Wednesday 22 July 2015

Futur ke?


Astaghfirullah.

Saat seorang akhi itu diuji dengan masa. Bila mana ikhwah lain melihat dia 'lambat' sikit berbanding yang lain. Hingga ada yang merasakan dia menjauhkan diri dari jemaah. Tak turun wasilah. Tak bergaul dengan ikhwah.

Lantas, ada yang bertanya.

"Akhi tu tengah futur ke?"

Allahu. Satu persoalan yang mungkin perit untuk diungkapkan bagi mereka yang sedang bekerja bermati matian cuba mengikhlaskan diri menjadikan redha Ilahi itu paling tinggi.

Namun.

Saat melihat seseorang yang dulu kala pernah bersama kita. Naik jatuhnya saling menguatkan tika tahun tahun awal menyelusuri jalan yang penuh liku ini. Akhirnya. Seorang demi seorang seakan ditapis.

Ada yang langsung hilang tanpa berita. Ada yang kejap muncul kejap hilang seakan ada yang tak kena. Ada yang bila berjumpa, bermasam muka apatah lagi ukir senyum tanda gembira.

Lagi perit.

Saat kita cuba dan ingin membantu. Diri kita seakan diuji dengan benda yang sama. Kemalasan membuak buak seakan kita juga mahu turut langkah mereka bersama.

Ya Allah,

Ujian apa sebenarnya yang sedang melanda kami sebenarnya?

......

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah

Hari demi hari. Makin lama aku menjejaki langkah ini. Makin maha dahsyat dan berat ujian yang diberi. Seakan memang tak ada istilah rehat bila mana jalan ini kita pilih. Bukannya tak boleh untuk kita bersabar.

Tapi.

Bila mana sampai satu tahap kita sendiri diuji. Memohon kekuatan sana sini. Tetap hati memberontak mahu lari. Kau tahu apa sebenarnya rasa tika itu?

Bukan mudah. Melihat air mata seorang ikhwah itu menderas laju menuruni pipi yang selama ini aku menjadi saksi turunnya air mata keinsafan saat bangun pagi hari memohon agar tiap dosa diampunkan agar seruan yang dilakukan berjalan dengan lebih lancar.

Bahkan saat ini. Air mata yang keluar itu. Dari seorang akh yang sama. Tapi air mata penat. Air mata penuh beban. Penuh dugaan. Air mata kesedihan kerna penat dengan segala ujian cabaran tohmahan yang tak pernah henti di mana mana setiap masa.

Bahkan.

Aku sendiri tak mampu berdiri dengan kuat.
Bagaimana bisa untuk aku menjadi pendorong semangat?

......

Apa sebenarnya rahsia sahabat dulu kala.
Hidup mereka sekadar untuk meraih syurga.

Hasad dengki seakan tak muncul di dada.
Saling menguatkan tak kira masa.

Dibandingkan dengan kita yang baru diuji sebegini rupa.
Melihat ramainya sahabat yang aku cinta.
Satu persatu tenggelam hilang entah ke mana.

Malang lagi seakan aku mula rasa bibit bibit yang sama.
Maka sebenarnya di mana salahnnya.

........

Untuk mereka yang sedang diuji sebegini rupa,
Aku pon tak tahu nak kata apa.

Mungkin.

" Akhi, sabar sabar dan sabar lah sentiasa. Cuma itu saja kuncinya. "

Terlafaznya doa penguat jiwa,

"Sesungguhnya engkau tahu. Bahwa hati ini telah bersatu. Berhimpun dalam naungan cintamu....."

Akhi,
Sabar lah.

Dari,
Seorang akh yang perlukan jua dorongan yang sama.

No comments: