Saturday 24 May 2014

Aku mula jatuh cinta dengan periksa!


Tadi, pertama kali selama aku ambil periksa. Masa terasa sangat sangat dan sangat kejap! Angkat kepala. Tengok kiri kanan depan belakang, kelas dah kosong. Semua dah keluar awal. Padahal aku ada banyak lagi soalan tak berjawab.

Bila fikir balik, tak ada pulak aku menerawang fikir Malaysia ke, zaujah solehah ke *eh*, atau apa apa benda lain lah. Memang fokus pada kertas. Maka di saat saat akhir, mula lah adegan hentam kromo sini sana dalam 10 soalan jugak lah bagi aku.

Entah. Pertama kali dalam sejarah hidup aku. Keputusannya? Aku akan belajar untuk tawakkal dan redha apa jua yang bakal tertera di skrin komputer aku nanti.

_______________________

" Weh, Muaz. Aku tak sabar nak habis periksa. Kau tak gembira ke? "

" Entah. Tak ada perasaan. "

" Erk pelik! "

" Nak jadi supersaiya kan, kena lah unik. "


Dua dua diam.

" Entah lah. Aku dah mula jatuh cinta dengan periksa. "


Terbeliak mata dia pandang aku.

***********
Entahlah. Korang tak pernah rasa ke benda ni?

Okay memang aku sorang je suka rasa benda benda pelik ni -_-

Sebab bagi aku.

Bila lagi kau nak tengok ramai orang,

Dari rumah ke kelas sepanjang masa belek dan baca buku kat tangan. Sampai lintas jalan tak payah toleh kiri dan kanan dah. Jalan jee sambil baca buku. Tak kena langgar dengan kereta punya! Hebat bak hang tawakkal dia :3

Bangun awal pagi sokmo qiyam rumah bercahaya semata untuk menelaah buku yang biasanya pada hari lain dah sah mimpi naik sampai langit ke tujuh sana.

Tak tidur lepas subuh dengan gigih menelaah buku sengkang mata yang biasanya kalau lepas subuh bantai tidur sampai matahari tegak pon tak bangun bangun lagi (serius. orang macam ni korang jangan jadikan suami atau isteri -_-)

Doa makin diperkuat dan hebat sambil pejam mata minta doa pada Allah supaya doktor bagi soalan senang dan markah bonus.

Haa. Cuba bagitahu bila lagi korang akan jumpa momen momen macam ni?

Selain dari kalau bukan waktu periksa?

Yang mana malam malamnya tak akan dipenuhi di kedai kedai kopi dengan remaja yang sibuk bicara tentang dunia.

Yang mana malamnya juga di rumah rumah mahupun kamar tidur diterangi dengan cahaya bilik yang di bawahnya sedang punya orang ligat menonton movie mahupun bermain game dengan rancaknya.

Tapi,

Pada malamnya dihabiskan masa mereka dengan menelaah buku, study group sini sana sampai subuh kala.

Serius lagi.

Bila lagi kalian akan jumpa?

Tak lain tak bukan waktu periksa!

________________________________

Hebat tak hebat sebenarnya penangan periksa ni untuk kita.

Tapi,

Itu dunia.

Akhirat kita macam mana yee?

Ada ke sanggup kita baca quran dari rumah sampai kelas.

Qiyam tanpa perlu dikejut orang.

Baca tak kira masa walau di mana.

Tuhan, ampuni dosa kami.
_________________________________

Dan, jujurnya berlaku kat atas jiwa aku sendiri.

Dah lama tak bukak laptop habiskan masa berjam entah buat apa sebab siap sedia untuk periksa.

Jiwa tak dikacau dengan gangguan syaitan kerna sibukkan diri dengan menghafal apa yang tertulis di  buku buku.

Dan benda ni berlaku kat aku sendiri.

Bahkan, tak ada masa untuk buat maksiat sentiasa!

Wallah aku tak tipu!

_________________________________

Serius aku terasa dengan kunjungan dan kesan periksa ni kat hidup aku.

Sebab tu, kala orang suka habis periksa memang aku akan cakap aku tak ada perasaan.

Sebab aku takut. Bila habis je periksa, aku akan kembali kepada hidup aku yang lama.

Yang dihabiskan dengan lepak borak benda tak ada manfaaatnya.

Menghabiskan air mata melawan seksanya penangan syaitan durjana yang bisikkan kegelisahan kat hati manusia.

Duduk di hadapan laptop berjam lamanya yang buatkan kita tak sedar dah lama berkumandang azannya.

Tidur berpuluh jam lamanya hanya kerna pada siangnya sibuk berfoya sini sana.

Tuhan, ampuni lagi dosa dosa kami!

____________________________________

Walaupun jujurnya, semester ni keputusan aku jatuh sejatuhnya.

Seakan untuk periksa akhir ini, tak ada subjek yang boleh aku senyum mahupun bangga dengannya.

Aku akan bersedia dengan apa jua markah yang aku terima.

Sebab betapa sebenarnya.

Aku merasa sentuhan terus dari Allah tepat kena kat hati aku.

Buatkan aku rasa susahnya aku dalam menjawab adalah kerana dosa dosa aku yang melambung tinggi banyaknya.

Yang bersepah sini sana dalam diri yang masih aku tak sucikan lagi dengan istighfar sentiasa.

Kerna itu,

Aku katakan pada kalian.

Aku mula jatuh cinta dengan periksa!

Bila lagi eh kita nak berubah sebenarnya.

Jalan itu, Allah dah tunjuk caranya.

Cuma hati kita ni lembut atau tak je sebenarnya.

Fuh!

________________________________________

Sekiranya.

Lepas habis saja semester ini,

Aku kembali ke diri aku yang lama

Yang di mana jahiliyyahnya berleluasa.

Hipokrit ke aku?

Haa. Nantikan entri seterusnya.

Teaser Teaser...

2 comments:

Ammar Hanapiah said...

Scorer boleh laaa ..ohoi

Unknown said...

Ammar Hanapiah,

Eh? Cakap dengan cermin ke kamu? *hulur cermin* :P

Hamboii. Berohoi yee sekarang. Siapa ajar ni :3