Friday 13 March 2015

Teksi, Ummi & Abah.


Disklaimer :
Kalau kau naik teksi di sini (baca : Irbid). Kau memang tak akan jumpa teksi yang meter nya berfungsi. Cukup sekadar hiasan peribadi. Kadang bila kau naik, penuh harapan meter fungsi. Sekali mula mula dah 25 dinar (mohon darab 5 untuk dapatkan ringgit Malaysia). Memang tak reti tutup meter orang arab kat sini. Jadinya, sekali lalu kau akan kena caj dalam 1 dinar biasanya (baca : 5 ringgit!)

...............

Haa. Pernah jumpa disklaimer panjang macam ni?
Heh. Nama pon Supersaiya~ :-8




TEKSI #1

Aku tahan teksi ni. Belum apa apa. Telefon dah kat tangan dia. Sambil memandu sebelah tangan. Arab biasa (typical Arab)

Aku : Duduk lah depan.

K : Takpe lah.


Arab teksi :  Kau tak nak duduk depan ke? 

K : Tak. 

Dan teksi pon bergerak. Sambil dia memandu, sambil dia bergaduh dengan awek dia kat telefon. Siap boleh gaduh lagi siapa selalu tak angkat call sebab phone selalu tutup.

Maka, pengajaran pertama. Janganlah bercinta. Kalau tak angkat call, kau akan gaduh sentiasa -_-

Dan memang kebiasaan aku kalau nak pergi kelas aku akan whatsapp family aku.

Aku : Muaz nak gerak dah ni. Doakan. 

Ummi : Alhamdulillah. Moga dapat manfaat masa dengan sebaiknya dan diredhai Allah. Di permudahkanNy urusan Muaz dan rakan di sana. Pergi dengan siapa?

*Tangkap selfie dalam teksi. Sent!*

Aku : Nah. Dengan kawan :D

Dan sampai di mujamma' (kompleks atau stesen bas). Aku bayar kat pemandu teksi 5 dinar. Tambang biasanya 1 dinar.

K : Berapa baki dia bagi?

Aku : 3 dinar

K berang.

K : Kenapa kau bagi 3 dinar? Biasanya kitaorang bayar sedinar.

Tiba tiba dia menjerit

Arab : Apa 1 dinar? Dengan kau duduk belakang? Tak ada siapa duduk depan? Kau kata sedinar?!

Semua kat situ pandang. Aku mula marah

Aku : Apa masalah kau? Apa kaitan duduk belakang dengan 1 dinar?

K : Biasa lah duduk belakang.

Arab teksi : Biasa dengan duduk belakang? Tak!

Sebab dah lambat.

Aku : Kau menipu! Kau berdosa!

K : Haram ke atas kau!

Sempat dihentak pintu kereta teksi. Naik coaster (bas kecil). Terus aku whatsapp group family.

Aku : Baru lepas gaduh dengan teksi

Ummi : Banyak sabar. Kenapa?

Aku : Dia ambil tambang lebih. 

Abah : Sedeqah kan saja sebaiknya. Barakallahulak. Semoga dipermudah tuntut ilmu.

Sentaaaap!
.............

Tiap kali aku skype,

Abah Ummi : Bila Muaz nak pergi kelas dengan arab ni? Tinggal setahun lebih je lagi. Rugi tak pergi cari.

Aku : Erm. Ye. Nanti Muaz cari.

Itu jawapan aku selalu bagi tiap kali aku skype dengan mereka. Sempat hadiahkan sekali senyuman tawar. Entah berapa kali tiap kali skype, aku akan dapat soalan sama. Dan, banyak sangat alasan aku beri.

Kadang diterima. Kadang tak. Bila tak diterima, cepat cepat aku ubah topik lain. Memang bukan anak soleh aku ni T.T

Akhirnya, aku buat keputusan untuk cari sampai jumpa. Dengan takdir Allah, sebab aku pergi sebuah program, aku jumpa dengan orang yang dah pergi kelas dengan orang arab lama dulu. Terus aku tanya dia.

Tup tup dapat. Terus aku whatsapp ummi abah.

............

TEKSI #2

Aku tahan teksi macam biasa.

Aku : Nak pergi syari' jamiah.

Teksi Arab : Kalau pergi sana, kau kena bayar sedinar nus (1.50 JD)

Aku : Kenapa pulak? Biasanya sedinar je.

Teksi Arab : Tak tak. Kali ni kereta banyak. Kau kena bayar lebih.

Aku : Ah. Kalau macam tu. Turunkan aku kat sini!

Diuji lagi. Sabar. Arab oh Arab.

..........

Aku ingat lagi. Kalau dulu, aku akan pergi sekolah naik kereta dengan ummi. Sebab ummi ajar sekolah yang sama. Banyak kali juga nasihat sama aku dapat

"Muaz je yang tinggal. Ummi harap Muaz dapat jadi seorang mujaddid (orang yang buat perubahan)."

Dan tiap kali tu juga. Aku akan diam. Berat.

Di saat saat akhir aku nak terbang. Ummi peluk aku kuat kuat. Nasihat sama aku sampai. Aku pernah tanya abah.

"Takpe ke kalau Muaz nak pergi belajar Jordan. Dah lah mahal. Guna duit Abah pulak tu."

"Takpe sayang. Duit boleh cari. Muaz belajar elok elok eh. Jadi orang berguna."

Keluarga aku bukan keluarga senang sebenarnya. Sebab tu bila mana dapat aku dapat tajaan, aku sangat eksaited bagitahu kat ummi abah. Dan aku boleh rasa satu helaan puas dari mereka. Sebab tak payah nak tanggung aku belajar kat sini.

Kalau nak tahu, sara diri sebulan kat sini boleh jadi RM1000  (hidup tak mewah)

.........

TEKSI #3

Lepas aku dah turun dari teksi tadi, aku jalan sikit. Lepas tu tergerak hati nak tahan teksi. Sebab bawak barang banyak.

Takut jugak kalau jadi benda sama. Aku tahan je teksi. Redah.

Aku : Kalau nak ke syari' jamiah nak bayar berapa?

Teksi arab : Berapa berapa kau nak? :)

Aku : Wallah?

Teksi Arab : Ya.

Semangat! Terus aku masuk.

Aku : Umur kau berapa?

Teksi Arab : 22. Aku nak grad dari Yarmouk dah.

Aku : Oh kau pemandu paling muda pernah aku jumpa. Kenapa kerja ni?

Dia ambil interior design sama universiti dengan aku.

Teksi Arab : Sebab kerja ni bebas. Kau boleh buat apa kau nak. Tak terikat dengan apa apa. Kau boleh solat bila masuk waktu. Senang.

Fuh! Tabik.

Aku : Kenapa orang arab suka menipu? Ambil kesempatan dekat orang melayu?

Teksi Arab : Aku pon tak tahu. Pelik. Kau tanya lah diaorang sendiri.

Aku : Kau sangat baik. Alhamdulillah yang jumpakan aku dengan kau.

Dan, aku bayar 0.75JD bila sampai destinasi.

...................

"Abah okay ke setiap bulan bayar untuk Muaz? Kalau tak, Muaz boleh balik."

Aku tanya lagi kat abah. Entah. Kadang aku rasa kesian.

"Okay je Muaz. Kan duit boleh cari."

"Tapi kesian kat abah ummi."

"Muaz nanti berjaya boleh bagi duit balik. Okay?"

"Okay. Tapi macam mana abah jaga duit."

"Solat dhuha jangan tinggal. Rezeki kan Allah bagi."

Entah lah. Cukup lah. Ini antara qudwah (role model) terdekat bagi aku. Sangat aku sayang mereka kerana Allah.

Memang kelas yang aku cari tu adalah untuk nak bagi mereka senang dan bahagia dengan aku kat sini. Aku memang nak bagi diaorang boleh senang dengan aku.

Jujurnya, tu je sebab kenapa aku semangat gigihkan diri jugak cari kelas dengan arab.


Kerna aku masih memasang harapan. Untuk banggakan mereka. Lagi sekali.

Semoga diperkenankan Ilahi!

........

Untuk kisah aku dan teksi,

Kadang kadang Allah beri ujian banyak kali. Bila mana kau dah putus asa, tetap kau rasa nak mencuba. Dan saat kau mencuba yang akhir itu lah. Yang dekat dengan putus asa tu, dia hadirkan sebuah rahmat.

Dalam bentuk yang kau tak sangka sangka. Yang lebih baik dari apa yang kau pinta!

Tak percaya?

Cuba belajar dari hari hari dalam kehidupan kita.

Pssst. Bukannya semua arab tu jahat sebenarnya. :)

"Sesungguhnya Allah mendengar semua doa."
(Ibrahim : 39)

No comments: