Wednesday 1 April 2015

Semalam.


Gerak dari rumah pukul 3.45 petang. 4.00 sampai kat kompleks bas. Cari coaster (bas kecil). Nasib tak baik. Orang tak ramai. Jadi kena tunggu penuh baru gerak. Tengok waktu asar kat phone. Asar masuk dalam 4.13.

Whatsapp Abah Ummi,

"Muaz dah nak gerak"

"Fi amanillah wa barakatillah."


Silap aku.

Aku sangka Asar masuk 4.20. Kau tahu, dalam menuntut ilmu menjadi seorang pelajar. 1 minit itu sangat berharga! Boleh jadi dengan seminit yang kau datang lambat, kau boleh tak dapat point utama. Atau cliche lagi. Doktor akan tanda sebagai kau tak hadir!

Itu. Pengajaran pertama.

Tiba tiba disapa. Sambil dia keluarkan rokok.

"Kau dari mana?"

"Malaysia."

"Kau cakap arab tak?" 

"Cakap."

"Berapa lama kau belajar untuk boleh cakap arab?"

"Aku belajar dari sekolah dulu."

"Peratus kau berapa?"

"Adalah dalam ehem ehem."

Dia terkejut. Aku dengar kawan lain dia cakap seakan aku bukannya faham apa yang aku belajar. Banyak menghafal. Kot. Simplistik!

"Bahasa kau mudah tak?"

"Mudah."

"Marhaba maksud dia apa."

"Selamat."


"Se..la..man..?"

"Selamat."

"Ah! Bahasa kau susah."

Dalam hati, kalau kau tahu hubungan usaha dan belajar macam mana. Aku balas,

"Memanglah sebab bukan bahasa kau."

Dia angguk. Aku terus pandang ke luar tingkap.

4.13 coaster bergerak. Beberapa saat lepas azan kumandang. Aku dah duduk tak diam. Takut takut aku tak sempat.

Sepanjang perjalanan, memang tak tenteram.

4.30 aku sampai. Sampai masjid. Aku terus lari keluar. Lagi sikit nak kena langgar dengan kereta yang reverse. Alhamdulillah aku sempat elak dengan kuasa kelajuan aku lari. Ceh padahal. Dalam hati terkejut melatah dah. Lulz *kay, ni Isyraf ajar aku cakap."

Aku sampai. Betol betol lepas jemaah masjid semua dah keluar masjid. Ditakdirkan. Pintu masjid ditutup.

Ah lambat!

Aku cuba call syeikh. Tak berjawab. Aku tunggu sampai pukul 5. 4 kali aku call, tak berjawab. Silap aku, gerak lambat.

Lemah rasa. Aku balik.

"Muaz dah sampai kampung, tapi lambat sikit je. Syeikh tak dapat call."

"Ada hikmahnya."

Ummi. Positifnya sentiasa.

-habis part 1-

Penat? Heh sabar dulu.

...........................................

Part 2

Aku tahan coaster, sepanjang perjalanan balik aku fokus kat luar tingkap. Perasaan waktu tu. Penat. Marah dengan diri sendiri pon ada. Seakan semua aku buat, semua tak kena.

Tiba tiba.

*bunyi belakang coaster kena langgar*

Aku tersedar. Oh kat Jordan lagi rupanya. Lulz *salah Isyraf lagi*

Berpunca dari pemandu perempuan yang mula melanggar kereta depannya hingga kereta depan langgar belakang coaster. Laju barangkali sebab bunyi dilanggar sangat kuat. Mana tak nya, kalau tak dah lama aku terus berkhayal.

Aku lihat perempuan tu. Tangannya berpeluk satu sama lain. Seakan menggigil. Mukanya cemas. Tahu dia salah mungkin. Dengan duit yang akan dikeluarkan lagi untuk membaikinya.

Tiba tiba lagi sekali...

***

"Muaz, tengokkan kat belah kiri. Ada kereta tak?"

"Tak nampak la Ummi. Ada kereta halang. Cuba ummi keluar."

Ummi tekan minyak nak ke depan sikit. Entah macam mana.

PANG!

Kereta ummi dilanggar dengan kereta yang laju datang dari arah kiri. Perasaan waktu tu, aku jadi tak keruan. Muka ummi dah berubah. Fikir duit yang akan digunakan barangkali. Kereta diletak ke tepi.

Mata semua tertumpu. Tiada suara. Semua sekadar datang dekat lihat apa yang berlaku.

Pemandu kereta yang langgar kereta ummi keluar dari kereta dia. Kereta baru. Mukanya kerut. Tak bercakap tak apa. Terus gerak.

Sepanjang perjalanan, mulut ummi terkumat kumit. Istighfar barang kali.

Malamnya..

Aku teman ummi abah pergi balas polis buat laporan.

"Saya nak keluarkan kereta, tapi tak nampak ada kereta parking tutup pandangan."

Abah menambah,

"Kereta tu banyak memang tak nampak kalau nak cross."

"Encik boleh diam. Biar isteri encik je bercerita."

Nasib baik waktu tu aku kecil. Tak memahami apa apa. Kalau tak, mahu diajarnya silibus akhlak kat abang polis ni.

Laporan dibuat.

Balik. Abah singgah di kedai untuk beli Char Kuay Teow. Itu abah. Saat ada masalah. Tetap anak anak dijaga dengan baik.

Aku dalam kereta dengan ummi. Mulut ummi masih terkumat kumit. Tiba tiba air mata ummi mengalir.

"Ummi..."

"Kesian kat abah kena keluarkan duit banyak."

Aku diam.

***

Oh coaster dah bergerak balik. Apa penyelesaian yang berlaku pon aku tak tahu. Dan tak memasal.
Air mata nak mengalir. Aku tahan. Lihat balik apa yang berlaku hari ini. Semuanya serba tak kena.

Adakah kerna.
Dosa aku meninggi banyaknya.

Teringat entah kata kata siapa.

"Saat aku berbuat dosa, aku tak kisah apa yang berlaku kat diri aku.
Cumanya aku takut kesannya kena pada orang sekeliling aku."

Ah. Apa aku tahu. Saat aku buat dosa. Mungkin bukan aku yang kena. Tapi orang lain yang jadi mangsa.

Dan, semalam.
Adakah semuanya sebab dosa yang tak pernah tanggal dari diri aku?

Lantas,

Aku.
Masih tak tahu malu.
Terus menerus membiarkan diri kotor tanpa segan silu.

Hai dunia.
Tak penat ke terus menggoda?

Rupanya.
Penting diri itu dalam maknanya.

Kalau kau penting diri.
Kau tak kisah dengan orang sekeliling kau.

Sebab?

Bila mana kau buat dosa,
Mungkin bukan kau yang kena tempelaknya.
Boleh jadi orang yang berdekatan dengan kau yang kena.

Sebab itu penting diri ini tak baik sifatnya.

Semalam yang lama. Tahan diri untuk tak balik langsung tahun ini.
Maka,
Aku baru mengerti.

Untuk kisah semalam,
Penuh hikmah rupanya.

Benar.
Ummi itu kuat perasaanya!

2 comments:

Isyraf Imrani said...

Lulz, gambar takde jambang. Ni semalam zaman bila kisah ni?

Supersaiya said...

@isyraf,

Hai abam lulz. Eleh. Dengki ke tak tumbuh tumbuh jambang eheh. Eh lulz.