Saturday 30 August 2014

MERDEKA..


31 Ogos 1235
0000

"Merdeka!"

"Merdekaaa!"

"Merdeka!"

"Merdekaaaa!"

"Merdeka!"

"Merdekaaaa!"

"Takbiiiirr!"

"Allahuakbar!"

"Takbiiiiirrr!"

"Allahuakbar!"

"Takbiiiiirrrr!"

"Allahuakbaaarrr!"

Bergegar satu stadium saat laungan merdeka dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 9. YAB Dato' Dr Haji Muhammad Jiwa. Seakan. Satu negara merasai kemerdekaan sebenar. Linangan air mata yang turun pada setiap jiwa yang hadir memenuhi tiap sudut stadium itu menjadi bukti. Bahawa. Momen ini. Adalah antara momen yang telah ditunggu selama ini.

Menjadi bukti. Penat lelah mereka. Tiap pejuangan mereka. Pengorbanan mereka. Harta. Jiwa. Raga. Yang diberikan pada perjuangan sebelum ini. Akhirnya terbayar pada saat ini. Saat di mana. Negara mereka, Malaysia. Sudah merdeka. Dari segala musuh musuh yang telah berjaya mencengkam jiwa mereka selama ini.

Kalau diselusuri kisah perjuangan mereka semua. Tiap satu dari mereka. Pastinya adalah pejuang pejuang yang telah berjaya mengalahkan musuh musuh yang berperang di jiwa mereka. Tidak kisah. Baik lelaki mahupun perempuan. Baik tua mahupun mudah. Baik remaja mahupun anak kecil.

Yang pastinya. Hari ini. Negara mereka telah bebas. Aman. Bersih dari segala jenis cengkaman. Baik dalam mahupun luar.

111 tahun. Begitu lamanya untuk mereka mengembalikan keamanan buat negara mereka. Tahun 1924. Menjadi bukti kejatuhan negara mereka kepada tentera 'musuh'. Sejak daripada itu, negara mereka menjadi kacau bilau. Tak tenteram. Rumah rumah diceroboh masuk. Anak anak perempuan dirogol sepuasnya. Siapa saja yang ke masjid, pasti akan syahid di tengah jalannya.

Belum cerita lagi. Andai kata, musuh tahu mereka adalah seorang muslim. Pasti akan dipancung kepala tanpa sebarang rasa belas kasihan.

Hanya mereka yang merasai perjuangannya lebih tahu peritnya.

Tapi hari ini.

Musuh itu mereka berjaya kalahkan. Perjuangan mereka berjaya berada di puncaknya. Saat mereka berjaya menawan kembali Malaysia. Menyelamatkan tiap jiwa jiwa yang ada. Menjadi bukti. Kemerdekaan kali ini sungguh bermakna.

Saat masjid masjid semakin dipenuhi dengan tiap golongan rakyatnya. Anak anak perempuan bertutup litup tudungnya. Kes rogol maksiat penderaan turun dengan mendadaknya. Berita mula menyiarkan berita yang gembira saja. Masalah sosial berkurang banyaknya. Anak muda mula bersemangat menjadi barisan pertama perjuangan mereka.

Sungguh. Saat yang ditunggu sentiasa.

Dan malam ini. Semuanya terbukti!

_____________________________________

Aduhai...

Ini adalah angan aku semata?

Atau memang bisa menjadi realiti kita?

Tengok pada cermin.

Kau nampak wajah yang tertera padanya?

Tanya pada dia.

Dalam umat ini, kau berada di mana?

Dalam jalan juang ini, besar mana jiwa kau berikan?

Dan dalam merdeka ini,

Apa kau rasakan?

Untuk merdeka yang sebenar,

Apakah bisa aku menjadi pejuangnya?

Atau sekadar menjadi bebanan buat semua?

Allah telah berjanji pada orang-orang yang beriman dan beramal saleh di antara kalian bahwa mereka akan menjadi penguasa di muka bumi sebagaimana Allah telah memberi kekuasaan (khilafah) pada orang-orang sebelumnya, dan Allah akan mengokohkan agama dan ajaran yang mereka ridhai dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan dan ketenangan
(AnNur : 55)

Salam Merdeka buat semua.

Selamat bebaskan diri dari cengkaman jahiliyyah durjana.

OH kau nak tahu apa merdeka sebenar?

Berjuanglah sehabisnya.

Nescaya, ganjarannya syurga!

No comments: