Friday 30 May 2014

Aku yang HIPOKRIT!

HIPOKRIT KE AKU?
Bangun qiyam seawal pagi.
Solat sunat penuh usai solat tiap kali.
Quran dibaca sejuzuk sehari.
Doa penuh khusyuk sana sini.
Namun.
Hanya tika periksa kunjung ke mari.

HIPOKRIT KE AKU?
Belajar sungguh sampai pagi menjelma.
Study group sampai ke hujung dunia.
Minta doa penuh dari semua.
Belek buku dari awal semula.
Namun.
Itu petanda periksa sudah tiba.

HIPOKRIT KE AKU?
Update status agama penuh di facebook.
Menulis entri penuh di blog.
Menyeru manusia buat baik di twitter.
Upload gambar keindahan Ilahi di instagram.
Namun.
Aku sendiri tak merasa apa aku tulis sebenarnya.

HIPOKRIT KE AKU?
Dulu aku sekolah agama.
Solat jamaah terjaga.
Tudung labuh tutup di kepala.
Ukhuwwah kian sampai syurga.
Bagi salam senior junior hatta cikgu tak kira masa.
Namun.
Tika di alam universiti hilang semuanya.

HIPOKRIT KE AKU?
Menguatkan manusia di luar sana.
Tika hati aku sendiri pon rasa sakitnya.
Bila mana orang tanya sihat ke?
Senyuman penuh terukir di bibir sentiasa.
Namun.
Itu semua hanya penipuan cuma.

HIPOKRIT KE AKU?
Tika duduk dengan mereka.
Mutabaah amal penuh terjaga.
Kalam manis keluar dari mulut sentiasa.
Agar bawa hati mereka terasa dekat dengan syurga.
Namun.
Tika aku menyendiri, jahiliyyah penuh di dada.

HIPOKRIT KE AKU?
Belajar semata kerana periksa.
Ibadah semata kerna terpaksa.
Mutabaah lengkap kerna Ramadhan kunjung tiba.
Qiyam terjaga kerna belajar ke siangnya.

Namun.
Tika mana
Periksa itu tamat ceritanya.
Ramadhan itu melabuhkan tirainya.
Ikhwah kian jauh jaraknya.
Sekolah itu sudah habis masanya.

Semuanya.
Habis terbengkalai Cuma.

Tudung labuh yang dulu dipakai di sekolah entah ke mana.
Solat jamaah yang dijaga tika ramadhan seakan terus dilupa.
Qiyam itu bisa bangun sekali sekala.
Quran itu bisa dibaca tika punya masa.

Buku belajar?
Lagi lah tak payah cerita.
Dah selamat disemadikan di rak buku tercinta.

Ohoi kita aku kau mereka.
Sebenarnya.
Hipokrit ke kita?
Buat baik ikut masa.
Ibadah ikut musimnya.

Andai.
Kita tahu betapa sebenarnya.
Dunia ini meragut nyawa kita.

Sedikit demi sedikit.
Cepat mahupun lambat.

Dan akhirnya.
Hidup ini jadi sia sia.

Hidup ini.
Bukan sekadar menjadi hamba.
Tika periksa, puasa mahupun tika sekolah agama.

Wahai.
Sampai bila sebenarnya.
Dunia ini akan terus bermaharajalela.
Dengan hati penuh dosa.

Jadi tak kisah lah.
Bila ibadah kita tak rasa khusyuknya.

Benarlah.
Dunia ini syurga.
Buat para kafir.
Dan penjara.
Buat para mukmin.


DAN HIPOKRIT KE AKU SEBENARNYA?
Tika mana tahu Islam itu harus disebar pada semua.
Hanya pandai mengupdate entri di blog Cuma.
Tanpa turun kepada masyarakat sana.
Terangkan kepada mereka tujuan hidup di dunia.

OHOI

HIPOKRIT KE AKU?
Hanya kerna aku pejuang papan kekunci semata.

Susah sebenarnya.
Ingin menjadi persis supersaiya dunia!

Thabbit qulubana ya Allah.

No comments: