Friday 27 June 2014

Aku berdebar...



" Bulan Ramadhan bulan dijauhkan azab api neraka. "

" Bulan Ramadhan bulan diampunkan segala dosa. "

" Bulan Ramadhan bulan mengejar pangkat taqwa. "

" Bulan Ramadhan bulan dibuka pintu syurga ditutup pintu neraka. "

..........

" Ramai antara kita solat terawih tapi tak mampu solat subuh. "

" 5 jam waktu tidur digunakan untuk apa? "

" Sepatutnya 5 jam tidur itu dah lebih daripada cukup! "

.........

Allah. Satu persatu kata tertusuk dalamnya saat sang khatib sibuk melemparkan dari atas mimbar. Seakan satu cliche, semua masjid akan gunakan Ramadhan sebagai tajuk khutbah menyentuh hati hati para jemaah hari ini.

Teringat. Perbualan aku tempoh hari.

" Dah nak Ramadhan. Kejap jee dah setahun. "

" Agak agak ibadah kita selama ni Allah terima ke? "

" Entah lah. Tak sabar nak Ramadhan! "

" Pelik aku.. "

" Kenapa? "

" Ramai orang tak sabar nak masuk Ramadhan. Tapi sampai aku. Serius aku takut. "

" Takut kenapa? "

" Takut tak jumpa dengan Ramadhan. "

___________________

Betapa sebenarnya sejak dua menjak ini muncul banyak banyak berita dari mana saja tentang kematian insan insan yang aku kenal. Bahkan. Dan malah. Tubuh sosok antara mereka memang sihat.

Bila mana Allah dah tetapkan,

Makanya untuk tahun ini. Tiada peluang untuk mereka ketemu Ramadhan lagi.

Cukup. Ramadhan tahun lepas menjadi Ramadhan terakhir buat mereka.

Habis tu aku?

Walaupun esok dah nak mula solat terawih buat pertama kali secara berjauhan dengan keluarga.

Apakah punya jaminan?

Sempat untuk aku ketemu dengannya.

Selama ini.

Qiyamnya entah ke mana.

Tilawahnya sekadar cukup ala kadar saja.

Solat sunat buat bila rasa rajin cuma.

Tadabbur? Heh lagi lah. Bila teringat di kepala!

Kononnya dengan harapan..

Semoga. Ramadhan kali ini berjaya ubah aku.

Maka, mula lah pasang azam tip top nak buat itu ini semua.

Cukup sebulan medan latihan.

Malam hari raya saja,

Qiyam tak ada.

Solat sunat tak jaga.

Quran pon lupa letak ke mana.

Astaghfirullah.

Itu mungkin aku yang selama ini.

________________________

Ramadhan oh Ramadhan.

" Wahai orang orang Beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. "
(Albaqarah : 183)

Kalau difahami ayat ini secara mendalam,

Fasa pertama dalam ayat ini, Allah tujukan buat orang orang yang Beriman.

Dan pada fasa terakhir, Allah kata puasa ini menjadikan seorang mukmin itu kepada muttaqin.

Tu diaaaa.

Kerna Ramadhan ini benar benar dan benar beri kesannya buat orang orang yang Beriman!

Supaya daripada darjat orang beriman menjadi lebih tinggi iaitu orang yang bertaqwa.

Ohoi soalannya.

Kita ni golongan mukmin ke tak?

Mungkin di situ permainannya.

Ramadhan..

Sebenarnya bukan untuk mereka yang biasa.

Bukan untuk mereka yang gembira kerna sekadar bisa membuat ibadah sebanyaknya.

Malah lebih daripada itu..

Supaya habis saja sesi Ramadhan ini,

Menjadikan kita seorang yang bertaqwa.

Amal amal yang kita perbuat selama satu bulan dalam madrasah Ramadhan,

Mampu istiqamah hasilnya untuk 11 bulan selepas itu.

_____________________________

Dan untuk tahun ini,

Pertama kali *kalau diizinkan oleh Dia*,

Untuk melalui madrasah ini di tempat baru.

Entah kenapa.

Tak ada perasaan sebenarnya.

Kerna mungkin.

Aku sedang belajar.

Kat mana pon aku berada.

Tanah jenis apa pon aku sedang pijak.

Tetap aku adalah seorang hamba Tuhan yang tak lari dari 2 misi utama.

Jadi,

Jangan kerna tempat mahupun suasananya berbeza.

Menjadikan aku orang yang lain setiap masa.

Biar.

Benar benar menjadi seorang hamba sepenuhnya.

Tak kira masa....

Doakan aku dia mereka semua di sini.
_____________________________

Ya Allah, sampaikanlah kami dengan Ramadhan.

Semoga.

Benar benar Ramadhan itu menjadikan kita golongan mukminin.

Dan akhirnya menjadikan kita antara golongan muttaqin!

Semoga.

Selamat.

Melalui fasa Ramadhan.

Dan semoga lagi.

Andai ini Ramadhan terakhir kita.

Ramadhan ini benar benar yang terbaik buat kita.


Supersaiya.

Friday 20 June 2014

Ke 26

Entah kenapa.

Malam ini aku tak boleh tidur.

Habiskan beberapa jam untuk entri ini.

Padam. Tulis. Padam. Tulis.

Entah ni kali keberapa puluh baru berjaya aku karang sepenuhnya.

__________________________________________


"Macam mana untuk istiqamah eh?"

"Doa kat Allah?"

Seakan aku rasa aku dah tak larat untuk menulis kat sini.

Rasa nak delete pon ada jujurnya.

Memang sengaja aku biarkan blog ni lama tak diupdate.

Sebab aku takut aku sekadar pandai melakar kata kata.

Tapi tak sekencang bila beramal kat luar sana.

__________________________________________

Bila aku musafir ke Turki dan balik ke sini.

Soalan biasa,

"Best tak bercuti?"

"Entah. Standard perasaan orang bercuti?"

"Memang tak ada perasaan kau ni!"
Memang. Aku rasa hati tak hidup sangat semasa aku musafir tempoh hari.

Cuba kau bayangkan.

Kau pergi negara yang mana boleh kata lebih 90% adalah muslim,

Tapi muslim sekular.

Apa kau rasa?

Tak ke rasa penangan Allah nak tunjuk sebenarnya.

Kerja kau banyak lagi sebenarnya!

______________________________________

"Best pergi sini sana buat semua?"

Memang gembira saja buat semua benda kat sana.

Tapi perasaan gembira tu datang kejap cuma.

Kemudian perasaan tu hilang dan momen itu kekal sebagai pengalaman sebenarnya.

"Tak rasa ke habis duit jalan kat sana lama lama?"

Kalau sekadar musafir untuk penuhkan gallery dengan gambar kita,

Memang lah terasa bazirnya kot.

Tapi alhamdulillah.

Tetap aku rasa beruntung.

Allah pilih aku.

Untuk ditampar muka sekuat hati segala.

_____________________________________

Bila pergi ke tempat yang banyak pelancong terdedah sini sana.

Persoalan yang aku tanya,

"Aku tengah gadaikan iman ke apa sebenarnya ni?"

Mungkin.

Macam tu lah kot perasaannya.

Bila sampai ke negara yang muslimnya boleh dikira.

Dengan bilangan kita yang sedikit cuma,

Mampu ke nak tarik mereka semua dapat apa yang kita rasa?

Dan tengok banyak lagi bilangan mereka?

Boleh ke aku masuk syurga?

Dengan sekadar menahan dengan hati saja?

Tanpa bisa terangkan kepada mereka sepenuhnya?

___________________________________

Hingga boleh berdoa,

" Ya Allah, jangan kau matikan aku kat sini. Aku tak nak ya Allah."

Jujur memang aku takut waktu tu.

Takut takut kat situ jugak Allah tarik nyawa aku.

Aku tak cakap salah pergi tempat tu.

Apa yang buat aku rasa berdosa

Melihat maksiat penuh tanpa pernah aku jumpa dengan mata kepala.

Kerna aku tak mampu buat apa apa.

Hanya sekadar pejamkan mata lah kononnya.

_________________________________

Benarlah.

Syahadatul Haq itu berat rasanya.

Bagaimana untuk jadikan dunia ini sebagai saksi.

Kelak tiada alasan diberi.

Sedangkan ramai lagi perlukan sentuhan hati.

Dan aku seakan rasa nak putus asa dengan jalan ini.

______________________________

Post ini.

Sekadar refleksi buat aku dan kau lagi.

Supaya tak rasa selesa dengan islam yang kita dapat hari ini.

Bila mana saat kita makin dekat dengan syurga nanti.

Tapi kerna mereka mereka ini.

Buatkan makin jauh syurga tu nanti.

Sekadar.

Mahu kalian tahu rasa dan fikir.

Kalau lah nak putus asa dalam berdakwah.

Fikirlah.

Apa nanti nak jawab depan Allah.

Bila mana mereka mereka ini claim yang kita tak buat dakwah.

Thabbit qulubana, ya Allah

Syurga. Syurga. Syurga.

Layak ke aku sebenarnya?

Dengan maksiat keliling sini sana.

Tapi aku tak mampu buat apa apa!