Di tengah umat yang kian tenat. Apa status kau wahai pejuang umat? |
Hari berganti hari. Waktu terus berlalu. Malam berganti pagi. Pagi berganti petang. Petang berganti malam. Sahur diganti iftar. Iftar disambung solat terawih. Kemudian bersambung sahur sekali.
Wahai sebenarnya saat ini.
Kemarahan kat diri sendiri memuncak sangat tinggi. Perasaan benci kat diri sendiri seakan tak nak pergi. Aku. Tak ubah seperti robot yang tak punya hati. Berulang alik ke sana ke sini. Berganti hari demi hari. Tapi. Masih tetap dengan aku yang seperti ini.

Diri aku.
Yang masih degil untuk berubah saat mereka di sana terpancut darah.
Yang masih degil untuk berubah saat mereka di sana terpancut darah.
Yang masih malas untuk bertindak saat mereka di sana hancur ditembak.
Yang masih tidur saat mereka di sana tak sempat bersahur.
Yang punya masa lapang saat mereka di sana tak pernah rasa kenyang.
Sungguhnya pada aku, aku melihat banyak lopongnya. Banyak yang tak terkira!
Di saat mereka sedang sibuk menyiapkan diri menjadi ahli syurga.
Aku pula sedang sibuk melayan dunia.
Aku pula sedang sibuk melayan dunia.
Di saat mereka sedang sibuk mengubati si anak kecil yang kepala mereka dibedil.
Aku pula sedang tidur lena menikmati empuknya sang katil.
Di saat mereka mencari ruang memohon kekuatan lagi sikit supaya bertahan.
Aku pula berdoanya cukup cukup makan.
Di saat air mata mereka gugur menahan sakitnya rasa.
Aku pula sibuk mencari masa untuk dapatkan tidur yang lena.
Entah ini kali ke berapa sebenarnya. Aku menulis pasal perasaan mereka. Hakikatnya, tak sama tangan yang menulis cerita. Dan tangan yang sedang mengalir darah padanya.
Perasaannya tak sama. Egonya masih ada. Asyik asyik tersentak dengan cerita mereka. Menangis sentiasa saat menghayati perasaan mereka.
Namun.
Kejap saja masanya, aku kembali larut kepada dunia. Cukup sudah sebenarnya aku kira. Hentakan yang dirasa selama. Sampai kadang kadang aku lali dah rasa. Bila datang sebegini punya cerita, rasa sedih tak puas hati lah pada awalnya.
Tapi akhirnya entah ke mana aku larut sebenarnya?
Tersentak dua saat. Kemudian tidur lama kononnya penat. Oh sebenarnya baru aku tahu. Bukan sekadar ummat yang tenat. Tapi aku. Menjadi punca kepada tenatnya sebuah umat.
Aku kira sebenarnya. Masih tak terlambat untuk buat perubahan walaupun sedikit. Sepertimana kita terkesan dengan apa yang sedang berlaku dengan muslim di luar sana, maka wajarlah sekiranya kita ambil langkah perubahan yang sebaiknya.
Aku jua ingin cuba belajar seperti mereka macam mana rasanya bila pisahkan diri sebetolnya dengan dunia. Merasai nikmat penat berjuang. Merasai masa yang penuh dengan kerja. Menghadapi malam yang tidak cukup tidurnya. Qiyam yang sentiasa terjaga. Ibadah yang pada hati punya kesannya.
Maka, untuk 11 bulan akan datang? Kau nak tumbang lagi kepada syaitan?
Cukup. Cukup. Cukup.
Aku kira sampai sini. Untuk aku bawak diri aku terutamanya dan kalian yang sedang membaca muhasabah diri. Kerna akhir hidup kita adalah kematian. Bayangkanlah. Saat kita dihimpunkan nanti di padang mahsyar.
Bersama para syuhada di Gaza, dan saat mereka tanya.
Takkan nak jawab.
Allah. Malunya rasa nanti....

" Ramadhan ini adalah sebuah institusi. Allah bagi kita 30 hari tanpa syaitan untuk kita latih diri kita. Kalau tak dilatih sekarang, lepas Ramadhan kita akan tumbang lagi kepada syaitan. "
-Ustaz Nouman Ali Khan-
Maka, untuk 11 bulan akan datang? Kau nak tumbang lagi kepada syaitan?
Cukup. Cukup. Cukup.
Aku kira sampai sini. Untuk aku bawak diri aku terutamanya dan kalian yang sedang membaca muhasabah diri. Kerna akhir hidup kita adalah kematian. Bayangkanlah. Saat kita dihimpunkan nanti di padang mahsyar.
Bersama para syuhada di Gaza, dan saat mereka tanya.
"Apa kau dah buat untuk bantu kami?"
Takkan nak jawab.
"Aku dah tidur sepanjang hari. Tengok bola dari malam ke pagi. Berhibur sana sini..."
Allah. Malunya rasa nanti....
Kerna jihad mereka melawan israel sang durjana. Jihad kita melawan nafsu semata. Maka lantas ditanya pada jiwa. Buat mereka status aku apanya? Cukupkah sekadar menjadi keyboard warrior? |
Ada masa. Kita jumpa lagi. Doakan aku bisa jua tumbang sebagai syahid nanti.
Teringin. Berborak bersama mereka di sana nanti. Semoga!
Salam muhasabah.
Akhukum.
Akhukum.
No comments:
Post a Comment