Friday 27 June 2014

Aku berdebar...



" Bulan Ramadhan bulan dijauhkan azab api neraka. "

" Bulan Ramadhan bulan diampunkan segala dosa. "

" Bulan Ramadhan bulan mengejar pangkat taqwa. "

" Bulan Ramadhan bulan dibuka pintu syurga ditutup pintu neraka. "

..........

" Ramai antara kita solat terawih tapi tak mampu solat subuh. "

" 5 jam waktu tidur digunakan untuk apa? "

" Sepatutnya 5 jam tidur itu dah lebih daripada cukup! "

.........

Allah. Satu persatu kata tertusuk dalamnya saat sang khatib sibuk melemparkan dari atas mimbar. Seakan satu cliche, semua masjid akan gunakan Ramadhan sebagai tajuk khutbah menyentuh hati hati para jemaah hari ini.

Teringat. Perbualan aku tempoh hari.

" Dah nak Ramadhan. Kejap jee dah setahun. "

" Agak agak ibadah kita selama ni Allah terima ke? "

" Entah lah. Tak sabar nak Ramadhan! "

" Pelik aku.. "

" Kenapa? "

" Ramai orang tak sabar nak masuk Ramadhan. Tapi sampai aku. Serius aku takut. "

" Takut kenapa? "

" Takut tak jumpa dengan Ramadhan. "

___________________

Betapa sebenarnya sejak dua menjak ini muncul banyak banyak berita dari mana saja tentang kematian insan insan yang aku kenal. Bahkan. Dan malah. Tubuh sosok antara mereka memang sihat.

Bila mana Allah dah tetapkan,

Makanya untuk tahun ini. Tiada peluang untuk mereka ketemu Ramadhan lagi.

Cukup. Ramadhan tahun lepas menjadi Ramadhan terakhir buat mereka.

Habis tu aku?

Walaupun esok dah nak mula solat terawih buat pertama kali secara berjauhan dengan keluarga.

Apakah punya jaminan?

Sempat untuk aku ketemu dengannya.

Selama ini.

Qiyamnya entah ke mana.

Tilawahnya sekadar cukup ala kadar saja.

Solat sunat buat bila rasa rajin cuma.

Tadabbur? Heh lagi lah. Bila teringat di kepala!

Kononnya dengan harapan..

Semoga. Ramadhan kali ini berjaya ubah aku.

Maka, mula lah pasang azam tip top nak buat itu ini semua.

Cukup sebulan medan latihan.

Malam hari raya saja,

Qiyam tak ada.

Solat sunat tak jaga.

Quran pon lupa letak ke mana.

Astaghfirullah.

Itu mungkin aku yang selama ini.

________________________

Ramadhan oh Ramadhan.

" Wahai orang orang Beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. "
(Albaqarah : 183)

Kalau difahami ayat ini secara mendalam,

Fasa pertama dalam ayat ini, Allah tujukan buat orang orang yang Beriman.

Dan pada fasa terakhir, Allah kata puasa ini menjadikan seorang mukmin itu kepada muttaqin.

Tu diaaaa.

Kerna Ramadhan ini benar benar dan benar beri kesannya buat orang orang yang Beriman!

Supaya daripada darjat orang beriman menjadi lebih tinggi iaitu orang yang bertaqwa.

Ohoi soalannya.

Kita ni golongan mukmin ke tak?

Mungkin di situ permainannya.

Ramadhan..

Sebenarnya bukan untuk mereka yang biasa.

Bukan untuk mereka yang gembira kerna sekadar bisa membuat ibadah sebanyaknya.

Malah lebih daripada itu..

Supaya habis saja sesi Ramadhan ini,

Menjadikan kita seorang yang bertaqwa.

Amal amal yang kita perbuat selama satu bulan dalam madrasah Ramadhan,

Mampu istiqamah hasilnya untuk 11 bulan selepas itu.

_____________________________

Dan untuk tahun ini,

Pertama kali *kalau diizinkan oleh Dia*,

Untuk melalui madrasah ini di tempat baru.

Entah kenapa.

Tak ada perasaan sebenarnya.

Kerna mungkin.

Aku sedang belajar.

Kat mana pon aku berada.

Tanah jenis apa pon aku sedang pijak.

Tetap aku adalah seorang hamba Tuhan yang tak lari dari 2 misi utama.

Jadi,

Jangan kerna tempat mahupun suasananya berbeza.

Menjadikan aku orang yang lain setiap masa.

Biar.

Benar benar menjadi seorang hamba sepenuhnya.

Tak kira masa....

Doakan aku dia mereka semua di sini.
_____________________________

Ya Allah, sampaikanlah kami dengan Ramadhan.

Semoga.

Benar benar Ramadhan itu menjadikan kita golongan mukminin.

Dan akhirnya menjadikan kita antara golongan muttaqin!

Semoga.

Selamat.

Melalui fasa Ramadhan.

Dan semoga lagi.

Andai ini Ramadhan terakhir kita.

Ramadhan ini benar benar yang terbaik buat kita.


Supersaiya.

No comments: