Thursday 5 March 2015

Adik Junior.

Kalau dulu tahun 2013.


Lepas subuh. Buka phone. Pastinya berderet mesej whatsapp masuk. Dari Mak Cik Jun, Mak Cik Fauziah, Cikgu Syaheera dan siapa entah lagi. Sibuk update dengan aku keputusan PMR mereka.

Itu kisah tika mana tahun pertama aku di Jordan.

Masuk tahun ketiga aku di sini, suasananya nampak makin tenang.

"Result dah keluar ke?"

"Hmmmm."

"Hmmmmm"

"Hmmmm"

"Hmmmmm"

Sekilas respon aku dapat dari mereka melalui satu group whatsapp. Faham saja. Perasaan orang nak menanti keputusan periksa.

Balik saja dari kelas, buka whatsapp dapat satu gambar salah seorang dari mereka.

Satu persatu aku tenung slip periksanya. Dari atas ke bawah. Sekilas pandang. Satu huruf berderet semuanya,

"Syukur, ya Allah!"

Entah kenapa. Aku tumpang gembira.

..............

Tahun 2012

"InsyaAllah. Mulai hari ni ana akan bawa usrah antum."

Semua senyum.

Mata aku melewati tiap satu dari mereka. Dari sebelah kanan aku sampai sebelah kiri aku. Semuanya berbaju hijau. Oh 8 orang semuanya.

3 bulan bersama mereka. Cukup lah aku kata, antara nikmat dunia. Punya mutarobbi seperti mereka.

"Nta nak sambung mana nanti?"

"UIA kot."

"Bawa usrah kitaorang lagi tak?"

"Tak kot. Jadual ana pack. Tak kena masa dengan usrah antum"

Antara mereka diam.

"Ada masa, kita jumpa."

Oh teringat lagi usrah terakhir bersama mereka.

Makan malam di kedai makan hadapan Sekolah Teknik Gombak~

......
Mereka ini juga lah.

Pernah menjadi mangsa marah aku bila mana kerja bersama dalam pengawas. Menjadi mangsa bebelan tika mana fasa mentazkir dalam usrah berlaku. Menguatkan diri hadapi kritikan ikhlas aku tika melalui fasa menjadi seorang pendebat sekolah.

Pernah melihat. Air mata mereka tumpah. Melihat mereka bertikam lidah. Merasai hangatnya mereka punya ukhuwah. Yang mahu putus asa dari bergelar hafiz quran. Dan pelbagai cerita yang pastinya indah.

.......
Dipendekkan cerita, ke Jordan akhirnya.

Kali ini benar benar tinggalkan jauh dari mereka.

Bila mana hari aku nak ke KLIA, aku dapat whatsapp.

"Sorry Muaz. Pak cik dan Mak cik tak dapat nak jumpa Muaz kat rumah. Dia tak nak jumpa Muaz. Dia sedih sangat."

Ya Allah, macam ini sekali ke rasa sayangnya di dunia?

Semoga Allah jaga dia.

......


Ini cerita dulu kala.
4 tahun yang lalu punya angkara.
Tak sangka.
Tersimpan semat.
Mengimbau segala kenangan memori lama.

Kejap sangat masa berlalu.
Akhirnya ke dunia luar mereka tuju.
Perasaan aku?
Entah kenapa jujurnya takut tak macam selalu.

Sayangnya aku pada mereka.
Ibarat sayang seorang abang kepada adiknya.
Dari kecil sampai besarnya mereka.
Pasti pengalaman menarik kurniaan Allah semua.

Dari senyum kepada marah.
Semuanya pernah mereka rasa.
Bukan sebab apa.
Kerna sentiasa nak terbaik buat mereka. 

Buat semua.
Hidup bukan semata kerna slip keputusan periksa.
Apa lah sangat SPM itu dibanding perjuangan kita di luar sana.

Kadang.
Bukannya semudah kita sangka.
Allah beri semua apa kita pinta.
Ada masa.
Kena lalui selok belok perjalanan seorang hamba.
Dalam mengenali lebih Maha Pencipta.

...........................................................

Memang. Sengaja buat entri ini khusus buat mereka. Adik adik. Junior aku. Yang kerna Allah aku sayang mereka.

Sentiasa aku ungkapkan dari dulu sampai kini,

"Kat mana pon antum pergi. Tolong. Usrah jangan tinggalkan yee."

Akhirnya,

Melangkah keluar jua antum. Pergi jauh meninggalkan bumi tarbiyyah antum selama ini. Lepas ini. Semuanya terpulang kepada diri. Pilih jalan mana yang kalian mahu nanti.

..........

Semoga, ya Allah.

Kat mana pon kau campak mereka.

Semoga sentiasa dalam jagaan kau sentiasa.

.......
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 
(Surah Al-Ankabut ayat 64)

Selamat jalan, semua :)

1 comment:

mus'ab said...

untung depa :')