Saturday 1 November 2014

Khusus buat mereka yang ke 20.

Satu persatu muka mereka tunduk,

" Jangan AlAmin hancur sebab antum! "

" Antum tinggal beberapa bulan je lagi. Apa antum dah sumbang? "

" Apa antum nak buat dalam masa yang berbaki? Ana nak sorang sorang cakap. "

" Antum kena rasa AlAmin ni aset berharga. "

" Yang penting, apa apa jadi lepas ni jangan tinggalkan tarbiyah. "

" Ana tak tahu bila lagi ana dapat jumpa antum. Yang penting. Jaga diri masing masing kat mana pon antum lepas ni. "



Amanat terakhir aku beri kepada sebahagian besar dari mereka beberapa hari sebelum aku pulang. Ambil keputusan jugak untuk jumpa mereka. Kerna mungkin. Lepas ni dah tak ada peluang untuk jumpa. Melainkan. Aku bisa jumpa mereka di syurga. Hakikatnya, masih jauh syurga dengan aku jaraknya.

Orang pernah tanya,
" Nta memang jadi mentor batch diaorang eh? "

Kerna Allah yang memberi rasa sayang itu. Makanya aku pon tak tahu apa istimewanya mereka. Pastinya. Antara aku dan mereka. Banyak jugak sedikit sebanyak mereka membentuk aku tanpa mereka sedar.

Tika mereka.
Tingkatan 1, ditaklifkan jadi AJK Aktiviti kem Asas mereka.
Tingkatan 2, AJK Aktiviti dan Kem Komanden XPDC
Tingkatan 3, Menjadi naqib kepada sebahagian kecil dari mereka. Serta Pengarah kem Smart Study
Tingkatan 4, Pengarah kem WAFA dan IKTIKAF
Tingkatan 5, Sekadar sempat beri motivasi 10 minit lamanya. 

Kalau dihitung masa aku dengan junior. Aku rasa dengan mereka paling banyak aku habiskan masa. Paling banyak aku bercerita. Paling aku tak kisah untuk berkongsi apa aku rasa.

Mungkin sebenarnya. Banyak lagi aku nak bercerita. Tapi takpelah. Biarlah Allah yang menjaga mereka semua sentiasa.

...........



Makanya bismillah.

Di entri khusus ini, suka sebenarnya. Untuk tinggalkan sesuatu buat mereka. Sebelum dilepaskan sehabisnya entah ke mana aset ummah berharga ini.

Aku pernah kata, 
Berjaya itu bukan pada apa keputusannya. Tapi sejauh mana usaha kita.

Kalian mengerti bahkan mengetahui.
Perjalanan yang bakal kalian tempuh lepas ini. Kita sendiri tak mengerti. Apakah penyudahan keputusan kita nanti.

Apa yang pasti.
Mungkin. Ia adalah sesuatu. Yang bakal mencorakkan kalian di kemudian hari.

Nasihat aku buat kalian.
Ada dua kunci utama.

Hubungan dengan Allah.
Hubungan dengan manusia.

Perjuangan dalam belajar tak cukup sekadar kejar straight A penuh berjela.
Tapi amalan fardinya langsung tak terjaga.

Makanya,

Selamat menempuh sebulan lamanya.
Mungkin ia bukan segalanya.
Tapi ketahuilah.
Kadang, keputusan yang baik itu bisa mengukir senyum orang terdekat dengan kita.

Kena rasa.
Akademik adalah salah satu aset.
Yang sangat berharga.

Akhir kata,

Salam juang.
Semoga dijauhkan dari putus asa.
Semoga tak termakan dengan enaknya dunia.
Semoga jauh dari alpa hidup senangnya kita.

Betapa ramai sebenarnya.
Doakan buat kalian sentiasa.
Maka jangan kecewakan mereka.

Tak terlambat aku rasa.
Untuk kalian berubah sehabisnya.

Perjuangan kalian dalam SPM.
Menjadi peluang untuk kalian buktikan.
Dengan dorongan yang banyak dari semua pihak.
Dari perhatian yang kalian peroleh dari guru semua. 
Yang kalian boleh peroleh yang terbaik buat mereka.

Dan untuk Allah pastinya.

Bittaufiq wannajah buat semua.
Semoga kejayaan milik semua.
Semoga syurga tempat kita berjumpa semula.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa dosa mereka. Lapangkanlah dada mereka. Kuatkan lah ingatan mereka. Jauhkan mereka daripada cuai tika jawab periksa. Berikan yang terbaik buat mereka. Permudahkan urusan mereka. Jadikan mereka aset berharga untuk ummah di luar sana. Berikan yang terbaik buat tiap satu dari mereka. Semoga kejayaan di dunia dan akhirat menjadi milik mereka."

Irbid, Jordan.

No comments: