUDA  
ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat 
manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda
TETAPI 
pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; 
Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera; 
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti- parti kufur dan syaitan; 
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;

TETAPI 
keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.


Serius. Kalau kau tak terasa apa yang nak disampaikan selepas perkataan tetapi,

Kau mungkin bukan pemuda (?)

Okay ini cuma muqaddimah.

Maka, bismillah.

________________________________________



Tika itu aku tengah baring tenangkan fikiran. Otak aku serius bercelaru waktu tu. Entah apa yang aku fikir pon aku sendiri tak dapat tafsir.

Tiba tiba,

"Muaz, kau jangan putus asa eh. Walau macam mana sakit pon kau rasa, kau tetap kena terus mencuba."

Terkejut aku waktu tu, dia datang dan baring tepi aku. Cantik langit Tuhan karuniakan waktu tu. Seakan tahu ada 'kisah' yang bakal terlakar waktu tu,

"Erm. Tapi sampai bila aku nak kena kuat?"

"Sampai kau ketemu syurga?"

"Syurga. Syurga. Syurga. Cakap senang lah. Benda tu tak nampak depan mata kot."

Aku tertinggi kan suara waktu tu. Dia terdiam seketika. Mungkin. Terkejut dengan respon aku waktu tu kot. Cepat cepat aku istighfar. Hebat permainan syaitan dalam mengamarahkan manusia yee.

"Muaz. Kau tak percaya kat janji Allah ke?"

Dush. Tertembak sangat waktu tu. Terdiam. Aku tahan air mata.

"Bukan aku tak percaya. Tapi...."

"Kau rasa kau tak boleh?"

"Erm. Lebih kurang macam tu lah. Kau pernah tak rasa kau buat semua benda tapi tak ikhlas pon. Kau berkorban sebab kau terpaksa. Kau buat semua benda seakan tak dapat pahala hanya sebab ikhlas tu tak ada. Memang kau rasa diri kau tak berguna. Macam robot pon ada. Yang buat semua benda atas terpaksa tanpa tahu sebab kenapa kau buat semua benda tu. Lagi lagi nak rasa 'feeling' dalam buat baik."

Akhirnya, terkeluar jugak apa yang aku pendam selama ni. Dia diam. Sekadar dengar luahan aku. 

"Ada lagi tak Muaz?"

"Ada apa?"

"Apa apa kau nak cerita lah?"

"Entah. Tak ada kot."

"Muaz....."

Lama dia diam. Aku pon terikut bunyi burung waktu tu. Beberapa minit, dia sambung.

"Tak best kan kita buat baik sebenarnya? Kena perli. Kena mujahadah. Kena berkorban apa kita suka dan macam macam lagi. Tapi Muaz..... Ikhlas tak ikhlas tu cerita kedua kot. Kita kena berkorban dulu. Baru datangnya ikhlas tu. Kita tak tahu amal mana yang Allah terima. Sebab tu kena terus buat baik. Kalau kau tak buat, macam mana kau nak dapat pahala?"

Aku diam lagi. 

Tiba tiba,

Aku lihat
Ada prasangka di hatimu
Melihat diriku saat ini...

Disentuh skrin telefon bimbitnya. Lantas mematikan lagu satu tubuh menjadi pengejut tidurnya setiap hari. Dilihat jam yang tertera di skrin telefon.

Jam 4.30 pagi,

"Astaghfirullah. Mimpi rupanya."

.Tamat.

_________________________________________________

Kadang kadang,

Kita tak sangka bagaimana semangat itu Allah mahu beri.

Memang biasanya, hadir dalam keadaan tak pernah kita sangka. 

Kata Nabi,


‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada 
surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’ 

Makanya,

Jatuh itu biasa.

Asalkan tak bawa kau jauh dari pencipta.

Dapat tak ibrahnya (pengajaran) apa?

_____________________________________________

Heh post sekadar hilangkan masa yang terluang cuma.

Doakan supersaiya ini.

Imtihan nihaie (final exam) menanti.

Dan kemudian,

Malaysia tunggu aku nanti!

Kay lambat lagi T.T