Thursday 15 May 2014

Sebuah dedikasi : Semoga istiqamah tak berbelah bahagi.



Bila budak junior junior aku ni sibuk update sana sini masuk mana, buatkan aku teringat dulu punya cerita. Tika mana dapat pilihan pertama, memang gembira dia satu dunia lah rasa gegarnya -_-. Mungkin sebab dari sekolah rendah lagi dah selalu main main kat UIA, tu yang tak nampak dah bila nak sambung kat universiti lain.

Dekat dengan rumah pon dekat sangat. Tiap kali lepas solat jumaat, bawak motor terus cabut balik rumah. Datang balik hari Isnin, tu pon terus pergi kelas. Baik punya perangai kan?

Tapi itu aku yang dulu.
Tika mana masih kabur sebenarnya apa tujuan hidup aku.
Buat semua sekadar nak puaskan nafsu.
Tanpa fikir Allah punya seru.

Jadinya, ini sekadar dedikasi aku buat junior aku terutamanya,
Antara batch bawah yang paling aku rapat.

Bukan. Ini bukan post untuk memaksa ke apa.
Pilihan semua berada pada kalian sentiasa.
Cuma sekadar nasihat buat semua.

________________

Makanya, bismillah.

Mungkin. 
Kala mana ada yang sibuk isi borang berpuluh muka.
Cari kelengkapan sini sana.
Minta nasihat dari siapa saja.
Eksaited dia tak payah cerita.
Buatkan kita semua lupa.

Kehidupan seorang mahasiswa.
Adalah kehidupan berat tanggungjawabnya.
Semua benda berbalik kepada keputusan kita.
Nak buat apa kita suka.

Nak berada dalam suasana yang baik?
Atau nak balas dendam buat apa yang dulu kita tak boleh buat?

Ikutlah. Tak akan lagi siapa yang kisah :)

Tapi, nak bawak kalian semua ingat kembali.
Asal usul hidup kat dunia ni.
Bukan sekadar lepas SPM.
Bukan sekadar sambung belajar dapat ijazah.
Malah, bukan sekadar ikut suka apa kita nak.

Kat dunia lepas ni lah.
Kalian akan jumpa bermacam cerita.
Bermacam ragamnya
Pelbagai latar belakang kawan baru semua.

Nak cari kawan yang macam mana?
Itu pon ikutlah kalian punya suka.

Nak tukar dari tudung labuh ke 'free hair'.
Atau seluar panjang kepada seluar pendek.
Heh. Buatlah apa kalian mahukan.

Tapi, jauh di sudut hati.
Mesti akan ada yang terkesan.
Dengan kita punya perubahan.

Percayalah.
Usrah yang tiap minggu kita ikut dulu,
Mabit, Iftar, Iktikaf yang diadakan berkala.
Kawan kawan yang sentiasa ingatkan kita.
Cikgu Ustaz yang tak pernah lekang ada sentiasa.

Semuanya tak akan beri apa apa.
Kalau kita yang tak pandai pilih persekitarannya.
Dunia luar dan dunia dalam sekolah.
Pasti jauh bezanya.

Jangan ingat,
Yang dulu alim pendiam kat sekolah.
Akan terus istiqamah.
Dan yang paling bermasalah.
Tak akan join usrah.

Hidayah itu memang milik Allah.
Tapi kita lah yang kena berubah.

Jadinya,

Buat kalian bakal mahasiswa seluruh dunia.
Jangan lupa terus mencari persekitaran baik sentiasa.
Jangan tinggal quran yang dulu di tangan sentiasa.
Jangan lupa cari mereka mereka yang bisa bawak kita jauh dari dosa.

Oh yee.
Jangan ditukar tudung labuhnya.
Jangan disimpan seluar panjangnya.
Jangan pandai buka auratnya.

Semoga.
Walau kat mana kalian berada.
Tetap hati dan jiwa kalian ingat Allah sentiasa.

Andai berubahnya kalian nanti,
Moga bawa kalian ingat kembali.
Asal usul diri sendiri.
Dan buatkan anda ingat yang akhirnya kita akan mati.
Jadinya, bila nak langgar syariat Ilahi,
Fikirlah dua tiga kali :)

Selamat.
Mngistiqamahkan diri tak berbelah bagi.
Atas dunia yang pastinya banyak menipu ini!

Semoga.
Allah mudahkan langkahan kalian.
Dalam menggali ilmu seluas lautan.
Yang akhirnya, bawakan kalian kembali dekat dengan Tuhan.

Selamat datang ke dunia baru,
Bakal graduan kubur semua :)


No comments: